09 January, 2014

Demam Campak? Oh no...aku demam denggi!!!!

Assalamualaikum...Baca tajuk entri aku kali ni tak? Hadoiii...termasuk hari ni aku rasa dah hampir 12 hari aku demam. Aku start demam on 27/12/2013 jam lebih kurang pukul 3.00 petang...(cheeewah ingat pula timenyakan?). Of courselah aku ingat sebab waktu tu aku baru lepas makan dengan 2 orang member kat opis aku ni. Late lunch sebab nak temankan sorang kawan lelaki yg tertinggal dompet kat rumah...so lepas balik sembahyang Jumaat, beliau kelaparan gila...

Lepas makan tu, kami sambung lagi berbual kat bilik member aku. Waktu tu aku rasa dah seram sejuk ja badan. Dalam hati aku ingat mungkin salah makan sebab tadi tu aku makan nasi goreng kampung, dan akak kedai tu masukkan kangkung yang separuh masak...

Petang lepas office hour, masa nak balik...aku rasa memang dah lain macam betul...sakit kepala dan memang badan menggigil sangat...tapi aku gagahkan drive juga balik rumah. Sampai di rumah husband aku suruh aku terus mandi sebab takut nanti lagi aku kesejukan. So aku mandi dalam pukul 6.30 petang tu...mandi pun aku ikut petua orang tua-tua...mulakan dari bawah...tapi aku rasa aku mandi macam robot...sebab badan aku sakit sangat dan aku menggigil sebab sejukkkk sangat...

Lepas mandi...terus aku baring....nak makan pun tak lalu. Masa tu aku pakai baju, pakai sweater, lepas tu selimut lagi dengan 2 helai selimut yang tebal...tapi aku masih menggigil...kepala aku pula memang rasa nak pecah saja...sakit gila. Aku ingat aku kena migrain...Perut pula memulas-mulas...oh ya...sejak lepas makan petang tu...aku rasa dah 3 - 4 kali aku ke toilet sebab cirit birit...

Malam tu aku tak boleh tidur...badan aku rasa gatal habis satu badan...dalam telinga, belakang badan, mata...malahan my feminin pun gatal habis...lepas tu joint dengan muscles pun sakit sangat...(oh ya...joint and muscles tu dah beberapa hari aku rasa sakit...aku ingatkan sebab aku banyak sangat mengadap komputer...hmmm)

Esoknya aku langsung tak ada daya...badan merah-merah...sebab tu aku ingat aku kena demam campak...hadoiii

Hari minggu aku berlalu dalam kesejukan yang amat sangat, dengan sakit kepala, loya-loya, cirit-birit, sakit semua urat saraf dan gatal-gatal seluruh badan...(tapi still tak pergi klinik...cheh!)

Esoknya pula, lepas husband balik kerja baru aku gagahkan diri bangun pergi klinik. Memang aku rasa aku kat awangan ja waktu berjalan. Simptom-simptom macam yang aku alami sebelum ni semua belum hilang atau menunjukkan tanda nak reda. Bila sampai klinik, doktor check aku lama juga...tapi tak ada pula dia cadangkan nak buat ujian darah...cuma dia tanya aku nak suntikan atau nak ubat makan biasa. Aku kata nak suntikan...

So...esoknya lepas dapat suntikan...aku rasa badan kuat sikit...tapi aku still ingat aku kena demam campak(hadoiii). Petang tu aku ajak husband pergi cari air kelapa. 5 biji aku beli. Tapi badan tak adalah sejuk sangat macam sebelum ni. Tapi demam still tak kebah and aku masih gatal satu badan, cirit birit dan sakit kepala. Husband pula kelam kabut minta member carikan daun semambu...

Keadaan yang sama berlarutan sampai 2/1/2014...Hari tu aku gagahkan diri pergi opis...tapi semua arahan bos aku macam tak ada apa-apa...aku still kat awangan...petang tu balik aku teguk lagi air kelapa...oh ya aku juga minum 100 Plus 3 botol yang 500ml tu...

Esoknya terus aku tak pergi opis...aku MC lagi sampai 7/1/2014. 8/12014 aku datang opis, ada member aku kebetulan pergi melawat kawan dia kena demam denggi kat HUKM. Bila balik dia cerita simptom-simptom yang berlaku kat kawan dia...aku pula baru tergerak hati nak menjengah cik google...ALAMAK!!! Semua simptom yang aku jumpa ada kat aku...

