Kehidupan menuntut suatu kejujuran dan kesabaran...juga pengorbanan. Ketabahan merujuk rias pembawaan...Lalu kejayaan adalah mimpi yang mungkin suatu kenyataan...Dan jangan sesekali pernah malu untuk jatuh...Dan jangan pula terus terlupa untuk terus berjuang supaya bangun itu meninggi apungnya...
22 October, 2012
Korban
Wah tak lama lagi umat Islam nak sambut hari raya korban. 10 Zulhijjah, tarikh keramat tu bagi aku sebab pada 10 Zulhijjah aku kehilangan insang yang paling aku sayang dan insan yang banyak berkorban untuk aku iaitu emak aku Hajjah Chek Jahara binti Ya'acob. Semoga roh mak aku tenang di sisi Allah SWT yang lebih menyayangi dia...
Ibadah korban...korang ada buat korban ke tahun ni? Aku tak berkesempatan lagi...tapi di hati memang teringin. Insyaallah mungkin bila telah sampai seruan dan takdirku...Dulu arwah mak dengan ayah dah buat korban untuk aku dan adik beradik yang lain. Sekarang rasa teringin pula nak buat ibdah korban ni dengan hasil titik peluh sendiri.
Perkataan korban ni sebenarnya berasal dari perkataan Arab iaitu 'qurban'. maksud korban adalah mendekatkan diri dengan apa cara sekali pun kepada Allah SWT. Hasil pembacaan aku, perkataan korban ni sama dengan istilah al-udhhiyah yang bermakna sembelihan. Kalau dari maksud hukum sayrak pula, maksudnya menyembelih binatang ternakan yang dibenarkan untuk tujuan ini dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan dilakukan dalam julat masa tertentu.
Ibadat korban ni sebenarnya menurut mazhab Imam Al-Syafie, hukumnya sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.
Allah telah mensyariatkan yang waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas sembahyang hari raya pada 10 Zulhijjah. Korban juga boleh dilakukan pada tiga hari selepas tu iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.
Jenis binatang yang sah dan boleh dijadikan haiwan untuk ibadah korban pula adalah sepertimana di bawah ni saja tau. Jangan pula korang gatei-gatei nak pi buat korban gajah ka, tapir ka atau kucing pulak:

1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta
4 jenis binatang tu pula haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban.

Seelok-eloknya umur yang baik bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:
1. Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun.
Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. juga dah perincikan mengenai tahap atau keadaan haiwan yang nak kita korbankan tu melalui sabda Baginda yang bermaksud:
"Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya (Riwayat Tarmizi)
Haiwan yang patah tanduk tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah dijadikan korban. Tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut sampai ke pangkalnya sehingga mengurangi daging, tidak sah dijadikan korban. Haiwan yang putus telinga atau putus ekornya, jika masih melekat atau belum terpisah dari asalnya, sah dijadikan korban. Akan tetapi jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan korban.
Jantina haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban haiwan jantan, betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah dijadikan korban.
Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan dua ekor kibas yang telah dikebiri."
Manakala dalam riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi'i berkata:
"Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban yang terbaik."
Kebaikan dan kelebihan dari ibadah korbannya ni sebenarnya sangat banyak. Tapi dalam masyarakat kita sekarang, yang paling ketara adalah ibadah korban ni sebenarnya memasyarakatkan kita dengan jiran sekeliling. Yalah, kalau tidak tu, kenal kereta dengan motor saja. Jumpa pun ajrang sekali. So dengan adanya ibadah korban ni, sedikit sebanyak, kita dapat berkumpul dan berkenal mesra dengan jiran kita....
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda (Maksudnya): “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
Boring!!!
Monday blues betul ari ni...ditambah dengan bos pulak tak ada...alahai lagilah boringnya hari ni...
Kerja? Ada, tapi semua kerja kena tunggu bos...so melangut depan pc ajalah nampaknya.
Untuk bos, takziah sekali lagi...semoga bos dan family tabah dengan ujian berganda dari Allah SWT ini. Allah menguji kita untuk menilai sejauh mana kita mampu menjadi hambaNya yang bersyukur...

