Hmmm...penatnya. Itu aja yang aku boleh gambarkan. Tahun 2010 ni, penukaran tempat bertugas dah 3 kali. Penat pindah kali kedua dulu belum hilang...dah kena angkut barang lagi. Dulu pindah dari bahagian tengah aras 4...kena pegi ke aras 4 kanan. Lepas tu kena lagi pindah. Kali ni ke aras 3 sayap kiri pula. Nun di hujung dunia sana. Tahu-tahu, hari Isnin lepas, 31/5/2010...sekali lagi kena pindah tempat. Kali ni lagi teruk. Pukul 3.00 petang baru boleh pindah sebab ada kes yang perlu didengar dahulu. Yang teruknya...esok, 1/6/2010 terus ada pendengaran kes...maknanya, kami kena clear up all items on that day jugak! Gila apa...
sampai hari ni aku masih sakit badan . Bukan aku sorang pula tu...akak kat tempat aku sampai demam-demam. Yalah bukan sikit anak benda yang nak kena pindahkan...banyak. Dahlah buku tebal-tebal ada dekat 10 kotak... . Fail pulak...entah berapa kotak...memang letih sangat dan habis sakit badan...
Harap-harap...lepas ni lambat lagi la nak kena pindah...tak larat dah
No comments:
Post a Comment