Tip No. 1: Minum banyak air kosong atau apa sahaja air yang tiada kalori.
Sebelum rasa nak makan apa- apa kudapan atau snek yang tidak menyihatkan seperti potato chips, cuba minum segelas air kosong dulu. Kita ni kadang-kala tertipu, kita ingat kita lapar, tapi sebenarnya kita kekurangan air dalam badan. Penyudahnya kita akan tambah ekstra kalori dalam tubuh kita, padahal kita hanya memerlukan segelas air kosong. Tapi seandainya kita masih lagi terasa lapar, dan teringin nak mengunyah something sweet or salty, cuba pula minum sparkling water yang ada flavoured tertentu tu atau pun cuba minum secawan air teh hijau.
Tip No. 2: Pilihlah snek ringan waktu supper atau bila terasa nak mengunyah
Selalunya selepas makan malam, kadang-kala kita rasa lapar lagi...so time tu mulalah teringat nak ambik supper atau makanan lewat malam. Satu perkara yang tidak wajar berlaku adalah apabila anda akhirnya duduk dan berehat dan makan snek di hadapan TV. Huh...satu amalan yang tak baik...sebab bila kita leka tengok TV, apalagi, lagi lajulah tangan menyuap makanan dalam mulut...rosak diet. Penyelesaiannya, sama ada anda jadikan kawasan dapur/peti ais kawasan larangan selepas jam tertentu atau membenarkan diri mengunyah anda snek yang rendah kalori, seperti pek 100 kalori cookies, sudu setengah cawan ais rendah lemak, yoghurt dll.
Tip No. 3: Nikmati makanan kegemaranmu
Bagi kita yang berbadan comel ni, mesti setiap dari kita ada favourite food bukan? Macam aku ni suka sangat makan cheese cake. So dari pembacaan aku, instead of cutting out our favorite foods altogether, kita jadi pembeli yang bijak. Kalau sebelum ni kita akan beli whole cake atau 2-3 potong kek , apa kata kali ni kita beli 1 slice sahaja, atau kalau kita biasa beli satu box cookies, apa kata kali ni kita cuma beli just a 100 grams. Tapi dari 1 slice cake tu, janganlah pula kita makan sekaligus. Makanlah just 1 - 2 sudu, just untuk mengurangkan rasa teringin kita... You can still enjoy your favorite foods -- the key is moderation.
Tip No. 4: Makan dalam jumlah yang kecil beberapa kali sepanjang hari (siang)
Jika kita makan kurang kalori daripada jumlah kalori yang kita bakar, memang kita akan kehilangan berat badan. Tetapi apabila kita lapar sepanjang masa, makan kurang kalori boleh menjadi satu cabaran. "Kajian menunjukkan orang yang makan makanan 4-5 atau snek setiap hari lebih mampu mengawal selera makan dan berat badan mereka," kata penyelidik obesiti Rebecca Reeves, DrPH, RD. Dia mengesyorkan membahagikan kalori harian kita ke dalam makanan atau makanan ringan yang lebih kecil dan menikmati sebahagian besar daripada makanan tersebut di sianghari - makan malam seharusnya menjadi kali terakhir anda makan.
Tip No. 5: Makanlah protein dalam setiap menu
Protein adalah sumber penambah tenaga yang paling utama. Makan lebih protein sebenarnya lebih mengenyangkan berbanding hanya mengambil karbohidrat atau lemak sahaja. Protein juga akan membantu mengekalkan jisim otot dan menggalakkan pembakaran lemak. Jadi pastikan untuk menggabungkan protein yang sihat ke dalam menu kita setiap hari ya macam makanan laut, daging tanpa lemak, putih telur, yogurt, keju, soya, kacang, atau kacang ke dalam makanan dan snek yang kita ambil
.
Ekcely ada banyak lagi tips yang aku baca...so nanti aku update lagi...hari ni kena stop...nak sambung kerja lagi...
Semoga aku berjaya kurus...dan korang pun dapat kurus juga...kita sama-sama jadi sihat dan cantik ya...
No comments:
Post a Comment