Kehidupan menuntut suatu kejujuran dan kesabaran...juga pengorbanan. Ketabahan merujuk rias pembawaan...Lalu kejayaan adalah mimpi yang mungkin suatu kenyataan...Dan jangan sesekali pernah malu untuk jatuh...Dan jangan pula terus terlupa untuk terus berjuang supaya bangun itu meninggi apungnya...
25 May, 2010
Ikan Tenggiri Goreng Berempah
Aku memang suka ikan tenggiri...masak apa pun sedap. So, baru-baru ni, aku saja cuba-cuba masak ikut resepi aku sendiri...my hubby puji...maknanya sedaplah tu...
Bahan
2 Ketul ikan tenggiri
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk paprika
1 camca teh serbuk cili
1 camca teh five spies herbs.
1/2 camca teh oregano
1 camca teh madu
1/2 biji lemon
garam secukup rasa
Cara
1. Bersihkan ikan, gaul dengan semua bahan kecuali jus lemon dan perap selama 1-2 jam.
2. Goreng sehingga keperangan dan garing...
3. Sewaktu menghidang, perahkan jus lemon ke atas ikan...sedia dimakan!!!
32 1/2 tahun yang lalu
What a memories! Me and my sister...kak Ilah aka. Fazilah binti Ismail. At that time, if i'm not mistaken, i'm only 2 /12 years old. And my sister only 41/2 years old...Bung Dux has taken our picture. Actually, i cannot remember what exactly happened on that day...i'm to young ma...! But i still remember, when i was a little girl, my brothers alway taken our pictures. Maybe my brothers new hobby...or just an era. Running in my memory, how my brother, told us to lay down under "meriam" (which they made from batang paip dengan "kabokta"). Pretending that me and my sister just kena tembak dengan meriam. My brothers also asking us to wore school uniform (although i'm not going to school yet because i'm to young!!!), and put alls the "piala", medal they get at their school, pretending that we won alls the hadiah...hahaha...what a sweet memories my brother gave to us...
By the way, do you see the guitar behind us...that's also my brither madness at that time...with his afro look!...Also with his scrambler!
Kak Opie aka. Nur Sufiyana Ulfa Binti Che Mustapha
Lagi gambar majlis pernikahan Kak Opie...Sebenarnya banyak lagi...tapi biasalah...mak saudaranya ni malas nak upload banyak-banyak...
Next week, nak balik kampung because ada majlis kenduri kahwin kak Opie on 5th of June 2010. Dont know what to buy for her as a wedding gift! So, this coming friday, on Wesak day, me and my hubby are planning to go to Nilai...So, maybe we can find something for her there.
So, on the next day, i mean on 6th June 2010, kenduri sebelah pihak lelaki pula...tapi...aku ni sampai hari ni tak tahu nama my new anak saudara...Sorry dear! According to kak Su my sister in law, on 5/6/2010...we all have to wear in green...and the enxt day, in bronze...and once again, sorry dear, tak sempat nak tempah bajula...Anyhow...tak sabar nak tengok kak Opie diiring melalui pedang...
18 May, 2010
Anuar Zain
Minggu lepas...on 14/5/2010, Anuar Zain having case at my court. What an opportunity for me...Its been a long ago...how i alway kept a dream, to meet him. Finally, one's of my dreams come true...
Actually, hari tu memang tak tahu langsung kata my court ada kes anuar zain. That morning, hairan juga, tengok ada ramai reporters appeared in our court. Then, i realised someone sitting a the back, seem so familiar. A few hours later, i begin to recognised him...hahaha...he's Anuar Zain...the popular singer in our country...what a big day!!!!
Just by heard his voice, i'm going to meltdown...my boss keep says to me..."you know zaleha, i know you like taht singer, thats why i call him to came forward, so that you can look at him closely"...hahaha..what a nice boss.
That day, after the hearing is off, i quickly ran out...wishing to meet Anuar Zain outside...what a lucky me...he still at the outside, giving a press statement to a press. I saw, some of the reporters sibuk taking a picture with him...so why not i'm took a part with them... so, this is the result...by the way, for Anuar Zain fans, please dont be jealous...
