Hmm...camna aku nak cerita ya...okaylah...sekadar nak melepaskan perasaan aku di sini. Korang kalau yang rajin baca kisah aku yang boring ni, mesti tahu kesibukan aku kat opis aku ni bukan? Dan kalau dah lama sikit yang mengenali aku, mesti tahu bagaimana aku bekerja...Kalau tak tahu, aku terangkan ya bagaimana aku dalam menangani tugas-tugas aku di pejabat...
Aku ni sebenarnya masuk kategori workaholic...aku suka bekerja...walau aku dalam perkhidmatan kerajaan, tapi aku dilatih untuk bekerja macam kakitangan sektor swasta. Dari mana aku dapat sikap macam tu...sebenarnya dalam family aku, kami semua workaholic...dari mak aku, ayah aku sehinggalah anak saudara aku...ipar duia aku pun memang jenis suka bekerja...Kami tak akan berhenti selagi kami tidak berpuas hati dengan hasil yang bakal kami perolehi. Dan kami, aku rasa hampir keseluruhan anggota keluarga aku mempunyai sikap tidak suka membiarkan orang tidak berpuas hati dengan hasil kerja kami...bukan aku nak berbangga diri, tapi kami sentiasa akan maju ke hadapan menawarkan diri untuk menyelesaikan sesuatu tugasan, dan alhamdulillah tugasan yang kami buat...selalunya adalah cemerlang...
Okaylah, bukan tujuan aku nak cerita tentang perihal kesukaan aku dan family dalam bekerja, tapi...benda yang aku nak cerita ni, ada kaitan sedikit sebanyak...aku dah bekerja lebih 16 tahun. Dalam ertikata lain, aku dah masuk peringkat senior dekat opis aku ni...walaupun aku muda lagi...(hahaha...perasan...but 39 is still young ma...people always says that life begin at 40 isn't it?)
Okaylah, selama 16 tahun lebih aku bekerja di jabatan ni, aku dah berada di bawah hampir 10 orang bos yang berbeza. Dan boleh dikatakan aku memang tak ada masalah dengan bekas-bekas bos aku kecuali seorang. Dan itupun bukan sebab apa, sebab ada seseorang yang memang berniat menjatuhkan aku...tapi dari segi kerja, memang tiada masalah...Aku dah berhadapan dengan berbagai akrenah bos...lelaki, perempuan, tegas sampaikan ada yang minta tukar sebab tak mahu bertugas dibawah bos tu, dan ada juga yang lemah lembut, bijak, prihatin dan peramah...
So sekarang aku nak cerita tentang bos aku yang sekarang ni. Kalau ikutkan, aku baru berada di bawah bos aku ni dalam 6 bulan setengah macam tu. Sebelum bos aku ni berpindah ke tempat aku, macam-macam versi yang aku dengar tentang dia. Memang ramai orang tak mahu berada di bawah dia. Tapi, alhamdulillah setakat hari ni, aku gembira berada dibawah dia. Lembut tetapi tegas. Mementingkan kesempurnaan, yang bagi aku langsung tiada masalah kerana aku rasa aku berkemampuan melaksanakan tugas sebagaimana yang dia perlukan...
Masalah aku sekarang, sejak bos aku bertukar ke tempat aku, dia mempunyai seorang setiausaha peribadi dan juga seorang budak suruhan. Okaylah, sebagai memudahkan cerita, kedua-dua staff ni telah pun ditukarkan dari division aku atas permintaan bos aku. Tapi yang melemahkan aku, bekas setiausaha peribadi dia ni dah buat cewrita yang tak baik tentang aku, kononnya aku kaki kapur dan kaki bodek...
Okaylah aku senaraikan apa tugas harian aku ya supaya korang tau aku ni kaki kapur atau kaki bodek...
