Kehidupan menuntut suatu kejujuran dan kesabaran...juga pengorbanan. Ketabahan merujuk rias pembawaan...Lalu kejayaan adalah mimpi yang mungkin suatu kenyataan...Dan jangan sesekali pernah malu untuk jatuh...Dan jangan pula terus terlupa untuk terus berjuang supaya bangun itu meninggi apungnya...
01 March, 2010
Mee Goreng Seafood
Petang semalam masak mee goreng seafood. Letak sotong dan udang. Biasanya, kalau masak mee, mesti husband nak mee tu basah/lembap...so, ikut sajalah.
Bahan
1 bungkus mee kuning
100 gm sotong dihiris setebal 1 cm
150 gm udang
100 gm fish cake )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin
1 1/2 sudu kicap pekat (saya pakai cap Mudim)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili (saya guna jenama life)
1 sudu sos tomato (jenama life juga)
1/2 sudu cuka makan
2 sudu minyak masak
3 ulas bawang putih [cincang halus]
3 biji telur
Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan bahan seafood dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan bahan sos. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan mee, taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau Rajin Nak Membaca
- http://www.bharian.com.my/
- http://www.utusan.com.my/
- http://www.hmetro.com.my/
- http://thestar.com.my/
- http://www.nst.com.my/
No comments:
Post a Comment