Mudahnya hari berlalu. Semalam telah menjadi sejarah. Hari ini, semoga dapat kutempoh dengan hati yang tenang. Esok...hanya Dia yang lebih tahu...walau hebat mana aku merancang...apa yang pasti berlaku, itulah ketentuanNya.
Berpuas hati dengan apa yang kulalui, lupakan ketegangan semalam yang telah berlalu, rindui cinta yang semakin tumbuh, meledak rasa dengan kemaafan, aku adalah aku yang cuba merentasi fantasia dalam menjadi diriku tanpa menjadi sesiapa. Jahat buruk baiknya aku, bukan sesiapa yang menuntunku kerana aku berdiri sebagaimananya aku. Dan jangan pernah ada yang membenciku keran siapa aku ini
Pada rindu yang semakin tumbuh, langkahku selalu longlai bersamamu. Ada perit yang kutanggung tanpa ada penamatnya ketika ini. Rinduku tersebar ke serata ceruk rantau, terus berlari tanpa ada virus yang menongkah upaya menghentikannya. Rinduku pada yang telah tiada menyesakkan upaya mimpiku melontar aku ke daerah paling usang sebuah kelukaan, lalu pada dia yang telah tiada, aku ettap mengenangmu tanpa ada batasan waktu...Al Fatihah buatmu yang rinduku tidak pernah padam, pada engkau yang merenungku dengan mata yang kelam, namun penuh terisi kasih dan sayang yang kau bawa ke penghujung...
No comments:
Post a Comment