1. Aku masuk kerja pukul 7.00 pagi (asalnya 8.00), dan aku balik dari opis pukul 7.00 (sepatutnya pukul 5.00)...kenapa aku balik lambat, kerana kerja aku banyak...kalau aku ada kes sepanjang hari, pukul 7.10 am aku dah kena start ready dengan fail-fail kes sebab aku nak bila pintu opis aku buka pukul 8.00 kepada public, aku dah ready dengan semua fail untuk ahri tu
2. Aku jarang makan diluar sama ada untuk sarapan, makan tengahari atau minum petang...aku selalu bawa bekal. Satu sebab aku boleh buat kerja sambil aku makan, yang mana akan menjimatkan masa aku naik turun pergi cafe...dan satu lagi sebab aku memang malas nak pergi cafe...
3. Walau aku malas macamana pun, aku tetap terpaksa buat kerja aku tanpa alasan penat atau letih atau malas. Sebab kalau aku tak selesaikan kerja aku untuk hari tu, aku akan ada masalah esoknya kerana esok aku akan berdepan dengan kes-kes yang lain pula. Akibatnya, hujung bulan aku akan ada masalah dalam penyediaan statistik.
Okay, tugas aku memang akan setiap masa melibatkan aku dan bos aku. Bukan aku seorang sahaja, tapi semua group bagi jawatan aku, mempunyai peranan sebagaimana aku. Kami ini memang selalu diibaratkan oleh bos-bos kami sebagai tangan kanan mereka dalam melaksanakan tugas harian. So, bukan maksud nak bodek atau apa, tapi dari konteks tugas, memang kami/aku kena rapat dengan bos aku.
Masalah aku sekarang, budak PA ni tak faham apa konteks tugas dia. Aku rasa kalau sesiapa yang bertugas sebagai setiausaha peribadi tahu apa tugas sebenar dia...antaranya...
1. Masuk lebih awal dari bos setiap pagi dan balik mestilah lagi lewat dari bos (dalam konteks minah songeh kat pejabat aku ni...bos aku masuk opis 7.20, dia pula 8.05 am baru masuk opis...datang awal tapi lepak cafe...balik pula nak tepat pukul 5.00 walaupun bos ada bagi tugas untuk disiapkan segera)
2. Bos suruh buat sesuatu tugas, selalu dilambat-lambatkan...yang akhirnya bos akan suruh aku yang buat walaupun bukan dalam bidang tugas aku)
3. Bagi alasan tak tahu bahasa Inggeris untuk mengelak dari kena buat kerja yang sepatutnya dalam bidang tugas dia (yang akhirnya aku juga kena buat bila bos suruh sebab kepakaran aku adalah dalam bahasa Inggeris...yang jugaantara sebab yang menyebabkan aku terpaksa balik lewat setiap hari sebab kena buat kerja yang sepatutnya dia buat)
4. Sangat tak organize dalam tugas. Meja bersepah-sepah dan sambil lewa. Selalu dokumen aku dengan bos terima lewat sebab dia suka simpan buat pekasam kat meja dia)
5. Sukar menerima arahan atau teguran dari bos...
6. Tak tahu membezakan dokumen dalam kategori segera...atau sengaja buat-buat tak tahu...
Actually ada banyak lagi kelemahan dia yang aku malahan bos aku sedar...tapi nanti korang kata aku mengutuk dia pula...
Bagi aku, kalau kita sendiri meletakkan diri kita di tempat yang membuatkan orang memandang rendah pada kita, tak perlulah kita berpatah balik menunding jari pada orang lain menyatakan orang ini, tau orang itu cuba menjatuhkan kita atau menabur pasir dalam periuk nasi kita. Kalau bos aku meletakkan aku sebagai tangan kanan yang memberi kekuatan pada diri bos aku sekarang, malahan bos-bos sebelum ni, janganlah cuba pula menabur pasir ke dalam periuk nasi aku...Aku cuma menjalankan tugas aku supaya kerja-kerja aku tidak terbengkalai dan menepati standard yang diperlukan oleh jabatan. Aku tak perlu menabur fitnah atau memburukkan orang lain untuk berada ditempat aku sekarang. Cukup bagi aku dengan dedikasi, rajin dan berfikiran positif dan terbuka untuk teguran dan sebarang tugasan...
