13 February, 2013

HOLIDAY @ Chinese New Year

Alhamdulillah...syukur sangat...sebelum tu, kepada rakan-rakan berbangsa cina yang menyambut tahun baru cina...gong xi fat cai


Dan sebagai negara yang mempunyai multi racial...yea...rakyat Malaysia berbilang kaum, semuanya dapat bercuti dan sama-sama merasai suasana tahun baru cina...

Aku? Apa lagi...balik kampung jugaklah...inilah peluang beb...time cuti perayaan camnilah nak balik jenguk family di kampung. Lagipun kakak aku yang tinggal di Sarawak pun balik, apatah lagi aku yang di semenanjung ni...

Risau tentang jalan sesak...memang risau juga. Sebab kita kat Malaysia ni, tak kira perayaan kaum mana pun, setiap kali menjelang raya setiap kaum, jalan mesti akan sesak. Alhamdulillah sebab kita di Malaysia ni masih ada nilai-nilai di mana kita masih mengamalkan budaya balik kampung ni...Sebab tu aku selalu perhatikan, kalau cuti hari raya aidilfitri, di jalanraya/lebuhraya, kaum-kaum lain turut sama memeriahkan suasana. Kalau berhenti kat R&R, penuh dengan pelbagai bangsa dan kaum...Kalau kita singgah beli lemang atau ketupat di tepi-tepi jalan atau lebuhraya, aku tengok sahabat kita yang berbangsa india dan cina malahan kadang-kala mat saleh, turut sama berebut dengan kita beli ketupat dengan lemang. Begitulah sebaliknya, kalau musim tahun baru cina ni, kita pula sama-sama sibuk beli limau...kalau deepavali pula, sama-sama sibuk pakat dok beli maruku...kalau di KL ni...jalan TAR memang meriah...

Aku balik kampung di Kedah hari Jumaat malam. LEpas maghrib aku bertolak. Risau juga jalan jam teruk, apatah lagi bila baca dekat board menyatakan trafik bergerak perlahan dari Slim River ke terowong Meonora...namun Allah SWT Maha Berkuasa...jalan hanya ada masalah dari Slim River ke Sungkai...so taklah jauh mana...lepas tu dah okay dan clear. Tapi kenderaan masih banyak...mungkin semua macam aku, balik lepas waktu pejabat dan kalau balik malam, jalan sesak pun tak terasa sangat sebab cuaca sejuk...

Alhamdulillah aku sampai rumah kakak aku di zon mawar Ambangan Height Sg Petani dalam pukul 2.00 macam tu. Kebetulan anak saudara aku pun baru balik kerja...Kakak aku yang dari Sarawak tu esoknya hari sabtu baru balik. Tapi okaylah sebab dia cuti seminggu...

Apapun, alhamdulillah...berkumpul dengan keluarga tercinta di kampung, it's a precious moment...ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga, ibarat air yang mengalir...tiada yang dapat memisahkannya kecuali dengan kehendak Allah SWT...Namun doaku dan kami sekeluarga...biarlah ikatan kasih sayang antara kami anak-anak mak dan ayah tersimpul erat sampai ke anak cucu, cicit dan sehingga ajal menjemput...aamiin...

08 February, 2013

SURAH AL KAHF (full) recited by Abdulrahman Al Sudais



Assalamualaikum...jom semua hari Jumaat yang indah dan diberkati Allah SWT dengan hujan (Kuala Lumpur) yang menyamankan dan menyejukkan hati ni dengan mendengar surah Al Kahfi sebagai permulaan hari kita pagi ini...

07 February, 2013

Hari Dapat Bonus!!!

Hahaha...ambik kau...start dari pagi tadi aku dah jadi runner kena pergi sana sini...beli baranglah, hantar baranglah, check baranglah dan macam-macam lagi...

Ini pun baru balik dari Plaza Damas...bos suruh beli cenderahati untuk diberikan pada rakan sejawatan dia...dengan beli beg utk letak goodies...almaklumlah...sekarang ni tengah meriah nak sambut chinese new year...

Nasib baik pagi-pagi lagi bos dah bagi aku bonus dengan belanja makan...hahaha...pandai bos aku ambik hati aku...

Setiausaha baru dengan oderli dia pun dapat bonus sekali...hahaha...sekali bos happy la hari ni...

Appapun, alhamdulillah mungkin sebab dia happy sebab kat tempat kerja aku sekarang ni kerja-kerja dah tak terbengkalai macam dulu...

