Hehehe...dalam entry aku yg pertama dulu aku tertanya-tanya apa istimewanya berbuka di hotel ni. Membazir pun ada aku rasa...Malu ni nak cerita, sebab aku baru-baru ni ada booking untuk berbuka kat hotel. Belum pergi lagi, sebab aku booking nak pergi hari Jumaat ni. Aku booking dekat 2 hotel. Kali pertama, adalah hari jumaat ni 10/8 kat Dynasty Hotel. Harga dia RM52 sorang. Membazir pun ada juga...RM48++ tu aku rasa cukup aku buat makan 1 minggu tu...tapi dah hubby aku ajak...sebab teringin nak merasa berbuka kat hotel, aku okaykan ajalah.
Lagi satu aku booking kat hotel KL International. Kali ni kami nak pergi pada hari jumaat 17/8. Sengaja pilih tarikh tu sebab esoknya dah nak balik kampung. Husband kata tak yah masak. lagi pun KLIH buat promosi. Untuk 3 hari terakhir ramadhan, beli 1 percuma satu. So bayar RM52 untuk 2 orang. Okaylah kot rasanya...
Actually aku tak pernah pegi pun hotel ni...tak tahu best ke tak.
Aku ni yang rasa membazir nak makan kat hotel bulan puasa ni bukan apa, bulan puasa ni bukannya kita boleh makan banyak mana pun. Lepas tu terkejar-kejar nak sembahyang maghrib lagi...penat dan mengah rasanya...Kalau bukan bulan puasa, biasanya kita boleh lepak lama-lama kat hotel tu...bulan puasa tak kuasa rasanya aku nak melepak kat hotel lelama...hmmm...
No comments:
Post a Comment