26 April, 2010

Balik Kampung Siri 1/2010

Alhamdulillah, aku dan suami selamat sampai ke kampung pada 22/4/2010 pada jam lebih kurang 10.00 malam. Actually, malam tu aku singgah tidur di rumah kakak di Taman Ambangan Heights, Sungai Petani.
Seronoknya hanya Allah yang tahu. Bila menjejak saja tayar kereta ke sempadan Negeri Kedah, aku rasa, seluruh fikiran aku tenang sangat. Hilang segala tekanan. Agaknya sebab tu ramai orang suka balik kampung...
Malam tu memang lena aku tidur...lagipun best sebab dapat main dengan Ammar Faidz
Esoknya kami ke rumah abang yang nombor dua, yang aku panggil Bang dux, kebetulan, mungkin dah rezeki aku dengan husband kot, abang nak buat sedikit majlis kesyukuran sempena majlis pernikahan anak saudara aku pada lusanya. Murah rezeki. Sebenarnya abang aku buat kecil saja majlis tu. Sebab majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada 5/6/2010 nanti. Dia pun tak jemput aku balik sebab buat majlis kecil saja. Tapi, mungkin gerak hati membuatkan aku dengan hubby nak balik kampung. Apapun, aku dengan hubby tak kecil hati pun kalau tak dimaklumkan tentang majlis pernikahan hari tu. No heart feeling on that!
Anak saudara aku, Nur Sufiyana Ulfa merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Johor. Baru saja memulakan tugas setelah tamat pengajian di Universiti di Melbourne, Australia. Bertemu jodoh dengan seorang anggota tentera laut berpangkat kapten. Actually, aku pun tak tahu lagi nama anak saudara aku yang baru tu...tak sempat berkenalan lanjut lagi...
Petang 23/4/2010, aku dengan hubby pergi ke Tanjung Dawai. Saja pergi sana untuk cari bekalan belacan dan juga ikan bilis. Bagi yang pernah dengar  dan minat lagu " Cinta Pantai Merdeka", mesti tahu nama Tanjung Dawai. Memang famous dengan hasil makanan laut.
Malam tu aku tidur di rumah pusaka arwah mak...Rumah yang kakak aku yang nombor dua duduk..K.Chik

Bila balik ke rumah pusaka mak aku, lagi la fikiran aku tenang. Hubby aku pula, bila nampak aja sawah, terus senyum panjang. Sebab best katanya...released tension le tu!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/