Tempat kerja aku sekarang ni pun ceria ja...alhamdulillah...

05 February, 2013

Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W



Terbaca entri ni kat fb...rasa terharu sangat dan menitik air mata. Saya cuma C&P sahaja dari post pemilik kerana bagi saya, apa yang saya terfikir telah diluahkan oleh penulis sebenar...

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!
jubah Rasulullah SAW
Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.

Sama-sama peringat.
jubah Rasulullah SAW
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.
jubah Rasulullah SAW
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Sandal Rasulullah S.A.W
jubah Rasulullah SAW
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.
jubah Rasulullah SAW
Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW
jubah Rasulullah SAW
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.
jubah Rasulullah SAW
Bendera Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
jubah Rasulullah SAW
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah
jubah Rasulullah SAW
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW
jubah Rasulullah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW
jubah Rasulullah SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
jubah Rasulullah SAW


Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW
Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah …
Kongsikan bersama teman-teman.

Sumber: isuhangat.net


04 February, 2013

Arief Fahim

Hehehe asyik cerita tentang Ammar saja...lama tak cerita cikonet sorang ni...budak nakai suka mengusik...masih menyusu ni ha budak ni...







Semalam kena tinggai dengan kakak aku yg mengasuh dia sebab mama teman abang Ammar di hospital...cian ayief ya...pak lawak ni...

Ammar Faidz Masuk Hospital

Semalam waktu aku kat majlis persandingan anak bos aku, aku dapat called dari kakak aku. Tapi sebab aku letak telefon aku dalam mode silent, so aku tak dengar. Tapi lepas tu kakak aku sms aku. Dia bagitahu dia ada di hospital sebab Ammar kena tahan di wad hospital. Actually di Hospital Pantai Sg Petani.

Memanglah minggu lepas kakak aku bagitahu Ammar pegi sekolah sehari saja lepas tu tak pergi sebab demam dan cirit birit. Baik sehari, lepas tu demam balik...tau-tau semalam kakak bagitahu kena tahan di wad pediatrik. So semalam kakak bawa ke hospital...rupa-rupanya ada kuman dalam darah Ammar...alahai ciannya anak menakan makcik sorang ni...tabah ya abang Ammar...

Pagi tadi try call lagi, kakak kata dah okay sikit...lagi pun Doktor dah masukkan 5 botol air setakat pagi tadi...petang ni kakak kata suhu badan pun dah turun, tapi Ammar asyik buang air besar saja...mungkin pembuangan toksin/kuman melalui proses pembuangan air besar kot...Ammar pun ikut kata kakak dah nampak susut sikit badan...alahai...

Ammar, makcik doakan Ammar cepat sembuh ya...and makteh(kak Ilah) jaga diri dan kandungan...

(ammar and along - different in ages but yet they still can chatting like 2 best friends)



Tawfeq's Wedding @ JW Marriot Putrajaya

Semalam aku pergi wedding anak bos aku. Bila aku kata malam tu, memang majlis berlangsung sebelah malam. Aku sampai awal dalam pukul 7.15 pm semalam sebab bos aku minta aku bantu anak saudara dia di kaunter pendaftaran sebab ramai tetamu VVIP dan VIP yang datang. So bila ramai VVIP dengan VIP yang datang, majlis dia lebih kepada agak rasmi. Yalah, bila nak mula majlis kena announce Tun itu, Tan Sri ini, Dato', Datin dan lain-lain...

Seronok sebab dapat tengok macam-macam gelagat VVIP dengan VIP ni...dan keluarga bos aku pun sangat merendah diri walaupun bergelar Dato dan Datin...

Buat Dr. tawfeq dan Dr. Anis, tahniah semoga rumahtangga yang baru di bina berkekalan dan bahagia hingga hujung nyawa. Pada YA. Dato dan suami...tahniah sebab sudah bergelar ibu dan bapa mertua...adik langkah bendul ya Dato? Si kakak Dr. Najwa bila pula?

Apapun, terima kasih sebab jemput ke majlis semalam...





Makan-Makan Di Hotel Istana Lagi...

Hehehe...actually lambat sikit aku update tentang projek dinner aku ni...Baru-baru ni 27/1/2013 lepas aku pergi makan malam lagi kat Hotel istana...tapi waktu aku pergi tu, full house. Orang punyalah ramai, foreigners pun ramai...aku tak pastilah sama ada foreigners tu tourist atau pun expatriate...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/