Okeylah, banyak aku membebel kat sini, tapi kalau aku tak luahkan pun, rasa tension bermain difikiran...pada mereka-mereka yang berkenaan, tak perlulah sebarkan kat kalangan kawan-kawan awak betapa buruknya saya...sebab pengganti yang mengambil tempat awak, dari hari pertama dia menggantikan awak, dia sudah nampak kelemahan dan kesilapan awak dalam melakukan tugas...tak perlu saya ke hadapan untuk mempertahankan diri kerana kebenaran dengan sendirinya telah terserlah...dan tak perlu awak burukkan bos awak kerana pengganti tersebut telah nampak juga apa kekurangan awak yang membuatkan awak dipandang lemah oleh bos sekarang...Cuma satu pinta saya...nak maju, kita kena berubah, kena terima segala teguran...
Kehidupan menuntut suatu kejujuran dan kesabaran...juga pengorbanan. Ketabahan merujuk rias pembawaan...Lalu kejayaan adalah mimpi yang mungkin suatu kenyataan...Dan jangan sesekali pernah malu untuk jatuh...Dan jangan pula terus terlupa untuk terus berjuang supaya bangun itu meninggi apungnya...
20 January, 2013
11 January, 2013
ADAB-ADAB DI HARI JUMAAT
1. Hari Jumaat terdapat masa yang mustajab doa. Maka, perbanyaakkan doa
2. Bersedia menghadapi hari jumaat mulai dari hari khamis dengan (1) mencuci kain & baju (2) banyakkan mengucap tasbih & istighfar.
3. Sunat mandi apabila terbit fajar sehingga solat Jumaat didirikan. Yang lebih afdal; mandi ketika hendak pergi solat jumaat.
4. Sunat memakai pakaian putih.
5. Sunat memakai wangi-wangian seperti kasturi & makhruh memakai zabad (kerana menyerupai pakaian perempuan)
6. Sunat (1) menghilangkan bau busuk badan (2) mencukur bulu ari-ari (3) memotong misai (4) mengerat kuku (5) bersugi (6) mencabut bulu ketiak
*jangan mencukur janggut.
7. Sunat berpagi-pagi pergi ke masjid dengan (1) berjalan (2) hati sentiasa mengingati Allah (3) membaca quran (4) Selawat.
8. Apabila masuk ke masjid dituntut berada di saf pertama.
9. Jangan melangkah bahu orang lain.
10. Jangan duduk sehingga didikan solat tahiyat masjid & memadai sekadar 2 rakaat, jangan meninggalkan solat itu sekalipun ketika khatib membaca khutbah.
11. Sunat membaca surah al-Kahfi
12. Perbanyak membaca selawat kepada Rasulullah saw pada hari jumaat & malamnya.
13. Selepas imam naik ke atas mimbar jangan bersolat (kecuali solat tahiyat masjid yang ringkas). Makruh berkata-kata melainkan menjawab azan (ianya sunat)
14. Sunat mendengar khatib membaca khutbah (jangan menyibukkan diri dengan amalan yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir atau berselawat)
15. Setelah selesai Solat Jumaat, sunat tidak berkata-kata sebelum membaca al-fatihah (7x), al-ikhlas (7x), al-Falaq (7x), an-Nas (7x).
16. Sunat bersolat 4 rakaat setelah solat Jumaat (2 rakaat pertama: sunat Muakkadah, 2 rakaat terakhir: tidak muakkadah)
17. Setelah selesai solat Jumaat, sunat duduk di masjid sehingga Asar atau Maghrib dengan niat iktikaf.
18. Perbanyakkan doa sepanjang hari Jumaat dengan khusyuk & tawadu’, kerana terdapat masa mustajab doa oleh Allah pada hari Jumaat.
19. Antara masa mustajab doa ialah (1) waktu terbit matahari (2) waktu gelincir matahari (3) ketika iqamat (4) ketika khatib naik ke mimbar (5) ketika berdiri untuk bersolat.