Petang tu jugak aku ajak husband ke Hospital Selayang. Rupanya memang masalah demam denggi ni banyak berlaku sampai ada satu unit di Hospital Selayang yang dikhaskan untuk demam sahaja iaitu Fever Centre. Berkampunglah aku kat situ dok menunggu ujian darah. Finally dalam pukul 8.40 malam result keluar...doktor kata memang aku demam denggi...tapi alhamdulillah...bacaan bp darah aku menunjukkan recovery...doktor ada tanya aku sepanjang aku demam aku ada buat apa. Aku ceritalah macam kat atas...
Mungkin aku ada pergi klinik dan dapatkan suntikan, ditambah dengan minum banyak air...so platelet darah aku menunjukkan pemulihan yang bagus...so doktor cuma bagi aku ubat demam dan kata aku tak perlu di tahan di wad...

BODOHKAN aku sebab biar demam yang boleh meragut nyawa tanpa tindakan yang sewajarnya...Apapun alhamdulillah sebab kesihatan aku makin pulih. Tapi nasihat aku...pada semua yang alami simptom-simptom yang aku alami, cepat-cepatlah pergi hospital buat ujian darah ya...Satu pengajaran buat aku...

Simptom Demam Denggi:-
1. Demam secara tiba-tiba (sama ada badan panas atau menggigil secara drastik)
2. Sakit kepala seperti migrain
3. Sakit otot badan dan juga sendi-sendi contohnya sendi di siku, tengkuk dan belakang
4. Loya atau muntah
5. Naik ruam yang gatal dan kulit seolah-olah lebam
6. Cirit birit
7. Sakit perut seolah-olah dipulas
8. Tiada selera makan

So kalau ada simptom macam kat atas...cuba minum banyak air kosong/mineral, minum 100 Plus, minum air kelapa...tapi yang penting mesti pergi berjumpa doktor yang bertauliah!
dengue mosquito photo: Mosquito da dengue 719c3f61.jpg

19 December, 2013

Jelousenyer!

Family kakak aku...dorang pergi berkelah dekat chalet terapung...memancing...ala tak best pun (dengan nada cemburu!)
Abang Ammar dengan muka bangga sebab dapat ikan...mama dia kata perut lagi nampak sebab besar dari ikan yang cikonet ja...hahaha...bangga tu...korang nampak tak ikan tu?


Muhammad Aqil Fadli Bin Mohd Asri



Comel tak? Inilah anak saudara saya yang terbaru. Lahir pada 3/9/2013. Nama si kecil ni Muhammad Aqil Fadli. Muka sebijik macam muka abang dia yang nombor 2. Cuma mata tu aja yang bulat...

Ni gambar masa hari dilahirkan...alalala...tomeinya...


Yang ni pula gambar Aqil dengan anak saudara (cucu aku le tu)...suka ekspresi muka cikonet dua orang ni...lahir tahun yang sama...nanti jadi member baiklah ni...Along dengan Pakcu kecik...actually, kakak aku mak si Aqil ni juga adalah ibu susuan kepada Syamil Irsyad...so ikatan antara dorang memang kuat...
Ni pula gambar dorang sefamily...
Ni pula gambar baru2 ni...kecik-kecik mak bapa dorang dah bawa gi jenjalan naik bot...

Doa aku sebagai mak saudara dan atuk saudara...semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh, yang berjaya dengan ilmu agama, ilmu dunia...membahagiakan mak, ayah dan keluarga serta membanggakan kami semua dunia dan akhirat, berjaya dalam kerjaya...dan segala yang baik-baik belaka...aamiin


21 October, 2013

Cucu - Muhammad Syamil Irsyad


Alhamdulillah...gambar kat atas ni adalah cucu aku yang kesekiankalinya. Rasanya cucu aku dah lebih 5 orang...1. Adam Hakimi, 2. Hawa Marissa 3. Eiman Idris, 4. Farhani, 5. Fatihah, 6. Yaya, 7. Anak B. Mi...(alamak tok lupa nak la...), 8. Zara, 9. Syamil....wah dah 9 orang cucu...

Adam & Eiman
Hawa Marissa & Eiman
Sophiea Elma Ulfa (Yaya)

Farhani & Yaya

Fatihah

Zara & Abang Zarif

Agungnya Allah SWT

Lafaz ALLAH (dalam bahasa Arab) adalah kata yang Unik.

Jika Alif dihapus, maka terbaca Lillahi yang bererti milik Allah.

