15 April, 2010

Nasi Minyak Terengganu (versi MIL)


Bahan

3 cawan beras
3 cawan air
3 camca susu pekat
1 sudu tomato puri
1 sudu sos tomato
sedikit pewarna merah
daun pandan [2-3 helai]

Bahan Tumis
1 senduk minyak sapi (saya campur 2 1/2 camca butter & 1 camca minyak sapi)
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia *
* dikisar kasar
3 kuntum bunga cengkih
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 in kulit kayu manis
garam

Hiasan [saya tak letak pun]
1/4 cawan kismis
1/4 cawan bawang goreng
2 sb gajus atau badam panggang
daun ketumbar

Cara
1. Panaskan minyak sapi. Tumis * dan juga segala jenis rempah hingga naik bau.
2. Masukkan beras , kacau sebentar hingga rata. Masukkan air, susu, garam, tomato puri, sos tomato, pewarna merah dan daun pandan, tutup periuk dan masak spt biasa.
3. Sebaik sahaja airnya kering, kecilkan api. Masukkan kismis dan kacau nasi dgn perlahan
4. Taburkan bahan hiasan semasa menghidang.
5. Enak dimakan bersama gulai daging/ayam ala terengganu dan juga acar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/