20. Sunat memperbanyak sedekah.
Wallahua’lam
Rujukan: Kitab Hidayatus Salikin (Syeikh Abus-Shamad Al-Falimbani)
via www.idhamlim.com
08 January, 2013
The Benefits of Forgiveness
Betrayal, aggression, and just plain insensitivity: People can hurt us in a million ways, and forgiveness isn’t always easy. Whether you’ve been cut off in traffic, slighted by your mother-in-law, betrayed by a spouse, or badmouthed by a co-worker, most of us are faced with a variety of situations that we can choose to ruminate over or forgive. But forgiveness, like so many things in life, is easier said than done.
Forgiveness can be a challenge for several reasons. Sometimes forgiveness can be confused with condoning what someone has done to us: “That’s OK. Why not do it again?” Forgiveness can be difficult when the person who wronged us doesn’t seem to deserve our forgiveness -- it’s hard to remember that forgiveness benefits the forgiver more than the one who is forgiven. Ultimately, forgiveness is especially challenging because it’s hard to let go of what’s happened. However, it’s important to let go and forgive. Here are some reasons why:
- Forgiveness is good for your heart -- literally. One study from the Journal of Behavioral Medicine found forgiveness to be associated with lower heart rate and blood pressure as well as stress relief. This can bring long-term health benefits for your heart and overall health.
- A later study found forgiveness to be positively associated with five measures of health: physical symptoms, medications used, sleep quality, fatigue, and somatic complaints. It seems that the reduction in negative affect (depressive symptoms), strengthened spirituality, conflict management and stress relief one finds through forgiveness all have a significant impact on overall health.
- A third study, published in the Personality and Social Psychology Bulletin, found that forgiveness not only restores positive thoughts, feelings and behaviors toward the offending party (in other words, forgiveness restores the relationship to its previous positive state), but the benefits of forgiveness spill over to positive behaviors toward others outside of the relationship. Forgiveness is associated with more volunteerism, donating to charity, and other altruistic behaviors. (And the converse is true of non-forgiveness.)
.
07 January, 2013
Ammar Dah Masuk Sekolah
Hehehe...lama aku tak update perkembangan anak saudara aku sorang ni...bukan tak ada cerita. Sebenarnya banyak benda yang aku boleh cerita pun tentang dia...
First of all...kalau korang nak tahu...dia sekarang dah makin boolat...ikut sapa lagi kalau bukan ikut mak sedara dia ni...Nak kata dia makan banyak...tak la juga...sesekali ja dia makan banyak...keturunan kot (hahaha). Dia ni pun waktu makan tak tentu masa ni...ikut la bila dia nak makan...and korang jangan tak tau...budak ni sorang suka makan ulam petai tau...dan lain-lain daun ulam...canggih tak? Sushi pun dia makan...hahaha...bukan semua bebudak suka makan ulam dengan sushi ni...
Ha, Ammar sekarang dah umur 4 tahun. Tahun 2013 ni dia start pergi sekolah. Sekolah apa entah...tapi dekat tempat kerja abah dia. Waktu sekolah memang dari pukul 8.00 lebih kot sampai 11.00 lebih, lepas tu waktu utk makan tengahari and napping time. Pukul 2.00 petang sambung kelas iqra'. Lepas kelas iqra' tu barulah waktu personal dorang...aku agak waktu mainlah kot sebab aku pun tak dapat cakap dengan dia lagi sejak dia masuk sekolah ni...
Tapi according to kakak aku/mak dia, pagi-pagi memang menangis juga nak bangun. Al maklumlah sebelum ni pukul 10 pagi baru nak mandi...sekarang kena mandi dan bersiap awal sebab abah dia masuk kerja pukul 8.00, so dorang kena keluar awal dalam pukul 7.00 lebih camtu kot...Tapi menurut kakak aku, tak apa, dia anak yang baik, pagi-pagi bila merengek tak mahu pergi sekolah, lepas kakak aku pujuk sikit, dah lembut hati...