Pertama Memulakannya...
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.
2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.
3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.
4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW
8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA
11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA
16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA
18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA
22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA
24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA
25… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH
26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA
27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA
30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

19 October, 2012
Jom Makan!
Korang ada plan apa-apa ke malam ni? Nak pegi shopping ke, nak pegi tengok movie ke or nak main futsal ke...
Aku? Lalalala...malam ni planning nak gi dinner ngan cik abang kat Sime Darby Convention Centre. Saja je nak jamu pewot aku dengan cik abang yang sama-sama bulat ni...wahahaha....
Ekcely aku ada beli voucher dari satu website ni. Dia ada tawarkan harga murah untuk dinner kat sana. Apa lagi grab la tumpang ada peluang. Lagi pun aku suka juga makanan kat Restoran Halia SDCC ni. Sedap juga sebab banyak resepi Kampung.
Harga yang ditawarkan memang murah gila. RM39++ ja...
Surirumah dan kerja
Post ni saya dapat kat fb...terharu betul saya baca. Sebab tu kadang-kala rumah tangga berantakan bila ada pemikiran macam kat bawah ni. Isteri langsung tidak dihargai. Penat jerih isteri langsung tidak difikirkan. Sedihkan duhai kaum isteri bila ada suami yang pemikirannya macam kat bawah ni...
DIA TIDAK BEKERJA?????
Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.
Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????
Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????
Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Limau Nipis dan Kelebihannya
Limau Nipis, walau kecil namun banyak manfaatnya...
Apa yg korang ingat bila cerita tentang buah limau nipis ni?Kalo orang putih, depa panggil buah limau nipis ni lime. Ha jangan salah pula sebab kalau limau nipis memang depa panggil lime, lemon memang lemonlah (aku tak tau pasai apa kita kena panggil lemon jugak...tak dak nama lain ka kat buah lemon ni?), lepas tu ada buah limau kasturi yang dikenali sebagai calamnsi dalam bahasa inggeris, buah limau gedang/gedangsa depa panggil grapefruit dan buah limau purut depa panggil kaffir lime (pelik aku...apa yg kafirnya limau ni...?)
Lagi satu, bila sebut limau nipis, wallah...teringat masamnya lepas tu teringat sambal belacan...weih...lapaq nasik la pulak (hahaha)
Kalau ikut sejarah, air limau nipis ni biasanya diminum oleh pelaut untuk merawat masalah krkurangan vitamin C. Dikatakan orang Amerika tu sebelum kurun ke 16 tak pernah jumpa buah ni. Depa cuma jumpa buah ni bila pengembara dari Sepanyol yang bawa (wahaha...teringat Ronaldo dengan Antonio Banderas la pulak). lepas tu pokok limau ni pun banyak ditanam di Florida, sebab tu di Florida ada satu makanan yang sangat popular yang di buat menggunakan limau nipis ni yang depa panggil key lime pies
.
Selain dari menyumbangkan sumber antioksidan dan vitamin C yang amat diperlukan oleh tubuh kita, (ekcely nak cantik pun kita digalakkan makan vitamin C. Contohnya kalau korang makan glutathione, mesti tuan kedai tu suruh kita ambik dengan vitamin c...betoi dak? Betoi kan?). Okaylah, antara kelebihan lain buah limau nipis ni; -
- Jus limau nipis yang dicampur dengan minyak (tak kiralah minyak apapun jangn minyak petrol dengan minyak hitam sudah), amat baik untuk membantu melembapkan kulit dan menghaluskan kulit. Selain tu juga dapat menghalang dari alahan dan juga bau badan (Mestilah, sebab tu kalau kita nak kawin, mesti kena mandi bunga yg dicampur buah limau...betoi dak?. lepaih mandi...fuyooo harum satu rumah bukan setakat badan saja)

- Limau nipis juga membantu sistem pencernaan kita sebab faktor asid didalamnya. Sebab tu kalau nak kurus, orang suruh minum jus limau dengan madu...
- Bancuh sebiji air limau nipis dengansegelas air suam dan minum di pagi hari, juga dapat mengelakkan diri kita dari terhidrat dan membuatkan kita kekal segar sepanjang hari (yalah, sistem pencernaan dan cuci, badan pun mesti rasa ringankan?)
- Selain tu air limau nipis juga dapat kita gunakan sebagai antiseptik
- Air limau nipis juga dapat mengurangkan masalah sembelit, masalah kencing tidak lawas malahan juga mengurangkan masalah sakit gout
Sebenarnya banyak lagi kelebihan limau nipis ni...antaranya, menyedapkan masakan (wahahaha) macam tomyam dan sambal belacan serta masa kenduri kendara...buat acar limau da...