Hahaha...ni antara bakal jadi baru raya tahun ni...Ada tujuh (7)helai semuanya...Actually, aku beli 6 pasang ja...except yang warna merah kat depan tu. Yang tu dapat free...mana taknya, aku beli lebih RM250/-. Nasib baik hubby tak bising...sebab dia pun baru beli seluar...
Baju-baju ni pun dah selamat aku tempah...suruh biras je buat...sebab aku pun dah suka dengan cara dia buat baju aku. Semua aku suruh dia buat baju kurung riau...tangan pulak ikut suka dialah nak buat camna...
Kalau ikutkan yang betul-betul baju raya yang warna hijau firus. Yang kat bawah ni.
Lepas tu yang kat bawah ni pulak baju yang kedua...
Tapi husband bising juga...sebab baju raya untuk dia belum beli...hahaha...jealous la tu...sebab hubby memang kaki shopping. Kalau pergi shopping, aku yang merajuk...sebab tak larat nak tunggu dia pilih barang...
Lamanya tak masuk blog
Hmm...dah lama tak menulis kat blog ni...sibuk sikit...balik malam pula....memang letih gila. Kebetulan minggu lepas, aku punya turn masuk court. Kalau ikutkan, banyak aktiviti yang aku terlepas. Paling rugi, pada 14/5/2010 hari tu. Sebabnya, kami dari Kesatuan dapat invitation dari CEUPACS untuk hadir majlis perhimpunan JPA dengan kakitangan awam. Memang ramai yang tak boleh pergi. Kes banyak. Tapi tak apalah...demi tugas.
Tadi pun buka facebook, kakak komplen, kenapa tak ada berita terkini kat blog...hehehe...rajin juga dia buka blog ni...
Tentang ayah, hmm...ayah masih tak sihat...dan sebagai anak, aku hanya mampu berdoa, semoga ayah akan dapat mengharungi dugaan ini dengan tabah dan kesihatan ayah makin membaik.
Aku tak sabar nak balik kampung awal bulan 6 ni...hai...rindulah kat ammar adn family kat kampung.

04 May, 2010
Ayah
Semalam, aku mendapat satu lagi khabar yang agak merungsingkan. Ayah mengalami masalah pernafasan, atau dengan ertikata lain, penat, sukar bernafas. Ayah memang mengalami masalah kesihatan...diabetis. Dan kerana diabetis juga, ayah selalunya mengalami pening-pening. Namun bila mendapat khabar ayah mengalami penat...kerunsingan aku makin bertambah.
Memang aku balik kampung hari tu pun, ayah macam biasa, nampak pucat dan letih. Ingatkan kerana masalah kencing manisnya. Sebab ayah agak susah hendak berpantang makan. Aku tahu, kegemaran ayah memang makanan manis. Kalau dulu, semasa arwah mak masih ada, kalau mak buat tapai, yang sudah semestinya manis dan sedap, ayah mesti makan sampai lima enam bungkus. Pulut pun ayah suka. Ayah juga dulu, kadang-kadang makan nasi berkuahkan air gula. Kadang-kadang aku pun tumpang sekaki. Sedap juga...Sekarang, ayah tinggal dengan makcik. Aku tahu, makcik pun jenis yang suka makan makanan manis. Kalau bancuh air kopi atau teh...memang manis gila.
Tapi hari ini, kakakku telefon...masalah ayah bukan kerana kencing manis. Tapi ayah mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung. Agak mengejutkan dan merisaukan aku. Arwah mak juga meninggal kerana serangan jantung yang dialami secara mengejut...acute myocardial infaction...itulah penyebab aku kehilangan mak. Kini bila tahu ayah mengalami masalah jantung...aku amat takut dan risau. Aku tahu, pada usia ayah yang mencapai 80 tahun, aku perlu tabah dengan segala kemungkinan. Tapi dua penyakit yang menyerang di usia emas ayah...aku jadi lemah...
