05 April, 2010

Cendawan Goreng Bersos Roselle

Seperti biasa, menu aku mesti ada cendawan. Kali ni aku guna cendawan kering yang boleh didapati dipasaraya-pasaraya. Aku juga buat eksperimen dengan sayur cendawan aku kali ni. Aku bubuh air ribena...Sedap juga sebab lebih menyerlahkan kemanisan cendawan tu.


Bahan-bahan
150 gm cendawan kering [direndam lebih kurang 1 jam]
Sebungkus su'un [direndam]
2 keping sayur fucuk [direndam]
2 camca sos roselle
1 camca pekatan ribena
Sedikit minyak zaitun
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah [shallot]*
3-4 biji cili api*
Sedikit udang kering*
garam secukup rasa.
**cili utk hiasan
* ditumbuk

Cara-caranya
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur cendawan, su'un dan juga fucuk yang telah kembang. (jangan lupa tos air rendaman)
3. Tambah sos roselle dan juga pekatan ribena. Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat.
4. Perasakan dengan garam dan juga cili yang telah dimayang.
5. Masak sehingga kuah agak pekat dan mendidih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/