18 April, 2012

(( Bismillah 5 ))


Sumber dari: - Mencari Keredhaan Illahi (FB)

‎ ~SEKADAR PERKONGSIAN~
 

Antara amalan mengelak sihir dan santau adalah dengan selalu mengamalkan Bismillah 5.
Bacalah selalu sebagai amalan selepas solat, nak keluar rumah dan semasa nak tidur. Moga mendapat perlindungan Allah selalu.

Tapi Saya Baca Ayat Ni Bila Nak Mula Masak.. So Far Alhamdulillah..
Saya Masak Sedappp! ( Bukan puji diri sendiri tapi betul lah sedap.. itu kata anak2 & suami saya..)

BISMILLAH 5

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

2. Bismillahish Shaafii

3. Bismillahil Kaafii

4. Bismillahil Mu’aafii

5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan

* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan

* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Antara fungsi Bismillah 5 ni:

*penawar bisa diri

*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

*penawar bisa-bisa badan

*penawar bisa batu merian

*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

PUASA SI MISKIN...


Sekadar RENUNGAN Bersama….sebuah kisah menarik yang saya temui di FB...terima kasih pada yang sudi berkongsi kisah tauladan ini)

(Dan buat peringatan diri ini yang sering terlepas pandang).

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang.

Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa.

Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih.

Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun...

“Mana emak? ”

“Mak pergi menoreh,” jawabnya.

“Mana bapak?”

“Bapak pergi kerja…”

“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?”

Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.

“Awak ada berapa orang adik-beradik?”

“Sepuluh.”

“Adik ni yang ke berapa?”

“Saya yang kelapan.”

“Mana abang-abang kamu pergi?”

“Tolong emak menoreh.”

“Adik puasa hari ini?”

“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”

“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.

“Bapak kerja apa?”

“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih.

Ada saja orang yang hantar..

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.

Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.

Aku beli satu kilo tulang lembu..

Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”.

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.

Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.

Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.

Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
  (Kak Hanieliza, pohon izin share picture sup yang sedap ini ya)

“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.

Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya.

Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata:

“Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”

Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”

“Cuma RM3.00 sehari..”

“Ayahnya bekerja macam mana”

“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan MEWAH...

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?

Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sentiasalah pandang ke bawah dan ingatlah tangan yang memberi itu LEBIH BAIK dari yang menerima...

BERSYUKURLAH!

Shared by: -

AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL



1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  (thanks to IluvIslam.Com)

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Sebuah Kisah - Lalat


MASUK SYURGA DAN NERAKA KERANA SEEKOR LALAT

IMAM THARIQ bin Syihab berkata dalam majlis pengajiannya, “ Ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat.”

Kaum Muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan Imam Thariq bin Syihab yang tidak masuk akal itu. Mereka tertanya hairan.

“Bagaimana hal itu boleh terjadi?” tanya mereka serentak.

Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah cerita menarik.

“ Ada dua orang melakukan pengembaraan. Pada suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami satu kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.

Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama. Mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala. Lelaki pertama sangat takut pada kematian. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.

Lelaki kedua pula tetap teguh memegang akidahnya. Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat kepada ajaran agamanya. Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

Memberi persembahan untuk berhala, meskipun hanya dengan seekor lalat, adalah perbuatan menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keengganannya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

Adapun lelaki yang satunya, akhirnya meneruskan perjalanan. Namun begitu, malang menimpanya. Baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular berbisa ditengah padang pasir dan akhirnya mati.

Namun, dia mati dalam keadaan musyrik (menyekutukan Allah). Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah, dengan mempersembahkan seekor lalat pada berhala.”

Wallahu'alam....

17 April, 2012

Laksam...lagi...

Hari Sabtu 14/4 aritu hubby minta buatkan laksam...so pepagi pergi pasar tani beli ikan sardin dengan santan...
Sampai rumah aku terus rebus ikan tu dengan asam keping dan garam sampai air tinggal suku periuk...

Tengahari tu dalam pukul 11.30 (tengahari ke? actually pagi lagikan?)...aku dah siap bancuh bancuhan untuk buat laksam...sekitar pukul 12.00 tengahari aku dah siap buat isi laksam...so inilah makan tengahari aku dan hubby hari tu...

 Laksam yang dah siap bergunting
 Ni pula ulam-ulaman mengikut selera aku...sambal pula aku ikut stail terengganu laksam...pakai cili mesin...aku tak letak bunga kantan...takut angin...
 Laksam siap bergunting...


