01 August, 2012

Sejarah Yang Jarang Kita Titik Beratkan

Lot Kubur
Actually soalan-soalan ini saya dapat dari pemilik di atas (Lot Kubur) melalui entrynya di FB. Beliau menulis soalan-soalan ini untuk dijawab oleh anak murid beliau. Dan sebagaimana yang beliau perkatakan, ramaikan antara kita yang dapat menjawabnya dengan lancar tanpa merujuk kepada buku, internet dsb? Terasa kerdilnya kita dalam mendalami sejarah peradaban Islam. Sedangkan kalau tentang artis dalam dan luar negeri, ada setengah antara kita, boleh dikatakan hanya dihujung jari...Terima kasih pada saudara/saudari Lot Kubur untuk peringatan yang indah ini...

1. Bilakah puasa mula-mula di syariatkan dalam Islam.
Ibadah Puasa Ramadhan telah disyariatkanoleh Allah SWT pada bulan Shaaban tahun kedua Hijrah dengan terwahyunya firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183, 184 dan 185:
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa.” (Al Baqarah(2):183)
Sebelum turunnya ayat ini, umat Islam berpuasa wajib pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura’. Apabila Nabi SAW tiba di Madinah semasa peristiwa Hijrah (1 Hijriyah), Baginda mendapati orang-orang Yahudi di situ berpuasa pada 10 Muharram. Lalu Baginda SAW bertanya tentang sebab musabab mereka berpuasapada hari berkenaan. Orang-orang Yahudi itu menyatakan bahawa pada hari tersebut Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa Alayhissalam dan kaumnya daripada serangan Firaun. Oleh yang
demikian, Nabi Musa Alayhissalam telah berpuasa pada 10 Muharram sebagai tanda syukur kepada Allah!
Nabi Muhammad SAW mengulas keterangan mereka itu dengan menyatakan bahawa, “sesungguhnya kami (umat Islam) adalah lebih berhak ke atas Nabi Musa berbanding kamu”. Lalu Baginda SAW berpuasa pada 10 Muharram dan memerintahkan seluruh umat Islam supaya berpuasa. Hal ini diperjelaskan oleh riwayat daripada Aishah Radhiyallahu ‘anha yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim
Selepas turunnya ayat 183 dan 184 Surah al-Baqarah itu, puasa 10 Muharram atau puasa ‘Asyura’ berkenaan bertukar status menjadi sunnah yang digalakkan.
2. Peperangan apakah yang berlaku pada hari jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah
Peperangan Badar Al-Kubra

3. Berapa lamakah tempoh Nabi Muhammad s.a.w di susukan oleh Suwaibah Al-Aslamiyyah?
Nabi Muhammad di susukan oleh 3 wanita mulia iaitu Aminah, Tsuwaibah al-Aslamiah dan Halimah . Aminah ialah ibunya, Tsuwaibah al-Aslamiah pula adalah hamba sahaya bapa saudara Nabi Muhammad iaitu Abu Lahab, manakala Halimah atau Halimatus Sa'adiah ialah wanita yang berasal dari bani Sa'ad iaitu anak kepada Abu Dzu'aid dan isteri kepada al-Harith bin Abd Uzza.Ketiga-tiga wanita ini menyusukan baginda dalam tempoh serta masa yang berbeza seperti berikut:
  • Aminah - Beberapa hari - ( tidak lebih dari 2 hari)

  • Tsuwaibah al-Aslamiah - ( 3 hari)

  • Halimatus Sa'adiah - ( 2 tahun)

4. Siapakah pembesar Quraisyh yang terpegun dengan keindahan Islam dan terus memeluk Islam?
Umar Al Khattab 

5. Di Desa manakah Nabi Muhammad s.a.w di besarkan?
Desa Bani Saad Bin Bakar

6. Siapakah isteri nabi Muhammad s.a.w yang merupakan wanita Yahudi pertama memeluk Islam?
Khadijah Binti Khuwailid

7. Siapakah yang di gelar Saifullah/pedang Allah SWT?
Khalid Al Walid 

8. Apakah nama lain bagi Perjanjian Aqabah Pertama?
Bai'at aqabah telah diadakan di antara Nabi dengan penduduk Yathrib di sebuah tempat yang dikenali sebagai AqabahAqabah adalah nama sebuah bukit yang terletak antara Mekah dan Madinah. Bai'at ini diadakan sebanyak dua kali. Bai'at yang pertama dikenali sebagai Bai'at Wanita / Bai'at al-Nisak kerana ia merupakan perjanjian keamanan. Seramai 12 orang penduduk Madinah yang terdiri daripada 10 Khazraj dan 2 Aus terlibat dalam bai'at ini. Mereka berjanji tidak akan menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak fitnah-memfitnah dan lain-lain 

9. Siapakah wanita pertama yang syahid dalam Islam?
Sumayyah binti Khabath iaitu ibu kepada Ammar Bin Yasser

10. “Beliau memeluk Islam kerana tidak rela melihat Nabi Muhammad s.a.w dicaci dan dihina” Siapakah beliau?
Hamzah bin Abdul Mutalib 

✿ Mari berubah jadi baik..
~lala.. biar pedas sampai kebas, mati itu pasti jadi hidup biar bererti
~Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/