Okaylah...apapun, aku doakan anak saudara aku yang sorang ni akan membesar menjadi anak yang berguna dan sentiasa menghargai ibu dan bapa, orang tua, agama, negara dan masyarakat...serta jadi anak yang cerdik dunia dan akhirat yang membanggakan mama dan abah dan keturunannya...
First of all...kalau korang nak tahu...dia sekarang dah makin boolat...ikut sapa lagi kalau bukan ikut mak sedara dia ni...Nak kata dia makan banyak...tak la juga...sesekali ja dia makan banyak...keturunan kot (hahaha). Dia ni pun waktu makan tak tentu masa ni...ikut la bila dia nak makan...and korang jangan tak tau...budak ni sorang suka makan ulam petai tau...dan lain-lain daun ulam...canggih tak? Sushi pun dia makan...hahaha...bukan semua bebudak suka makan ulam dengan sushi ni...
Ha, Ammar sekarang dah umur 4 tahun. Tahun 2013 ni dia start pergi sekolah. Sekolah apa entah...tapi dekat tempat kerja abah dia. Waktu sekolah memang dari pukul 8.00 lebih kot sampai 11.00 lebih, lepas tu waktu utk makan tengahari and napping time. Pukul 2.00 petang sambung kelas iqra'. Lepas kelas iqra' tu barulah waktu personal dorang...aku agak waktu mainlah kot sebab aku pun tak dapat cakap dengan dia lagi sejak dia masuk sekolah ni...
Tapi according to kakak aku/mak dia, pagi-pagi memang menangis juga nak bangun. Al maklumlah sebelum ni pukul 10 pagi baru nak mandi...sekarang kena mandi dan bersiap awal sebab abah dia masuk kerja pukul 8.00, so dorang kena keluar awal dalam pukul 7.00 lebih camtu kot...Tapi menurut kakak aku, tak apa, dia anak yang baik, pagi-pagi bila merengek tak mahu pergi sekolah, lepas kakak aku pujuk sikit, dah lembut hati...
03 January, 2013
Adoi...tension, tension...korang taukan aku sibuk sangat sekarang ni...banyak kerja opis yang aku kena buat sorang-sorang...tak ada orang yang big boss aku percaya utk buat kerja yang aku buat sekarang ni...last-last aku yang kena buat sensorang...
Bukan aku nak menunjuk aku ni rajin or terer buat kerja, but orang yang sepatutnya buat kerja ni...Ya Allah memang lembab gila. Korang bayangkan, aku dok menaip transkripsi kes almost setiap hari, telinga pun dah naik pekak. Nasib baik duit hasil penulisan tu masuk kat poket aku. Tapi masalahnya, aku menaip transkripsi tu hanyalah sebagai part time job aje...Sebelum ni aku buat sekadar termampu aku. Kalau aku tak mampu memang aku reject...tak perlu aku tamak haloba kalau aku tak mampu...
But now, kerja yang sepatutnya jadi bidang tugas setiausaha big boss aku, dah kena lambak kat aku. Alasannya, setiausaha big boss aku tu lembab dan tak tahu English...adoi...apakejadahnya tu...alasan semata-mata sebab big boss aku ada suruh dia taip satu transkripsi dalam bahasa Melayu, aku rasa ini dah masuk 3 bulan, masih tak siap-siap lagi...memang lembab betullah...
Lepas tu tadi, budak junior kat tempat aku ni, yang ganti member aku yg dulu tu...dah berapa kali aku suruh dia minta no. password dari formis, minta IT datang check printer kat meja dia, adjust komputer kat bilik dia...tak juga dia buta...aku rasa ni dah nak masuk 2 bulan dia kat sini...masih lagi bengap. Kerana dia banyak kerja aku tertangguh. Dan tadi yang buat aku memang ternaik suara aku memang jarang nak naik suara dengan member seofis tau), boleh dia guna printer kat meja aku lepas tu siap print kerja aku yang belum siap...bukan sikit pula tu, 125 mukasurat lebih...tak pasal-pasal membazir kertas...
Dah la hari tu bawa virus ke komputer aku...
Ishhhhh...bengang betullah...

