18 July, 2012

Shopping (Part 2)

Hehehe...bersambung ke aktiviti aku sepnajang cuti hujung minggu hari tu...So hari Ahad lepas, 12/7/2012 aku dengan kakak aku sambung bershopping di Sogo dan sepanjang jalan TAR. Apakata pun lemah-longlai rasa urat-urat betis dan kematu tumitlah...

Hari Ahad tu kami kembali ke Sogo sebab nak spend kupon yang kami dapat dekat RM800 tu. Huh...macam tengok satu siri dekat Astro AXN la pulak iaitu extreme couponing...korang pernah tengok siri tu? Tapi kami taklah se extreme tu...kalau korang tengok siri tu, ada pengumpul kupon tu rumah dah macam supermarket sebab akan beli barang dalam jumlah yang banyak mengikut kupon yg dikumpul. Yang bestnya tu, dengan penggunaan kupon, dorang kadangkala hanya perlu bayar RM 0.00 (ikut matawang doranglah ye...aku bagi contoh je). Padahal barangan yang dibeli kadangkala sampai 3 - 4 troli. Fuhh canggih sungguh...kalau kat Malaysia ni, mahu bankrap dah supermarket kalau buat extreme macam tu...

Okaylah, sambung balik hal shopping aku. So sebagai ganjaran utk aku dan hubby yang banyak bantu dia sepanjang 2 hari dia shopping kat situ, aku dengan husband aku dapat sorang RM200 nilai kupon tu...hehehe thank you. Okaylah tu...sapa nak bagi? Lagi pun sepanjang 2 hari kakak aku datang rumah aku, bukan aku yang belanja dia makan...sebaliknya dia yang belanja aku sefamili makan sakan...dari breakfast sampailah ke dinner...duit minyak pun dia yang sponsor...hehehe thank you K.Ton...i luv u!!! So dah dapat kupon sorang RM200, apalagi, berbelanja sakanlah aku dengan hubby...kakak aku pula, selain kupon, dia belanja lagi beli baju utk anak-anak dan suami dia...yalah...kalau dah berkemampuan, buatlah apa pun...lagipun kalau nak cakap dari segi pembaziran...rasanya kakak aku tak kot sebab anak-anak lelaki belaka dan masing-masing tengah membesar...baju tu sekejap saja jadi buruk dan rosak...
Dari segi pembayaran zakat? Tak perlu risau, dorang buat potongan bulanan dengan pusat zakat. Income tax? Abang ipar aku baru kena RM60K utk tahun lepas, kakak aku pun dah menunaikan tanggungjawab dia...Bagi dan bantu adik-beradik? Banyak...so kita orang tak kisah...korang jangan kisahkan okay?
   
Petang tu kami habis shopping dalam pukul 4.00. Itu pun husband aku suruh stop sebab pukul 6.00 petang nak kena hantar kakak aku pergi KLIA. Dah petang tu bila on the way pergi KLIA, singgah pula dekat R&R Dengkil, sebab sampai awal...makan dulu kat situ...dah kakak ternampak gerai jual makanan ringan/kerepek...banyak juga dia beli bawa balik ke Sarawak sebab nak bagi dekat member sekolah dengan staff abang ipar...dekat aku pun dapat sekali...hehehe...

Malam tu dalam pukul 8.40 baru aku sampai rumah...fuhh letihnya ya amat...sampai hari ni masih terasa letih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/