Buah dan Bentuknya Dalam Memberi Khasiat Kepada Tubuh Kita
Korang suka makan buah dengan sayur tak? Aku memang suka makan buah dengan sayur ni. Kadang-kadang mengidam nak makan sayur atau buah kalau dah lama aku tak makan. Kalau aku, makan nasi dengan sayur + ikan goreng pun dah cukup. Paling aku suka sup sayur campur yang ada brokoli, cendawan, bunga kobis, karot dan tomato...pergh...makan tak ingat donia...
Tapi ada juga member-member aku yang langsung tak makan sayur. Tak tahulah kenapa dorang tak suka makan sayur. Ada sorang member aku tu, jangan kata sayur, buah pun tak makan. Aku tak tahulah macamana sistem imunisasi badan dia...sihat je dia...tapi mungkin sebab dia suka makan makanan berempah kot...(?). Yang husband aku pulak, kalau sayur dengan buah tu, memilih juga. Kalau sayur, cuma makan sayur taugeh, karot, tomato, sawi dengan kailan. Buah pula cuma anggur, rambutan, ciku, duku, langsat, tembikai, nanas, jambu dan 1 atau 2 jenis lagi. Yang lain jangan harap dia nak makan...
Kat bawah ni aku dapat dari cik google...(selama ni tak perasan pula aku persamaan ni...
1. Pisang – Bibir (senyuman)
Mulakan hari indah dengan dan tersenyumlah dengan makan pisang. Pisang mengandung protein yang disebut tryptophan yang apabila telah dicerna, protein ini akan bertukar secara kimia menjadi serotonin. zat ini adalah zat yang penting di dalam otak dalam mengatur suasana hati dan merupakan salah satu ubat anti tekanan yang berkesan dengan meningkatnya pengeluaran kimia serotonin. Mood yang baik berarti hari yang indah bakal kita lalui
2. Cendawan – Telinga
Cuba korang potong cendawan butang misalnya, korang akan dapati cendawan tu mungkin ada iras-iras telinga macam telinga korang...perasan tak?. Tahu tak cendawan dapat meningkatkan daya pendengaran korang? Sebab mengikut kajian, cendawan merupakan salah satu makanan diet yang mengandung vitamin D. Vitamin ini penting untuk kekuatan tulang, bahkan untuk bahagian yang kecil, seperti tulang telinga yang “menyalurkan” suara ke otak. Jadi suka-sukalah makan cendawan ya bagi yang mempunyai masalah pendengaran kurang jelas tu ya...insyaallah dengan izin Allah, mungkin masalah korang boleh berkurangan...
3. Brokoli - Kanser
Kalau kita tengok secara teliti kita akan dapati sayur brokoli ni macam membentuk ratusan sel kanser. Memang terdapat kajian yang dibuat di US pada Tahun 2009, di mana US National Cancer Ins. mendapati dengan makan brokoli secara teratur tiap 1 minggu dapat mencegah kanser sebesar 45%. Dan sekali lagi, kita hanya berusaha, selebihnya hanya Allah SWT yang menentukannya. Kat sini aku paparkan sebahagian report yang dikeluarkan oleh Daily Science "Sulforaphane is particularly abundant in broccoli, but also found in other cruciferous vegetables such as cauliflower and kale. Both laboratory and clinical studies have shown that higher intake of cruciferous vegetables can aid in cancer prevention.
The research was supported by the National Institutes of Health and the OSU Environmental Health Sciences Center."
4. Halia - Perut/Usus
Senangkan nak menggunakan halia ni. Aku rasa kat Malaysia ni, malahan seluruh dunia, orang memeang suka menggunakan halia dalam masakan. Halia memang bagus dalam penjagaan perut/sistem penghadaman kita. Aku waktu kecik-kecik dulu, kalau perut kembung mesti arwah mak aku akan rebus air halia taruk gula sikit lepas tu bagi aku minum. Hah...lepas tu, bedebum bedebam aku buang angin yang tersekat kat dalam perut aku yg kembung. Halia memang membantu sistem pencernaan. Kalau korang tengok kat Malaysia sekarang ni pun, ramai yang kelaurkan produk kurus yang menggunakan halia sebagai bahan utama. Di China pun sama, halia telah digunakan lebih dari 2000 tahun sebagai ubat untuk menenangkan perut dan mual – mual, salain dari tu, halia juga berfungsi untuk mengurangkan rasa mabuk. Tapi terdapat juga satu kajian yang dijalankan di Universiti Minnesota yang berjaya menemukan bahawa halia dapat menjadi satu bahan dalam menghalang kanser usus...
5. Keju - Tulang
