Hmm...korang pernah tak alami keadaan susahnya berat nak turun walaupun korang dah berdiet gilas babas punya? Macam aku ni...adoyai...susah sungguh berat aku nak turun...nak naik senang pulak...huaa...macam aritu, berat aku naik 5 kg dlm masa 1 bulan...tak ke gila. So sekarang ni tengah berdiet sakanlah...walaupun kadang-kadang ada juga terbabas sekali dua...sakit hati bila berat yang naik susah nak turun. Oh ya...berat aku naik 5 kg aritu aku rasa salah aku juga. Dengar sangat ajakan member yang ajak aku consume satu produk tu...itulah, elok-elok dok consume herbalife, aku gatal pergi ambik satu produk lain. Aku pun stop tak minum HBL la kononnya. Hah amik kau...naik 5 kg walau aku diet macam waktu aku makan herbalife...Sudahnya...menyesalnya aku...
So start 2 minggu lepas aku berdiet high protein. turun la 2 kg...tapi aku still tak ambik hbl lagi. Aku nak restkan body aku dari sebarang effect tak baik yang aku dapat dari produk diet yang aku gatal ambik aritu. Aku buat detoks dll. So kat bawah ni aku senaraikan menu aku minggu lepas yang menyebabkan aku turun 2 kg...Actually aku start hari Isnin 2/7 aritu.
Isnin
1. Bangun pagi - 5.50 am ... 500 ml air kosong
2. 7.00 - 8.00 am ... Telur goreng mata kerbau 1 biji, 1 sosej & 250 ml air kosong
3. 10.00 - 12.00 ... Minum lebih kurang 800 ml air kosong
4. Lunch dlm pukul 1.00 lebih ... 1 biji telur goreng mata kobau, 1 sosej, 2 camca daging goreng
5. 2.00 - 6.00 ... Aku minum air kosong 600 ml
6. 6.30 pm ... Sate 10 cucuk + 3 chicken wing + air limau
7. 8.00 - 9.00 ... Sebab aku lapar aku pun ambik plain yoghurt dgn 7 biji buah prunes +
air kosong lagi 500 ml
Selasa
1. Bangun pagi - 5.50 am ... 500 ml air kosong
2. 7.00 - 8.00 am ... Omelet (2 biji putih telur+ 1 biji telur + cheese 1 slice + bawang +
celery + susu low fat + garam sikit + lada hitam) & 500 ml air kosong
3. 10.00 - 12.00 ... Minum lebih kurang 600 ml air kosong
4. Lunch dlm pukul 1.00 lebih ... Makan omelet yang aku buat pagi tadi juga
5. 2.00 - 6.00 ... Aku minum air kosong 600 ml
6. 6.30 pm ... Ikan siakap sweet sour dgn telur dadar + air limau
7. 8.00 - 9.00 ... Sebab aku lapar aku pun ambik plain yoghurt dgn 7 biji buah prunes +
air kosong lagi 500 ml (dan juga untuk membasmi masalah
constipation)
Rabu
1. Bangun pagi - 5.50 am ... 1000 ml air kosong
2. 7.00 - 8.00 am ... Scramble egg ( 2 putih telur + 1 biji telur + susu low fat + maggi sedap
rasa) & 250 ml air kosong
3. 10.00 - 12.00 ... Minum lebih kurang 500 ml air kosong
4. Lunch dlm pukul 1.00 lebih ... Ikan goreng (inkan apa ntah) + ayam kurma
5. 2.00 - 6.00 ... Aku minum air kosong 500 ml
6. 6.30 pm ... Ayam panggang segambut (hubby aku belikan utk aku)
7. 8.00 - 9.00 ... Nak elak constipation aku ambik plain yoghurt dgn 7 biji buah prunes
+ air kosong lagi 500 ml
Khamis
1. Bangun pagi - 5.50 am ... 500 ml air kosong
2. 7.00 - 8.00 am ... Ayam goreng + plain yoghurt
3. 10.00 - 12.00 ... Minum lebih kurang 500 ml air kosong
4. Lunch dlm pukul 1.00 lebih ... Tak makan, kenyang lagi. aku minum susu soya saja 1 gelas
5. 2.00 - 6.00 ... Aku minum air kosong 500 ml
6. 6.30 pm ... Ikan keli goreng + tempe sambal + hati ayam (huhuhu)
7. 8.00 - 9.00 ... Sebab aku lapar aku pun ambik plain yoghurt dgn 7 biji buah prunes +
air kosong lagi 800 ml
Jumaat (***)
1. Bangun pagi - 5.50 am ... 500 ml air kosong
2. 7.00 - 8.00 am ... Susu full cream 1 gelas
3. 10.00 - 12.00 ... Tak sempat nak makan dgn minum...kerja banyak
4. Lunch dlm pukul 1.00 lebih ... 2 filet ikan dori (marry brown fish and chips) + 1000 ml air kosong
(dahaga gila)
5. 2.00 - 6.00 ... Aku minum air kosong 500 ml
6. 6.30 pm ... tak makan sebab dah kenyang. Aku minum susu soya satu gelas
7. 8.00 - 9.00 ... Sebab aku lapar aku pun ambik plain yoghurt dgn 7 biji buah prunes +
air kosong lagi 500 ml + buah mangga
*** Hari ni aku timbang berat aku turun 2 kg...syok gila...
Oh ya...menu plan aku minggu tu adalah diet protein tinggi low carb...So begitulah diet aku minggu lepas. Minggu ni aku tambah carb sikit dlm diet aku, tapi dalam kuantiti yang sikit.
Perkiraan aku, minggu depan aku nak start ambik herbalife balik. Sebab apa? Sebab aku rasa bila aku consume hbl, badan aku rasa sihat dan energy level aku tinggi...Tapi tulah, aku still susah nak ambik air kosong lebih dari 2.5 liter dlm sehari. Target nak try minum 3.5 liter...tapi kerja aku tak mengizinkanlah...
Apapun, chaiyok untuk diri aku sendiri...
No comments:
Post a Comment