Hari Khamis 6/5/2010 ni, aku dan suami telah merancang untuk balik melawat ayah...doaku, ayah akan selamat menjalani sebarang rawatan atau pembedahan. Aku sayang ayah...

03 May, 2010
Rohana Binti Mansor
Tanggal 1/5/2010 bersamaan 16 Jamadil Awal 1431 hijrah, aku kehilangan seorang sepupu yang amat rapat dengan aku dan juga seluruh ahli keluarga aku. Sedih yang teramat sangat saat menerima berita pemergian sepupuku itu. Usianya baru menjangkau 38 tahun. Masih muda dan masih banyak lagi yang insan seusia beliau akan tempuh. Terasa sendat dan ketat di dada bila mendapat perkhabaran tentang kehilangan sepupuku ini. Terlalu banyak kisah suka dan duka yang aku dan sepupuku ini serta ahli keluarga yang lain alami bersama.
Kami membesar bersama-sama. Seusia beberapa tahun, sepupuku ini, yang juga merupakan saudara/kakak kembar kepada sepupuku...Rohani binti Mansor, telah kehilangan ayah tercinta. Ayah mereka yang aku dan keluarga kenali sebagai Pak Long, kalau tidak silap, meninggal ketika usiaku baru menginjak 8 tahun. Bermakna kedua sepupu kembarku itu telah bergelar anak yatim sekitar usia mereka 10 tahun. Kehilangan Pak Long, lebih merapatkan kami, kerana ibuku memang mengambil berat tentang mereka sekeluarga. Apatah lagi sepupuku ini, sama usianya dengan kakakku Fazilah. Manakala abang mereka pula, sama usianya dengan kakakku...yang ku panggil Kak Chik.
Sepupuku ini, yang kami panggil Ana, memang amat bertanggungjawab orangnya. Setelah tamat pengajian di Tingkatan enam, Ana menyambung pengajian di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Seterusnya menjadi guru sehingga ke akhir hayat beliau. Ana berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga...Fuad, yang ana panggil Fad...Dikurniai dengan dua cahaya mata yang cantik dan comel...Anis dan Farhan...Tak dapat ku bayangkan kesedihan anak-anak kecil ini. Rupanya, mereka juga mengikut jejak langkah ibu mereka yang menjadi yatim pada usia yang masih lagi muda. Namun aku tahu, Allah SWT lebih menyayangi Ana.
Bagiku sendiri, banyak kisah suka dan duka aku bersama sepupuku ini. Dari bermain pondok-pondok di hutan nipah, sehinggallah mencari siput mentarang di lautan ketika masih kecil. Tiada rasa malu diantara kami. Bercerita luar dan dalam...kerana kami...aku, kakakku Kak Ilah, Ana dan adiknya Ani...memang amat rapat. Aku juga pernah mengalami peristiwa kemalangan jalanraya dengan Ana. Kenangan yang tidak dapat untuk kulupakan. Segalanya semua itu, kini hanya tinggal memori yang akan kukenang sehingga ke akhir hayat.
Cuma satu rasa terkilanku. Kali terakhir aku bertemu Ana, hanyalah pada bulan 12 tahun 2009 lepas, ketika majlis perkahwinan anak saudara ku. Waktu itu aku sempat bertanya khabar dengan Ana. Dan pada hujung bulan empat lalu, aku sempat balik ke kampung. Di mulutku tidak pernah lekang dari menyebut perkataan hendak menziarahi Ana kalau aku balik ke kampung. Tapi, takdir Allah menentukan segalanya. Aku menjadi berat hati untuk melawat Ana. Sehinggallah saat aku berangkat balik ke ibu kota. Dan akhirnya, penyesalan ini, aku menanggungnya. Namun ketahuilah, aku sentiasa mengingati Ana walau aku tak sempat menziarahinya. Aku tak sanggup sebenarnya untuk melihat penderitaan Ana.
