26 March, 2010

Bun Manis

Hmm...lamanya tak masuk ke sini. Sibuk sangat. Kerja kat opis ni makin bertimbunlah pulak. Bukan kerana aku bertangguh buat kerja. Tapi ini dah nature kerja aku. Biasalah, sekarang ni memang orang suka bab saman-menyaman ni. So, sampai sudahlah kerja aku takkan habis kat opis ni...
Apa-apapun, beberapa hari lepas, dapat juga aku curi masa buat bun manis. Husband yang requested.

Bahan-Bahannya :

A :
480 gm tepung high protein
120 gm tepung gandum
110 gm gula halus
10 gm garam
20 gm tepung susu
4 camca teh yis [biasa pakai mauripan]
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softener

B :
1 biji telur
300 ml air [pakai air sejuk biasa je]

C :
60 gm butter

Caranya :
1. Satukan semua sekali bahan A.
2. Masukkan bahan B dan adun menggunakan dough hook selama 2 minit.
3. Setelah itu, uli tepung sehingga menjadi doh selama lebih kurang 20 min.
4. Masukkan C dan uli lagi doh sehingga menjadi kenyal dan licin.
5. Bentukkan doh seberat 60 gm bulat-bulat atau mengikut kehendak.
6. Rehatkan doh dan tutup adunan doh dengan tuala lembab. Biar sehingga naik 2 kali ganda.
7. Bakar menggunakan suhu 180C lebih-kurang 35-45 min.
8. Sekitar 15 minit bun dibakar, keluarkan, dan sapu bancuhan telur+susu pada permukaan bun. Sambung  
    bakar sehingga masak.
9. Setelah masak, keluarkan bun dari oven, dan sapu permukaan bun dengan mentega. Biar sejuk. Bolehlah
    ngap!!!
Yang ni aku buat bekal bawak gi opis. Yang nampak hitam-hitam bulat tu, aku letak cip coklat. Tapi abis melekat kat tudung bekas plstik tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/