resipi laksa dibawah boleh mendapatkan 6 gulungan, boleh buat untuk hidangan 2 orang. Jika ramai perlu anda gandakan adunannya.
LAKSAM
Sumber: Kak Hanieliza
Bahan untuk LAKSAM
4 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
***aku tambah secubit garam
Cara-caranya
1. Kesemua bahan diatas dicampurkan dan dikacau sehingg sebati. Bancuhannya agak cair. Lebih cair dari bancuhan pisang goreng.
2. Panaskan pengukus dan dulang/ tudung periuk yang telah dilanser minyak masak. Tuangkan paras rata adunan tepung dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Ia akan masak bila kita tengok dah menggelembung gitu.
3. Keluarkan dan sejukkan sebelum digulung supaya gulungan cantik.
4. Ulangi langkah sama sehingga habis semua.
Bahan untuk KUAHNYA
Ikan direbus (sama seperti rebus ikan buat laksa),ambil isinya dan blender [aku guna ikan kembung, tapi kalau ikan selayang/sardin lagi best]
Bawang besar [aku guna 2 labu bawang besar yang saiz sederhana]
Bawang putih [aku tak masukkan, sebab ikut resepi mak mertua]
Halia [ lebih kurang 1/2 inci]
Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam [aku letak 1 1/2 camca]
Gula merah [aku letak gula pasir biasa]
Garam
***Aku tambah 1/2 inci belacan [nanti aku cerita sebabnya]
Cara-caranya
Semua bahan kuah ini diblender dan campurkan sekali ke dlm periuk, di rebus sehingga masak. Rasakan garamnya.
Bahan untuk ULAM
Timun
Daum kesum
Kacang panjang
Taugeh
Bunga kantan
***laksam aku langsung tak tambah ulaman ni sebab husband tak makan
Cara-caranya
Kesemua bahan ulam di racik-racik halus.
Bahan untuk SAMBAL
Cili padi
Belacan
Garam secukup rasa
***Kalau kat rumah MIL kat Terengganu, biasanya diaorang guna cili boh...letak dalam satu piring. Letak juga garam, belacan, perasa, garam dan gula. Aku tak biasa makan macam tu, so that way aku letak belacan dalam kuah
Cara-caranya
Tumbuk atau blender dan kemudian perahkan sedikit air limau kasturi.
Ini isi laksam yang aku buat. Tapi tak sempat nak snap gambar kuah sebab bila dah siap, malam pun menjelma. So, pencahayaan tu tak membantu... Tapi aku sertakan juga gambar yang aku C&P dari Fizan (FRD)...thanks ya sebab sudi berkongsi gambar...
No comments:
Post a Comment