Ana, benarlah, kanser itu menjadi barah dalam keluarga kita. Sepupu kita, Rahim juga meninggal kerana kanser darah. Dan kini, Ana menjadi legasi yang tidak dapat dibanggakan oleh semua hambaNya. Namun, Allah SWT menguji kita kerana kasih-sayangNya.
Ana, damailah engkau disana, di sisi Allah Yang Esa. Yang menyayangimu lebih dari kami semua. Doaku, semoga rohmu ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh, dan disamping para shuhada...Alfatihah untukmu sepupu dan sahabatku dunia dan akhirat...Rohana binti Mansor...Amin!!!
Kami membesar bersama-sama. Seusia beberapa tahun, sepupuku ini, yang juga merupakan saudara/kakak kembar kepada sepupuku...Rohani binti Mansor, telah kehilangan ayah tercinta. Ayah mereka yang aku dan keluarga kenali sebagai Pak Long, kalau tidak silap, meninggal ketika usiaku baru menginjak 8 tahun. Bermakna kedua sepupu kembarku itu telah bergelar anak yatim sekitar usia mereka 10 tahun. Kehilangan Pak Long, lebih merapatkan kami, kerana ibuku memang mengambil berat tentang mereka sekeluarga. Apatah lagi sepupuku ini, sama usianya dengan kakakku Fazilah. Manakala abang mereka pula, sama usianya dengan kakakku...yang ku panggil Kak Chik.
Sepupuku ini, yang kami panggil Ana, memang amat bertanggungjawab orangnya. Setelah tamat pengajian di Tingkatan enam, Ana menyambung pengajian di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Seterusnya menjadi guru sehingga ke akhir hayat beliau. Ana berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga...Fuad, yang ana panggil Fad...Dikurniai dengan dua cahaya mata yang cantik dan comel...Anis dan Farhan...Tak dapat ku bayangkan kesedihan anak-anak kecil ini. Rupanya, mereka juga mengikut jejak langkah ibu mereka yang menjadi yatim pada usia yang masih lagi muda. Namun aku tahu, Allah SWT lebih menyayangi Ana.
Bagiku sendiri, banyak kisah suka dan duka aku bersama sepupuku ini. Dari bermain pondok-pondok di hutan nipah, sehinggallah mencari siput mentarang di lautan ketika masih kecil. Tiada rasa malu diantara kami. Bercerita luar dan dalam...kerana kami...aku, kakakku Kak Ilah, Ana dan adiknya Ani...memang amat rapat. Aku juga pernah mengalami peristiwa kemalangan jalanraya dengan Ana. Kenangan yang tidak dapat untuk kulupakan. Segalanya semua itu, kini hanya tinggal memori yang akan kukenang sehingga ke akhir hayat.
Cuma satu rasa terkilanku. Kali terakhir aku bertemu Ana, hanyalah pada bulan 12 tahun 2009 lepas, ketika majlis perkahwinan anak saudara ku. Waktu itu aku sempat bertanya khabar dengan Ana. Dan pada hujung bulan empat lalu, aku sempat balik ke kampung. Di mulutku tidak pernah lekang dari menyebut perkataan hendak menziarahi Ana kalau aku balik ke kampung. Tapi, takdir Allah menentukan segalanya. Aku menjadi berat hati untuk melawat Ana. Sehinggallah saat aku berangkat balik ke ibu kota. Dan akhirnya, penyesalan ini, aku menanggungnya. Namun ketahuilah, aku sentiasa mengingati Ana walau aku tak sempat menziarahinya. Aku tak sanggup sebenarnya untuk melihat penderitaan Ana.
Ana, benarlah, kanser itu menjadi barah dalam keluarga kita. Sepupu kita, Rahim juga meninggal kerana kanser darah. Dan kini, Ana menjadi legasi yang tidak dapat dibanggakan oleh semua hambaNya. Namun, Allah SWT menguji kita kerana kasih-sayangNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kalau Rajin Nak Membaca
- http://www.bharian.com.my/
- http://www.utusan.com.my/
- http://www.hmetro.com.my/
- http://thestar.com.my/
- http://www.nst.com.my/