Yang ni pulak...dah ready nak ngap masuk mulut...

Red Velvet Cake a.k.a Kek Baldu Merah

Semalam jugak...after sampai rumah selepas bercuti sambut birthday hubby kat PD, aku capai periuk belanga...cheh...macam nak menggorenglah pulak...actually aku nak buat kek birthday kat hubby...kali ni aku try buat kek yang tengah famous sekarang ni...kek baldu merah...len kali nak try buat kek baldu biru macam lagu awie dengan ella la plak...hehehe...

Resepinya...cam biasa aku ikut resepi dari buku 44 resepi kek dan biskut chef Hanieliza...kan aku dah kata buku akak ni memang banyak membantu aku...cuma macam biasa...aku godek-godek ikut apa yang ada kat dapur aku...

Macam cuka...elok aku tuang 1 1/2 camca teh, dah habislah pulak...so aku tambah apple cider...dah tu kat dapur...lemon nak buat buttermilk atau buttermilk tak ada...aku gantikan lemon dengan limau nipis jek...aku letak 2 bijik...ha...amik kau...

Dalam dok tengah nak memutar tu...tetiba pemutar lak rosak...takpa...nasik bek bulan lepas hubby dah belikan aku mixer baru...;-).

Dan alhamdulillah...first attempt aku buat kek baldu merah ni menjadik...cuma aku ni peliklah sikit...apasai masak pakai cuka...tapi tak rasa masam pu...oh ya satu lagi dalam aku dok cari serbuk koko...tetiba koko aku dah lemaulah pulak...(tanda-tanda lama tak masak), so nasik bek jugak dlm peti ais ada chocolate emulco...so aku gantikanlah dengan benda alah tu dalam 1 sudu...

Untuk topping pulak...kebetulan lagi...aku memang tak suka sunquick...so aku gantikan dengan lemon emulco...hehehe...teruk sungguh aku ni...sorrylah pada empunya asal resepi red velvet cake ini...aku cuma menyesuaikan keadaan...

Tara...inilah hasilnya...tapi bab menghias kek...biasalah...fail! Aku memang bukan anak seni...tak ada thrill langsung...takpa asal boleh makan udahlah...dan yang pasti sedap!!!


Birthday Hubby - Port Dickson 16/4

Semalam 16/4 merupakan birthday hubby yang ke 45 tahun...alhamdulillah kerana diberi satu lagi kesempatan untuk menyambut hari lahir...So sempena menyambut birthday hubby, aku  dengan hubby pun plan pegi celebrate di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sekitar bulan 3 lepas aku booking hotel. Kali ini kami memilih Hotel Avillion Admiral Cove...sebabnya, boleh dikatakan PD memang tempat percutian aku dan hubby selain dari Cherating...so kebanyakan hotel di sana kami dah pernah menginap except hotel ni dan beberapa lagi hotel seperti The Regency, Selesa dan satu dua lagi...

First impression? Hubby agak tak suka dengan hotel ni memula...but after a few hours, kami mula menyukai hotel ni...oklah...bilik pun selesa and not bad. Tapi yang aku suka, bilik dia guna konsep sliding...So kalau yang ada anak tu, kalau nak privasi dengan hubby...boleh tolak je sliding tu...dah jadi satu bilik asing...anak-anak bolehlah main kat ruang depan tu...atau pun menonton TV...



TV pula...dia orang letak TV Samsung flat screen kat dinding depan...so kalau buka sliding, orang yang kat sebelah still boleh tonton TV...and kalau yang nak masak simple dish like mee segera or what...there's a pantry kat depan tu...cuma satu yang not convenient pada pandangan saya, aircond tu dipasang tak kena pada tempatnya...so udara tu berlegar pada ruang yang tak ada orang...so bilik agak panas, luckily, kat dalam ruang berkatil tu ada kipas...so udara dah dapat diseratakan... 





Bilik air...okay...besar dan bersih...dan bilik air juga boleh masuk melalui bahagian tepi katil...that mean kalau kita buka sliding kat dinding tu...tak perlulah kita nak pusing ambik jalan jauh untuk ke bilik air...sebab sebelah tu dah ada pintu lain...cumanya...masa kami pergi tu...biasanya kalau hotel yang aku biasa pergi, dalam bilik penuh dengan risalah tentang hotel dan kemudahan ditawarkan termasuk room service...tapi kat situ tak ada...puas jugalah kami minta dari operator supaya tolong hantarkan menu untuk room service...itupun minta petang malam baru dapat...


