20 July, 2012

1 Ramadhan 1433 Hijrah

Alhamdulillah...seandainya kita semua diberi kesempatan untuk melalui Ramadhan sekali lagi. Bulan mulia, bulan yang penuh dengan cabaran dan dugaan serta dugaan. Berbahagialah bagi insan yang mendapat rahmat dari Allah SWT untuk melalui Ramadhan sekali lagi...Ramadhan bulan penuh keberkatan. Bulan kita menampung segala kekurangan diri sebelum ini. Bulan memperbanyakkan amal dan ibadat kita kepadaNya. Ramadhan juga bulan paling mudah untuk kita menagih kasih dan sayang dari Ilahi. Pintu kasihNya sentiasa terbuka luas buat kita bulan Ramadhan yang mulia ini.


Korang tahu tak niat puasa Ramadhan ni? Jangan dah tua bangka pun masih tak tahu ya...belajar-belajarlah mendekatkan diri dengan Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak kita mengenali Allah SWT dengan lebih dekat dan penuh keberkatan. bagi yang masih dalam pembelajaran, atau mungkin terlupa, sama-sama kita hafal ya niat puasa ni...

niat harian puasa ramadhan
Maksudnya: - Sahaja aku berpuasa esok hari fardhu keatasku Ramadhan tahun ini tunai kerana Allah Taala


Kalau nak senang lagi, takut-takut atau bimbang nanti kita terlupa, ini pula niat puasa untuk sebulan terus.

niat puasa sebulan
Maksudnya: - Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini tunai kerana Allah Taala




Doa aku semoga kita semua berjaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan penuh keinsafan dan keimanan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/