Keju mempunyai kandungan kalsium yang sangat tinggi, yang merupakan bahan yang penting untuk kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis. ditambah dengan mineral lain , fosfat, akan menghasilkan kekuatan didalam tulang dan menambah kekuatan otot. Mempunyai kalsium yang cukup di masa kecil, sangat membantu untuk kekuatan tulang. Kajian oleh University of New York di Colombia menunjukkan remaja yang mengambil kalsium 800-1200mg per hari berhasil menambah kepadatan tulang hingga 6%. Tapi jangan lupa, keju diperbuat dari susu ya. Kalau tak lalu makan keju, minumlah susu pada jumlah yang mencukupi untuk keperluan tulang kita
6. Anggur - Paru-paru
Kalau kita tengok gambar paru-paru kita terdiri, ianya macam ada cabang – cabang yang semakin mengecil lepas tu ada gelembung – gelembung kecil yang disebut alveoli. Binaan yang menyerupai anggur ini membolehkan oksigen mengalir dari paru – paru ke dalam saluran darah. Salah satu alasan kenapa bayi yang lahir pre mature/tidak cukup bulan sukar untuk bernafas adalah kerana alveoli hanya terbentuk pada usia kandungan 24 minggu. Diet dengan memakan anggur juga dapat menurunkan risiko kanser paru – paru dan emphysema. Anggur mengandung zat kimia yang disebut proantosianidin yang dapat mengurangkan masalah asma akibal alahan
7. Tomato - jantung
Tomato biasanya berwarna merah dan mempunyai 4 bagian, sama seperti jantung kita. Tomato mengandung lycopene yang sangat besar dan merupakan zat kimia dari tumbuhan yang mampu mengurangi risiko serangan jantung dan beberapa kanser. Pusat Kesihatan Wanita Amerika menyatakan yg wanita dengan level lycopene yang tinggi dalam darah berisiko mendapat serangan jantung 30% lebih kecil daripada yang memiliki sedikit lycopene. Selain itu, lycopene juga melawan kolesterol jahat.
8. Walnut - Otak
Lipatan – lipatan pada walnut mempunyai bentuk yang sangat mirip dengan otak manusia merupakan petunjuk bagi fungsi kacang walnut itu sendiri. Walnut merupakan satu – satunya kacang yang mengandung asid lemak omega 3. Zat ini mampu mengurangi risiko dimensia. pengkaji mendapati bahawa walnut juga dapat melambatkan proses penuaan otakdan mencegah penyakit Alzheimer.
9. Karot - Mata
Kalau kita potong karot, kita akan dapat tengok yang bahagian dalam karot mempunyai bentuk yang hampir sama dengan mata, terutama retina. ini adalah petunjuk yang jelas tentang fungsi karot pada mata. Karot mempunyai banyak vitamin dan antioksidan dan salah satunya yang memberikan warna oren pada karot adalah betacarotene, yang mampu mengurangi risiko katarak. Kombinasi beberapa unsur kimia di dalam karot mempunyai fungsi unik yang bermanfaat bagi mata
10. Batang Seleri - Tulang
Gambar kat atas tu memang nampak batang seleri tu macam bentuk tulangkan? So memang memeranjatkan bukan bila Allah menciptakan sesuatu tu penuh dengan fungsi dan tugasnya. Menurut kajian seleri merupakan sumber yang sangat tinggi dengan silikon iaitu salah satu sturktur molekul yang membantu menguatkan tulang. Jangan tak tahu, di dalam tulang, terdapat 23% sodium dan begitu juga jumlah yg sama terdapat di dalam sebatang seleri
11. Avokado - Uterus/rahim
Macam bentuk uterus kita wanita bukan? Sebenarnya avokado adalah sumber yang tinggi dengan asid folic. Kaum wanita memang tahukan asid folic memang bagus untuk kita sebab ianya dapat mengurangkan salah satunya adalah masalah kanser servik atau radang/barah pangkal rahim
Hmm...macam-macamkan...langsung kita tak terfikir...actually ada banyak lagi antaranya kepah dengan organ seksual lelaki, sweet potato/ubi keledek/ubi manis dengan pankreas dan macam-macam lagi. Sebenarnya banyak yang perlu kita terokai...apapun, enjoy reading informasi yg saya dapatkan dari cik googlish ni ye...
Awas!
Bahaya Terus Menghidupkan Penghawa Dingin Ketika Menaiki Kenderaan
Actually benda ni saya dapat kat cik yahoo. Terima kasih atas info yang amat berguna dan harus kita ambik perhatian. Sebab mencegah lebih baik dari kita terpaksa merawat selepas daripada itu

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kalau Rajin Nak Membaca
- http://www.bharian.com.my/
- http://www.utusan.com.my/
- http://www.hmetro.com.my/
- http://thestar.com.my/
- http://www.nst.com.my/