26 April, 2010

Balik Kampung Siri 1/2010

Alhamdulillah, aku dan suami selamat sampai ke kampung pada 22/4/2010 pada jam lebih kurang 10.00 malam. Actually, malam tu aku singgah tidur di rumah kakak di Taman Ambangan Heights, Sungai Petani.
Seronoknya hanya Allah yang tahu. Bila menjejak saja tayar kereta ke sempadan Negeri Kedah, aku rasa, seluruh fikiran aku tenang sangat. Hilang segala tekanan. Agaknya sebab tu ramai orang suka balik kampung...
Malam tu memang lena aku tidur...lagipun best sebab dapat main dengan Ammar Faidz
Esoknya kami ke rumah abang yang nombor dua, yang aku panggil Bang dux, kebetulan, mungkin dah rezeki aku dengan husband kot, abang nak buat sedikit majlis kesyukuran sempena majlis pernikahan anak saudara aku pada lusanya. Murah rezeki. Sebenarnya abang aku buat kecil saja majlis tu. Sebab majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada 5/6/2010 nanti. Dia pun tak jemput aku balik sebab buat majlis kecil saja. Tapi, mungkin gerak hati membuatkan aku dengan hubby nak balik kampung. Apapun, aku dengan hubby tak kecil hati pun kalau tak dimaklumkan tentang majlis pernikahan hari tu. No heart feeling on that!
Anak saudara aku, Nur Sufiyana Ulfa merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Johor. Baru saja memulakan tugas setelah tamat pengajian di Universiti di Melbourne, Australia. Bertemu jodoh dengan seorang anggota tentera laut berpangkat kapten. Actually, aku pun tak tahu lagi nama anak saudara aku yang baru tu...tak sempat berkenalan lanjut lagi...
Petang 23/4/2010, aku dengan hubby pergi ke Tanjung Dawai. Saja pergi sana untuk cari bekalan belacan dan juga ikan bilis. Bagi yang pernah dengar  dan minat lagu " Cinta Pantai Merdeka", mesti tahu nama Tanjung Dawai. Memang famous dengan hasil makanan laut.
Malam tu aku tidur di rumah pusaka arwah mak...Rumah yang kakak aku yang nombor dua duduk..K.Chik

Bila balik ke rumah pusaka mak aku, lagi la fikiran aku tenang. Hubby aku pula, bila nampak aja sawah, terus senyum panjang. Sebab best katanya...released tension le tu!!!

Kuah Durian

Sebenarnya dah lama teringin nak makan buah durian. Cuma masalahnya, hubbyku tak makan durian, bau pun dah tak tahan...wawawa...Tapi hari tu, aku berkeras nak makan juga, so, bila pegi pasar malam, aku pun belilah buah durian. Aku beli yang paket saja. Itupun hubbyku dah bising-bising kata busuk...
Apapun, terlaksanalah sudah misiku nak makan roti cicah kuah durian...
Bahan :
Isi durian - ikut suka, saya letak dalam 9 ulas
100 gm gula - kalau nak letak gula merah/melaka pun boleh, tapi kurangkan jumlah gula pasir
400 ml santan - 250 ml santan pekat, 200 ml santan cair
sagu 50 gm - direndam lebih kurang 10 min
Daun pandan
Sedikit garam

Cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali kecuali santan pekat dan sagu ke dalam periuk.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Bila kuah telah mendidih, masukkan santan pekat dan sagu.
4. Masak di atas api perlahan sehingga masak.
5. Sedap dimakan dengan roti, rati jala ataupun pulut...



Triple Berries Cheese Cake

Bahan Base


200 gm biskut cheese cracker
3 s/b butter
2 s/b madu

Bahan Keju

250 gm keju krim Philidephia
60 gm butter
100 gm gula halus
3 kuning telur
1 s/k esen vanilla
160 ml fresh atau whipping cream
1 s/b tepung kek
2 s/b tepung jagung
3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan
aneka buah beri

Cara

1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping creanm dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandum/tepung jagung berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata. Guna kaedah kaup balikan.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base, tabur buah blueberi/rasberi/strawber dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit atau sampai masak.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10. Hias dengan topping pilihan. Kek ni lagi sedap kalau simpan +- 5 jam dalam peti sejuk.