Permulaan Tahun Baru Masihi Yang Sibuk!!!
Apa khabar semua? Apa perasaan korang bila dah masuk tahun 2013 ni? Aku? Aku macam biasa saja...bagi aku tak ada apa istimewanya...masih sama macam tahun-tahun yang pernah aku lalui...aku tak pernah pasang azam pun bila munculnya tahun baru masihi ni...
Tahun baru Hijrah? Ha time tu aku pasang azam...sebab aku rasa sebagai umat Islam...aku harus mengutamakan hak Islam dalam hidup aku...walaupun aku bukannya baik sangat pun, tapi aku cuba menjadi hambaNya yang baik...
Eh malaslah nak cakap benda ni semua...kita semua diberi akal dan fikiran...buat apa nak agung-agungkan orang yang menjatuhkan Islam...pandai-pandailah korang fikirkan...
Tahun 2013 ni...aku sibuk sangat...rasa macam tak cukup tangan. Ditambah dengan orang sekeliling yang sibuk nak buat perangai dan nak tunjuk pandai...yang malas nak belajar pun ramai juga...tak mau ambil iktibar dari sejarah masa lalu...kena marah berkali-kali, tapi still ulang kesalahan yang sama berkali-kali...
KESANNYA...aku juga yang menanggung bala...segala tugas orang aku kena buat...sebab kalau aku buat-buat pejam mata, buat-buat tak nampak...kerja aku pun yang akan kena effectnya...
Oh ya...pada yang selamat melangsungkan perkahwinan sepanjang hujung tahun lepas...Selamat Pengantin Baru...semoga rumahtangga korang bahagia dan diberkati Allah SWT dan mendapat zuriat yang dirahmati yang mendoakan kalian...
Pada yang nak start struggle sebab nak exam UPSR, PMR, SPM, dan STPM...aku doakan adik-adik semua ni akan berjaya dalam peperiksaan yangbakal ditempuhi nanti...
Pada suami isteri yang selama ini sering bermasam muka, aku juga berdoa semoga rumahtangga korang kembali aman dan tenteram...hidup berumahtangga ni kena saling bertolak ansur ya...
Pada korang-korang yang suka menguji kasih Allah dengan buat benda/perkara yaang terkutuk seperti mencuri, merempit, bermaksiat dan sebagainya yang sewaktu dengannya tu...bawa-bawalah bertaubat...Allah memberi, maka Allah juga Maha Berkuasa untuk mengambilnya semula...
Apapun, semoga kita semua sukses...

28 December, 2012
Nikah...Adush!!!Lelaki Kena Faham...

Aku jumpa satu post kat fb...ha...dalam maknanya bukan? Kadang-kadang kita ni kahwin sekadar nak berseronok...tapi kita langsung tak ambil peduli akan makna yang tersirat disebaliknya...Bernikah bukan sekadar menghalalkan apa yang haram...bukan sekadar keseronokan seks semata-mata...
Opisku Blackout!!!
Actually ni cerita semalam...so sebab semalam opis blackout, aku tak bolehlah nak cerita semalam...jadi, aku pun baru nak buat laporan yang dah basi ni hari ni...ekekek...korang jangan boring pulak ye...
Semalam waktu aku sampai opis dlm pukul 6.58 minit pagi, aku dengan encik hubby dok heranlah apasailah lampu jalan kat tempat parking B2 tu tak menyala, kan sekarang ni pukul 7.00 pun masih gelap...takkan opis tak bayar lektrik kot...hahaha...opis aku ni bukannya banyak duit sangat pun...(sempat lagi tu nak mengata...ekekek)
Lepas aku rekod kehadiran...aku pun menonong naik ke opis aku kat aras 3 sayap belah kanan tu...sekali aku buka pintu...Ya Allah gelap gulita...dalam hati aku nak marahlah kat orang yang gatai tangan pi tutup lampu emergency tu...sebab opis aku ni kalau tak ada lampu langsung, memang tak nampak apa-apa...(dalam hati campur takut dengan seram sama..., takut wooo...gelap sangat)...
