Semalam, aku mendapat satu lagi khabar yang agak merungsingkan. Ayah mengalami masalah pernafasan, atau dengan ertikata lain, penat, sukar bernafas. Ayah memang mengalami masalah kesihatan...diabetis. Dan kerana diabetis juga, ayah selalunya mengalami pening-pening. Namun bila mendapat khabar ayah mengalami penat...kerunsingan aku makin bertambah.
Memang aku balik kampung hari tu pun, ayah macam biasa, nampak pucat dan letih. Ingatkan kerana masalah kencing manisnya. Sebab ayah agak susah hendak berpantang makan. Aku tahu, kegemaran ayah memang makanan manis. Kalau dulu, semasa arwah mak masih ada, kalau mak buat tapai, yang sudah semestinya manis dan sedap, ayah mesti makan sampai lima enam bungkus. Pulut pun ayah suka. Ayah juga dulu, kadang-kadang makan nasi berkuahkan air gula. Kadang-kadang aku pun tumpang sekaki. Sedap juga...Sekarang, ayah tinggal dengan makcik. Aku tahu, makcik pun jenis yang suka makan makanan manis. Kalau bancuh air kopi atau teh...memang manis gila.
Tapi hari ini, kakakku telefon...masalah ayah bukan kerana kencing manis. Tapi ayah mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung. Agak mengejutkan dan merisaukan aku. Arwah mak juga meninggal kerana serangan jantung yang dialami secara mengejut...acute myocardial infaction...itulah penyebab aku kehilangan mak. Kini bila tahu ayah mengalami masalah jantung...aku amat takut dan risau. Aku tahu, pada usia ayah yang mencapai 80 tahun, aku perlu tabah dengan segala kemungkinan. Tapi dua penyakit yang menyerang di usia emas ayah...aku jadi lemah...
Hari Khamis 6/5/2010 ni, aku dan suami telah merancang untuk balik melawat ayah...doaku, ayah akan selamat menjalani sebarang rawatan atau pembedahan. Aku sayang ayah...
No comments:
Post a Comment