***ini resepi kek yang saya buat tu. Saya ambik dari blog kak hanieliza...dan saya ubahsuai mengikut citarasa saya

21 April, 2010

21/4/2010

Wah...lamanya tak melayari planet aku ni...server asyik problem...kerja pula menimbun...campur pula boyfriend si M tu datang buat kunjungan...Kekeke...jangan salah sangka...boyfriend M aku tu..."Malas"...aku malas sungguh nak menulis sekarang ni...Mungkin mood orang tak ada duit kot...
Awal bulan, rasa cepat je masa berlalu...tapi bila dah dekat-dekat nak gaji...ditambah dengan kerja yang melambak ni...rasa siput babi pun lagi cepat merayap!!!
Anyhow...yahoo...esaok dah gaji!!! Esok juga aku nak balik kampung kat Kedah...lebih tepat lagi...No.8, Kg Kuala Sungai Daun, Simpang 3, 06680 Yan, Kedah...Last aku balik kg hari tu, bulan 12 tahun lepas masa anak saudara kawin. Bukan tak nak balik selalu...tapi, kalau balik sana mana cukup 1-2 hari...Actually, kali ni pun, cuma dapat balik 3 hari saja...sebab husband bimbang, kalau cuti lama, bila balik opis, kerja menimbun. Tapi, alhamdulillah...dapat juga balik. Lagipula, kalau balik ke Kedah, kos perjalanan tu yang tak tahan tu. Tol pergi balik dah lebih RM100. Itu belum tambah duit minyak la...belanja lain-lain la...Tapi...aku happy!!!Happy sangat-sangat...aku memang rindu family aku...kampung halaman aku...rindu rumah pusaka arwah mak aku...aku rindu kenangan mak aku di rumah tu...aku rindu mak aku!!!
Aku juga nak balik tengok ayah aku...Ayah pun bukannya sihat macam dulu. Penyakit kencing manis dia...tak berubah pun...sebab ayah memang dah tak pantang makan. Kata dia, dia dah tua...pantang pun dia mati, tak pantang pun dia mati...dalam erti kata lain, dia nak menikmati hari-hari tua dia dengan gembira...
Harap-harap perjalanan balik malam esok diberkati Allah SWT dan selamat kami sampai ke destinasi...Amin!!!

15 April, 2010

Cucur Jagung perisa Ketam

Bahan A

2 cawan tepung gandum
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
isi ketam [boleh guna ketam fillet atau beli isi ketam]
1 tongkol jagung [boleh juga pakai frozen]
3 s/b susu segar
1 s/b butter

Bahan Mesin

1 s/b udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara

1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan
3. Curahkan adunan yg berisi ketam ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
4. Biarkan gorengan sehingga garing.
5. Angkat dan toskan.




Bubur Jagung

Bahan

500 gm isi jagung [nak pakai frozen pun boleh]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 cawan air
1/2 cawan gula merah
2 s/b gula [sekiranya kurang manis]
2 inci gula melaka
2 s/b sagu mata ikan [basuh dan toskan]
garam
daun pandan

Cara

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh dan sagu nampak jernih.
3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan2 sehingga mendideh sekali lagi.
4. Hidangkan.