Tak apalah, aku ingat lepas aku buka lampu kat laluan ke bilik aku tu tak menyala, aku ingat mungkin lampu rosak. So aku pun pergi ke sebelah pintu utama untuk ke galeri orang awam...sekali aku buka pintu...Ya Rabbi....lagilah gelap gulita...aku beranikan diri, masuk buka lampu kat dalam, rupanya blackout...masa tu aku siap langgar bucu meja lagi...sakitnya...last-last aku duduk kat luar saja...nak stay kat dalam tu takut gila...yalah kat opis aku ni pun macam-macam cerita juga dengar...

Lama aku tunggu kat luaq tu sampai ada member seopis aku yang sampai dalam pukul 7.30 macam tu...Lepas tu sorang lagi member datang...dia pun tak berani nak masuk juga...tapi waktu ni cahaya kat luar dah makin cerah dah...so nampaklah sikit...last sekali bos aku sampai. Tapi dia pun aku dah call awal-awal bagitahu kata blackout. So dia pun terpaksa guna laluan awam instead of guna laluandan lif khas untuk dia.
Lama juga aku melepak dengan bos aku, sampai pukul 8.40 aku rasa....dalam pada tu bos aku sempat bercerita tentang cerita hantu...cehh bos aku ni...lagi menambahkan keseraman. Aku tengok member aku yg sorang lagi tu asyik keluar masuk ja...takutlah tu...hehehe....
Lastly bos aku komplen kata dia lapar dan kepala dah pening sebab duduk dalam gelap...dalam pukul 9.15 pagi camtu, (walau dah cerah kat luar tu...opis aku kat dalam ni masih gelap tau...tak nampak apa), bos aku ajak aku pergi minum...itu yang pergi kat Solaris tu...Dalam pukul 10.30 bos aku ambik keputusan nak balik sebab still blackout...
So tinggalllah kami kat opis tanpa bos aku yang dah balik sebab dia kata dia boleh buat kerja dari rumah...kalau stay kat opis pun tak boleh buat apa-apa. Yang kami ni, menongaklah kat opis sampai pukul 1.40 lebih kot...sampai lektrik dah pulih...hmmm...
Hmmm...boring tak cerita aku...

Kisah Rasulullah S.A.W Dan Pengemis Buta
kredit to--> http:// pembinaanpribadi.blogspot.com/ 2011/09/ rasulullah-saw-dan-pengemis-but a.html

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata:
“Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”
Namun setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Rasulullah SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha (salah satu istri Rasulullah SAW). Beliau bertanya kepada anaknya,
“Anakku adakah sunnah kekasihku (Muhammad) yang belum aku kerjakan?”.
Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya,
“Wahai Ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”.
“Apakah itu?”, tanya Abu Bakar r.a.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Sebagaimana kita ketahui bersama Abu Bakar r.a adalah sebagai Amirul Mu’minin (Khalifah/Raja/Presiden seluruh ummat Islam pada waktu itu.
Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak,
“Siapakah kamu?”.
Abu Bakar r.a menjawab,
“Aku orang yang biasa”.
“Bukan!, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu,
“Ketika ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku dengan lembut”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
“Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun ikut menangis, kemudian berkata,
“Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…”
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya mengucapkan “Asyhadu An-Laa Ilâha Illallâh Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullâh..” dihadapan Abu Bakar r.a.

Nasihat Imam Ghazali rahimahullah.
Pintu-pintu syaitan masuk ke dlm hati:
1. Pintu marah dan syahwat.
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3. Kekenyangan makanan.
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5. Keinginan mengampu.
6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu.
7. Harta dan wang ringgit.
8. Lokek dan takutkan kemiskinan.
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kepada mazhab serta berdendam dan menghina.
10. Perbuatan terlalu memikirkan tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan di luar akal fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kalau Rajin Nak Membaca
- http://www.bharian.com.my/
- http://www.utusan.com.my/
- http://www.hmetro.com.my/
- http://thestar.com.my/
- http://www.nst.com.my/