Apapun selain beberapa masalah di atas yang aku dengan hubby anggap boleh dilangsaikan...kami amat berpuas hati dengan percutian kami...bilik yang bersih, suasana yang nyaman serta kakitangan hotel yang mesra dan membantu...kami happy...




Kat atas ni adalah pemandangan dari bilik kami...cantik dan tenang...


Malam pula aku dan hubby makan di restoran apa entah kat hotel tu...terlupa la plak namanya...but...staff kat situ benar-benar membantu dan baik sekali...yang bestnya tu...kerana kebetulan kami pergi pada hari bukan cuti umum...so kami diberi diskaun 50% bagi buffet makan malam...that mean kami cuma bayar hanya untuk seorang sahaja around RM55.70 including service tax and government tax...alhamdulillah...makanan pun sedap...tapi sempat snap 3 keping ini ajalah...sebab sibuk nak makan...

Apapun...to my dearest hubby...happy birthday...may Allah SWT will always with you in whatever you do and may Allah SWT bless you always...more happier, more healthier... 

13 April, 2012

Seminar Muhasabah Diri 12/4/2012

Semalam, aku dan lebih kurang 120 orang staff kat opis aku ni terpilih untuk hadiri semianr sehari bertajuk Muhasabah Diri. Secara kebetulan, hubby pun terpilih jugak. Tapi kami berdua biasalah...cover line...bukan semua orang kat opis ni tahu kami husband and wife...hehehe...biarlah rahsia bak kata CT Nurhalija...

Pendaftaran pukul 8.00 aku juga secara kebetulan, waktu seminar tu beberapa member baik aku turut terpilih...hahaha...dalam hati terfikir...agaknya group kami ni ramai yang kena muhasabah diri kot...hahaha...geng budak-budak nakal kat opis...Jangan salah sangka...actually ramai juga antara kami yang sudah menerima APC Anugerah Khidmat Cemerlang...so dalam nakal-nakal kami...we are the top class workers ya...
Ini contohnya ya...

So dalam seminar tu kami melalui beberapa sesi. Sesi permulaan adalah sesi ice breaking oleh Ustaz Faizul Ikhwan Erusan Al Shahalami...yang lawaknya tu...dia kata Shahalami tu sebab dia asal dari Shah Alam...kalau camtu aku plak...Jaharatunnur Izalea Ismaja Al Kedahi...sebab aku orang Kedah...hahaha...Tapi sesi dengan Ustaz ni lawak gila...Start dari pukul 8.30 sampailah lebih kurang pukul 12.30...kami gelak nonstop...macam-macam aktiviti yang dia suruh kami buat...yang syoknya tu dia kata inilah first time dia datang opis, muka orang semua macam tension aja...dia kata mungkin sebab nature of our job kot...hahaha...tahu takpa...


Selepas itu kami diminta untuk cuba mengenali setiap orang yang berada dalam bilik seminar...kami diminta berlegar-legar di sekitar bilik tersebut dan berhenti bila muzik berhenti berbunyi dan cuba mencari siapa teman di sebelah dan cuba mengenali mereka...setelah beberapa kali muzik berhenti, aku sempat mengenali beberapa teman baru...yang selama ini aku tidak tahu apa jawatan mereka walaupun satu opis. Antaranya seorang Pendaftar...tapi maaf aku telah lupa namanya...yang baru bertukar ke opis ni pada 1 Mac lalu


Antara yang dia suruh kami buat semalam adalah pertandingan merekacipta roket or kapal terbang kertas. Setiap dari kami diberikan sekeping kertas A4 putih dan diminta memcipta kapal terbang/roket dan mesti terbangkannya...setiap seorang...ha ambik kau...dah tua-tua ni, lama dah tak main kapal terbang kertas...so antara kami semua, cuma beberapa orang sahaja yang berjaya menerbangkan kapal terbang ciptaan masing-masing...aku pulak...toing...benda tu jatuh tak sampai pun 1.5 meter dari tempat permulaan...hmm...


Yang bestnya dia turut tandakan beberapa aras pencapaian yang kami berjaya terbangkan kapal terbang tu. Peringkat paling dekat dia tandakan sebagai dugong tua nak mampus...ha ambik kau...then peringkat wakil daerah, negeri, negara, dan seterusnyalah...So ramailah antara kami yang di peringkat dugong tuan nak mampos...hahaha...teruk sungguh....