Acar Mentah

Bahan [hiris]

timun [dihiris memanjang]
lobak merah [dihiris memanjang]
cili merah
bawang besar
halia [dihiris nipis dan memanjang]
garam
gula
cuka atau lime jus
sedikit air garam

Cara

1. Semua sayuran dipotong [ rendam dalam air kapur lebih kurang 1 jam, basuh. Toskan]
2. Gaulkan cuka, gula dan garam. kacau rata.
3. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Gulai Ayam Terengganu (versi MIL)

Bahan

1 ekorayam [potong mengikut suka, basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 s/b gula merah/nesan
minyak [lebih kurang 3 camca]
garam & perasa
Daun pandan [2 helai]
2 s/b susu pekat
4 s/b bawang goreng

Bahan Mesin

20 tangkai cili kering
4 s/b rempah masak gulai cap ROSE
4 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan 2-3 cawan air, daun pandan, kerisik, susu pekat, bawang goreng, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendidih. kacau sekali sekala. Masak menggunakan api perlahan.
5. Boleh masukkan kentang atau lobak merah sekiranya suka*


Gulai ni sedap dimakan sekiranya agak cair. Adakalanya, ibu mertua saya tidak memasukkan cili kering. Sebaliknya menambah 2-3 sudu rempah kurma.

Nasi Minyak Terengganu (versi MIL)


Bahan

3 cawan beras
3 cawan air
3 camca susu pekat
1 sudu tomato puri
1 sudu sos tomato
sedikit pewarna merah
daun pandan [2-3 helai]

Bahan Tumis
1 senduk minyak sapi (saya campur 2 1/2 camca butter & 1 camca minyak sapi)
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia *
* dikisar kasar
3 kuntum bunga cengkih
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 in kulit kayu manis
garam

Hiasan [saya tak letak pun]
1/4 cawan kismis
1/4 cawan bawang goreng
2 sb gajus atau badam panggang
daun ketumbar

Cara
1. Panaskan minyak sapi. Tumis * dan juga segala jenis rempah hingga naik bau.
2. Masukkan beras , kacau sebentar hingga rata. Masukkan air, susu, garam, tomato puri, sos tomato, pewarna merah dan daun pandan, tutup periuk dan masak spt biasa.
3. Sebaik sahaja airnya kering, kecilkan api. Masukkan kismis dan kacau nasi dgn perlahan
4. Taburkan bahan hiasan semasa menghidang.
5. Enak dimakan bersama gulai daging/ayam ala terengganu dan juga acar.



08 April, 2010

Indahnya Berbuat Baik


By: agussyafii

Dan Allah senantiasa memberikan pertolongan kepada hambaNya selama ia menolong saudaranya (HR. Muslim).

Hadist diatas mengingatkan kepada kita, bila hati kita bersedih, akan ada orang yang lebih bersedih daripada kita. Bila kita mengalami kesulitan, akan ada orang yang lebih sulit hidupnya daripada kita. Cobalah tengok dijalanan atau disebelah rumah kita, barangkali mereka justru membutuhkan pertolongan dan Allah meminta kita untuk memperhatikan dan menolong mereka yang sedang kesusahan atau sedang dalam kesulitan.

Membantu orang lain membuat kita merasa nyaman dan membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi, bagus juga secara kesehatan psikis. Penelitian mutakhit di Michigan University menyebutkan bahwa orang-orang yang memberikan perhatian dan membantu orang lain akan hidup lebih lama.

- Membantu teman, kerabat, atau tetangga dengan duduk berbincang, bertegur sapa dan untuk menanyakan bagaimana kabarnya atau sedang sibuk apa sekarang.

- Bergabunglah untuk menjadi relawan sebuah organisasi sosial kemasyarakatan.

- Ambillah sampah yang berserakan yang ada di halaman rumah, di taman atau dipantai.

- Memberikan ruang parkir yang cukup bagi orang lain.

- Membantu orang tua menyeberangkan jalan

- Menghormati pejalan kaki ketika kita sedang mengendarai kendaraan bermotor.

Perbuatan baik yang sederhana seperti diatas menunjukkan kepribadian yang positif pada diri kita. Memaafkan, memberi hadiah, mengucapkan salam, melakukan kebaikan paling ringan dan tularkan pada orang lain, anak-anak kita juga orang-orang yang kita cinta. Lakukan terus menerus dan lihat perubahan yang terjadi pada diri kita dan sekitarnya akan ada sebuah keajaiban.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/