06 April, 2010

Bahaya Menggunakan Telefon

Semalam tengok rancangan Oprah Winfrey kat channel 702-Hallmark kat astro. Aku memang suka tengok rancangan minah ni. Banyak info dan topik-topik yang menarik. Aku memang salute kat minah ni. Dia merupakan salah seorang wanita paling berpengaruh di dunia. Tak perlu dia menjadi artis. Tapi populariti dia mengalahkan sesetengah pemimpin negara dunia.
         Hmmm...sambung balik tentang topik yang dibincangkan dalam rancangan semalam. Topiknya mengenai bahaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Dalam rancangan tu, Oprah telah menjemput beberapa individu yang mana keluarga mereka menjadi mangsa atau terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh penggunaan telefon ketika memandu. Menangis-nangis tetamu kat rancangan tu bila menceritakan kisah kemalangan yang melibatkan mereka dan ahli keluarga. Ada satu keluarga tu, kehilangan suami dan juga rakan baik suami beliau sebab menjadi mangsa kepada seorang remaja berusia 19 tahun yang asyik menghantar sms ketika sedang memandu.
          Ada satu keluarga pula, kehilangan anak yang baru berusia 20...juga atas sebab yang sama. Mangsa sibuk melayan sms sehingga hilang tumpuan di atas jalan. Akibatnya, mangsa meninggal dunia kerana terbabas dan melanggar pokok. Ada satu kes pula, seorang anak kehilangan ibu tercinta. Sebabnya, sewaktu ibunya sedang melalui sebuah lampu isyarat, kereta ibu beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta yang mana pemandunya asyik bersms. Apa tindakan si anak, yang menurut beliau, sebelum kejadian tersebut, turut merupakan seorang yang suka berbual di telefon ketika memandu, walaupun menggunakan hand free kit, beliau telah menampal satu stiker di belakang kenderaan beliau yang berbunya lebih-kurang begini " seseorang yang sedang menggunakan telefon ketika memandu telah membunuh ibu saya".
         Apa yang agak mengejutkan saya, menurut seorang professor yang dijemput dalam rancangan tersebut telah memberitahu penonton tentang titik tumpuan semasa memandu menggunakan telefon dan sebaliknya. Sekiranya kita sedang memandu dengan menggunakan telefon, titik tumpuan kita akan terjejas. Otak kita hanya mentafsirkan sudut pandangan yang kosong. Kita tidak akan nampak keadaan sebenar sekeliling kita. Peratus bahayanya bersembang dalam telefon ketika memandu adalah menyamai bahayanya memandu ketika mabuk. Impak yang akan berlaku bagi seseorang yang memandu dalam keadaan mabuk dan sedang berbual di telefon adalah sama. Tapi, yang paling mengejutkan, peratus bahaya penggunaan telefon untuk bersms adalah 4 kali ganda lebih tinggi dari memandu ketika mabuk. Bayangkan betapa kita semua telah membahayakan nyawa  orang di sekeliling kita kalau kita tidak ambil peduli.
         Dalam rancangan tersebut juga, satu ujian telah dijalankan ke atas 3 individu yang mendakwa mereka merupakan individu yang cekap dalam bersms. Seorang pelajar kolej, seorang surirumah dan juga seorang lelaki. Masing-masing sebelum itu mengaku titik tumpuan mereka tidak pernah terganggu ketika mereka bersms semasa memandu. Ujiannya, mereka diminta memandu disebatang jalan yang lurus dan juga berbengkang-bengkok. Beberapa kon diletak di atas jalan dibahagian tengah dan tepi jalan mewakili individu dan kenderaan lain. Hasilnya!!! Setiap dari mereka melanggar lebih dari satu kon yang diletakkan. Mereka juga memandu melangkaui aras jalan...iaitu memandu sehingga ke bahagian tepi jalan yang boleh merupakan laluan pejalan kaki atau juga laluan motosikal. Berbahayakan!!!
        Jadi, sebelum lebih ramai insan tak bersalah menjadi mangsa, sebelum ada anak yang kehilangan ibu dan ayah, dan sebelum lebih ramai menjadi yatim piatu...HENTIKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KETIKA MEMANDU!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/