Lepas tu Ustaz Faizul minta kami mengikut arahan dia untuk membuat kapal terbang kertas. Kami diajar membuatnya langkah demi langkah...oh baru aku tahu...cam gitu nak membuatnya. Sekali lagi kami diminta menerbangkan kapal terbang kertas milik masing-masing...dan agak menghairankan bila hampir kesemua kami berjaya menerbangkan kapal terbang kertas tersebut dengan satu sesi pengajaran teknik membuatnya, dan juga teknik membalingnya...Menurut Ustaz Faizul...dengan dorongan, panduan, keinginan dan tekad...semua kita pasti berjaya...



Selepas itu after tea break, kami diajak untuk bermain sekali lagi...kali ini bermain ayam...kami diminta berpasangan dan main osom...pada peringkat permulaan, kami semua diminta mengepak seperti ayam...sekiranya kami menang, kami boleh berjalan dengan bangga sebagai dinasour dan mencari satu lagi orang yang berjaya menjadi dinasour. Seterusnya kami akan osom lagi dan sekiranya menang kami berjaya menjadi ultraman, dan sekiranya menang lagi, maka kamilah raja...alhamdulillah aku berjaya menjadi raja...hehehe...sebab ada juga antara kawan-kawan aku semalam yang kalah terus dan terpaksa menjadi ayam sampai habis sesi permainan tu...hehehe sorry gang, i'm the king!



Lepas tu ada sesi mengenali personaliti...kami diberi beberapa soalan objective untuk dijawab. Dalam setiap mukasurat ada lebih kurang 25 soalan dan kami diminta menandakan apa yang kami setuju tentang diri kami.  Dalam sesi tersebut akhirnya aku mengetahui aku berada dalam kelompok penguasa dan juga pemikir...hmm...rupanya aku dominan menjadi pengarah yang baik ya...hehehe sorry bang bini abang bossy sikit ya...and kedekut menurut Ustaz Faizul...hahaha...tak disangkal lagi...

               

Untuk sesi petang...akan bersambung...sebab petangnya kami bersama mentor kepada Ustaz Faizul...dan sesinya membuat mata aku bergenang...

Apapun...aku cuba menjadi anak, isteri, sahabat, pekerja, dan lain-lain yang baik belaka...

Untuk

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR




1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.
Kredit kepada: Admin amRF (yang sudi berkongsi maklumat berguna ini)

12 April, 2012

Biskut Badam Lemon

Sebenarnya dah 3 - 4 hari aku asyik memikir...beberapa hari lepas aku ada buat pavlova...guna putih telur saja. So masih ada lagi balance 4 biji kuning telur. Takkan aku nak buang macam itu sahaja, membazir namanya tu. So selidik punya selidik, kaji punya kaji, godek sana, godek sini...akhirnya aku pun terjumpa satu resepi ni...resepi dari buku hasil tulisan Kak Hanieliza - Resepi 44 Kek & Biskut Chef Hanieliza...

Tapi memandangkan kat dapur aku tu butter cuma tinggal dalam 100 gm saja, dah tu aku tak mahu buka tin butter yang baru, campur ada sikit lemon kat dalam peti ais, aku pun olahlah pula mengikut apa yang patut. So pada Kak Hanieliza, aku minta ampun maaf sebab dah menderhaka dengan resepi akak...

Lagi satu sebab kat rumah aku tak ada almond flakes, aku gantikan dengan serbuk almond untuk hiasan...sebab kat rumah aku serbuk almond memang ada, balance aku blend buat macarons aritu...Hasilnya...sedap jugak...Oh ya, lagi satu, aku juga tambah 20 gm oat segera dengan 20 gm susu tepung, so tepung gandum aku kurangkan kepada 160 gm sahaja...Rasanya biskut itu...alhamdulillah sedap jugak...

Yang hubby kat depan TV asyik kata...terharunya...terharunya...sebab aku buat biskut...hehehe...rasa cam nak sambut raya la pulak...

Ini masa tengah tunggu giliran untuk dibakar

Bahan-bahannya kat sini...dengan sedikit tambahan dari aku seperti yang aku maklumkan di atas

Biskut yang sudah siap dibakar

Panas-panas lagi ni baru keluar oven

Dan inilah bukunya...muka depan...thanks kak banyak faedah aku dapat dari buku ini dan buku-buku lain hasil penulisan akak...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/