Pada 14/2/2010 hari tu, aku dengan suami, telah meluangkan masa merehatkan minda dan mata di Cherating, Pahang. Bukan kerana nak sambut valentine day yang tak berfaedah tu. Sebab selama ni memang tak pernah sambut pun. Cuma kebetulan, CNY tahun ni jatuh pada tarikh tersebut, so, our vacation jatuh pada tarikh tu. Actually, aku dengan husband memang selalu pergi bercuti pada setiap CNY, almost every year, tak pernah miss pun.
So, kali ni kami memilih untuk menginap di Hotel Impiana Spa & resort Hotel, Cherating. Kami bertolak dari Kuala Terengganu pada 14/2/2010 tu sekitar pukul 9.00 pagi. Kami ke KT untuk ziarah family members yang tinggal di sana. On the way nak ke Impiana, husband sempat beli nasi minyak utk dia, dan utk aku pula, nasi air berlauk. Dalam pada tu, ada juga lain-lain kudapan/kuih-muih yang kami beli. kami juga sempat singgah ke Kuala kemaman yang cuma beberapa km saja dari Hotel Impiana. Di situ, kami beli makanan popular Pantai Timur...satar dan otak-otak. (Sayangnya aku terlupa nak snap kesemua makanan tu).
Kami tiba di Impian lebih-kurang pukul 12.25 petang. Terus check-in. Dapat bilik no 250. First impression...wah, standardnya Impiana ni. Pemandangan pun cantik sangat. Kebetulan, masa kami sampai, ramai juga mat-mat saleh yang tengah bersantai kat lobi hotel...Tapi, after we reached to our room...dush...segalanya merudum. Bilik agak kecil, dan kami juga mendapat bilik yang tak boleh dikunci. Bilik air tak ada bath tub (pada harga yang ditawarkan...rasanya tak berbaloi dengan bilik yang disediakan). Dari segi safety, memang tak terjamin. Waktu malam susah nak tidur sebab pintu tak boleh kunci, lepas tu pencahayaan kawasan sekeliling pun agak kurang. Takut berlaku sesuatu yang tak diingini Kebersihan pun sekadar okay je. Tuala juga tak disediakan. Telefon juga rosak, kami juga hanya mendapat 2 single bed. So, utk sebarang komplen, we have to go to the main lobby to see them. After a few hours, barulah house keeper datang hantar towel. Dia bagi alasan, towel habis...rasanya sebagai hotel yang dah well maintain, masalah ni tak sepatutnya berlaku.
Anyhow, pemandangan pantai dengan pool yang disediakan, memang best gila. And ada satu yang best tentang bilik kat situ. Tingkap jenis open air. So, angin memang kaw-kaw best. Nyaman je. Makanan juga best. Walau not many choice, tapi sedap. And, on the day we check-in, pihak Impiana ada sediakan complimentary drinks...lemongrass tea....kah,kah,kah...lucu nampak my husband punya face...berkerut-kerut nak habiskan tea tu...The next morning, utk breakfast, makanan memang sedap walau saya mengharapkan ada kelainan berbanding hotel/resort lain yang pernah saya kunjungi. Ada nasi lemak, rendang ayam, mee goreng, conge, bread, salad with 2-3 kind of cheese etc. My husband love the coffee they served...
Memang sakan kita orang berendam. Tak kira panas terik. Yang syoknya, tapi juga mengundang kehairanan...dan juga pertanyaan, kenapa tak ramai orang mandi kat pantai dan pool. Tengok beberapa family je yang mandi-manda kat situ. Yang selebihnya, just hang around the beach and pool. Ada setengah tu macam nak jaga status je...For me and my husband, our target memang nak berendam sakan. So, status-status semua tu, letak kat belakang ajalah. For me, water is the best way to release tension. Yalah, kalau kita susah hati, bukankah kita digalakkan untuk berwuduk? So, apatah lagi kalau dapat berendam...acting pula macam budak-budak...wah...bestnya. Rasa terbang semua masalah.
And one more yang tak bestnya, setiap kali pergi bercuti, bila balik, muka mesti kena sunburn walaupun dah ambil langkah sepatutnya. Apapun, walau ada baik dan buruknya percutian kali ni, i'm still happy...
For Impiana crew, thank you...
No comments:
Post a Comment