09 August, 2012

Pergi Tazkirah Mengenai Lailatul Qadar

Tadi tengahari tadi dalam pukul 12.30 aku pergi dengar tazkirah mengenai lailatul qadar. Tazkirah ni anjuran admin tempat aku bertugaslah. Aku memang target dah kata nak pergi bila first time aku nampak notis mengenai tazkirah ni. Yalah, lagi pula minggu ni aku free sikit. Tapi tadi, bila nak pergi aku ajak sorang lagi member, dia tak boleh nak pergilah pulak sebab ada hal nak kena balik rumah time rehat tu. Tanya pula sorang adik kat tempat aku ni, dia pun ada kerja, tak boleh nak pergi juga. Hmmm...aku dah berbela bagi ni...nak pergi ke tak pergi...kalau aku tak pergi, aku rasa aku dah rugi dan terlepas satu majlis ilmu dan terlepas nak menambah pahala...sebab aku memang dah niat nak pergi kerana Allah Taala...aku nak jadi hambaNya yang baik...

So aku nekadkan hati, kuatkan azam. Apa nak jadi pun jadilah...aku nak pergi majlis tazkirah tu. Bila aku naik ke tingkat 7, aku tengok orang yang aku kenal baik sorang pun tak ada...Hmm...mungkin masing-masing ada hal. Yalah kat opis aku ni kenkadang ada bos yang ambil kesempatan sempena bulan puasa ni untuk terus dengar kes during lunch hour. So kalau staff atau peguam yang bukan beragama Islam tu...tahanlah perut sekali...(Hehehe...kadang kesian jugak tengok dorang...sampai berpeluh menahan lapar).

Bila dah mendaftar nama, aku pun tunggu sekejap kat luar tu. Lagi pun Ustaz pun belum sampai lagi. Last-last adalah sorang kakak yang aku kenal sampai. Alhamdulillah ada juga peneman. Sekejap saja lepas kakak tu sampai, Uzstaz tu pun sampai. Kat opis ni bila buat something memang tak boleh nak bertangguh. Mesti kena buat on time. Sebab nanti ada judges yang akan sambung dengar kes pukul 2.00.

Seronok juga Ustaz tu bagi tazkirah. Tapi minta maaf aku terlupa nama dia. yang aku tahu dia salah-seorang Imam di Masjid Jamek Kg Baru. Muda lagi tapi merupakan seorang hafidz al-quran. Dia juga pernah menyertai beberapa pertandingan menghafaz ayat quran di peringkat antarabangsa. Actually tazkirah Ustaz ni lebih kepada menjadi hamba Allah dan umat Nabi Muhamad SAW yang baik. Yalah, menurut Ustaz tu lagi, takkan kita hanya nak kejar lailatul qadar sedangkan amalan seharian kita sepanjang tahun dan puasa kita tidak sempurna. Yang penting, kita kena jadi hamba Allah yang baik dulu baru kita fikirkan ganjaran dari Allah SWT.

Menurut Ustaz tu lagi, Nabi Muhamad yang disayangi Allah dan telah dijanjikan syurga pun takutkan siksa akhirat, apatah lagi kita. Dia kata, Nabi dulu bila nak puasa awal-awal dah siapkan diri untuk beribadah dengan lebih kusyuk dan tekun kepada Allah. Kita pula, memang pasang niat juga. Sebelum puasa kita dah niat nak survey barang raya dll...Ustaz tu cerita lagi, Nabi Muhamad SAW dulu beribadah kepada Allah SWT sampai bengkak-bengkak kaki...dia kata lagi kita pun bengkak kaki juga, tapi bengkak sebab penyakit...

Memang menariklah tazkirah Ustaz tu tadi. Tapi sekejap sangat sebab pukul 1.50 dah stop sebab dia ada aktiviti ceramah di tempat lain pula. Lagi pun kami dah ada kerja yang perlu dilaksanakan. Apa pun aku bangga aku dapat ikut aktiviti kali ni. Bukan selalu aku dapat ikuti majlis-majlis macam ni...terima kasih pada admin yang buat majlis tazkirah ni...semoga kita semua diberi pahala dan ganjaran oleh Allah SWT...amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/