Kehidupan menuntut suatu kejujuran dan kesabaran...juga pengorbanan. Ketabahan merujuk rias pembawaan...Lalu kejayaan adalah mimpi yang mungkin suatu kenyataan...Dan jangan sesekali pernah malu untuk jatuh...Dan jangan pula terus terlupa untuk terus berjuang supaya bangun itu meninggi apungnya...
05 July, 2012
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGESAN KEDAI MAKAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS SYIRIK?
Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.
Jadi, bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?
Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah dengan membaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” akan marah dan akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah sebegitu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir:
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith:
Ertinya: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku: “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih.
Oleh : Ustaz Sharhan Shafie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau Rajin Nak Membaca
- http://www.bharian.com.my/
- http://www.utusan.com.my/
- http://www.hmetro.com.my/
- http://thestar.com.my/
- http://www.nst.com.my/
No comments:
Post a Comment