Jika satu Lam dihapus maka terbaca Illah, bererti Tuhan.

Jika Alif dan Lam dihapus, maka terbaca Lahuu, bererti milik-Nya.

Bila Alif, kedua Lam dihapus maka menjadi Hu, bererti Dia (Allah).


Hanya Pada-Mu Ya Allah Aku Bergantung

Anak Saudara Baru - Muhammad Aqil Fadli

Alhamdulillah...buat kesekian kalinya aku dapat muncul lagi di laman ini...hehehe...tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan aku bila menjengah laman yang lama tak aku jengah ini...

Actually...hari ni aku agak tak berapa sihat. Selesema dengan batuk yang teruk. Nasib ada poise...hehehe...nak buat kerja pun susah...penat...sebab asyik batuk. Batuk dan selesema sejak hari raya korban hari tu. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang. Panas dan hujan. Balik Terengganu hari tu panas sangat waktu siang, bila petang hujan...Bila balik ke KL pulak...hujan aja...

Apapun, aku nak cerita tentang ahli keluarga aku yang kian bertambah. Alhamdulillah, dengan rahmat dari Allah SWT, aku dapat seorang lagi anak saudara. Adik kepada Ammar dan Arief...Muhammad Aqil Fadli...lahir pada 3/9/2012.

Muhammad Aqil Fadli - Aqil - Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya, pintar. Fadli - Kelebihanku, ihsanku. Doa aku dia akan membesar menjadi insan/ hamba Allah sebagaimana maksud namanya...




Kat bawah ni pulak gambar Aqil dengan abang-abang; Ammar Faidz, Arief Fahim dan juga anak saudara Muhammad Syamil Irsyad...(hehehe kecik-kecik dah ada anak saudara ya Aqil...)

Photo: Anak anakku .. Semoga bahagia dan berjaya selalu serta diberikan kebaikan di dunia dan akhirat

02 October, 2013

2 Oktober 2013 - I'm Tired!

Finally, after a few months i'm not updating anything here...now i'm back. But just for a while. I'm really tired, really exhausted...not with myself, not with my husband, not with my family, not with my job...but i'm tired of my colleague...i'm tired with her attitude. Everything was so wrong about her

11 July, 2013

Catitan Awal Ramadhan 1434 H


Assalamualaikum...macamana hari pertama ramadhan korang tahun ni? Apa suasana opis korang? Kat opis aku ni kami dapat pelepasan untuk balik awal...tapi kena masuk kerja awallah...7.30 - 4.30. Yang syoknya beberapa minggu dan sehari sebelum 1 ramadhan hari tu, kami semua masih tertanya-tanya status waktu bekerja kat opis aku ni...sekali petang hari selasa aritu, dapat email dari pihak pengurusan...ada Arahan Amalan Hakim Besar Malaya bil.1/2013 yang memaklumkan bahawa waktu bekerja bagi kakitangan mahkamah di seluruh Semenanjung Malaysia adalah dari pukul 7.30 pagi sampai 4.30 petang. Alhamdulillah...aku rasa sepanjang hampir 18 tahun aku berkhidmat, ini first time Hakim Besar Malaya umumkan benda ni...dalam arahan amalan tu, dimaklumkan bahawa HBM bersetuju waktu persidangan mahkamah diawalkan bagi memberi peluang kepada kakitangan untuk menunaikan ibadah puasa dengan lebih tenang dan diberkati...





1 Ramadhan 1434 Hijrah

Alhamdulillah...sekali lagi aku berpeluang menyambut bulan yang mulia ini, sekali lagi diberi peluang olehNya untuk menikmati bulan seribu rahmat ini.

Harapan aku, Ramadhan ini akan berjaya aku lalui dengan ketabahan dan kesabaran dan aku kuat untuk melawan hawa nafsu aku yang kenkadang terbabas juga...dan yang paling penting, dapat mendekatkan lagi aku dengan kekasihku yang tercinta...Allah Azzawajalla!

Pada semua umat Islam di seluruh ceruk rantau alam ini, semoga kalian semua juga semakin dekat denganNya...pada yang berbalah diluar sana kerana fahaman politik dll...insaflah...syukur Allah memberi kita nikmat sekali lagi dan sehari lagi untuk terus bernafas di bawah naungan kasih sayangNya...

 

Jangan lupa niat puasa...

 harap-harap dapat khatam Quran Ramadhan kali ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/