08 June, 2012

Online Shopping

Huhuhu...tetiba terpikir nak post entry tentang kegilaan orang sekarang...sebab aku pun dah memang sah-sah termasuk dalam golongan tu...hehehe...Entahlah, sebab aku kalau beli berdepan mata tu, susah sikit, aku rambang mata, tak tau mana yang nak pilih...last-last aku tak beli...balik tangan kosong...yang paling tension, husband aku pulak yang shopping sakan kalau pegi sgopping mall. So, online buying is the best option for me...

Macam bulan ni saja pun dah beberapa barang aku beli. Sama ada melalui tawaran kupon diskaun ataupun melalui online mall. Kalau melalui kupon tawaran, aku ada subscribed dari groupon, dealmates, mydeal, ilovediscount dll. Memang menguntungkan...sebab mereka menawarkan harga yang betul-betul murah dari harga pasaran...untuk kupon diskaun ni aku baru beli kupon percutian ke Gold Coast Morib pada harga RM250 dari harga asal RM750++, dah tu aku juga ada beli slimming session (keh33x)...pada harga RM99 dari harga asal RM1750++, aku juga ada beli seamless bra yang harganya memang murah dan berbaloi-baloi. itu tidak termasuk kupon lunch atau dinner yang ditawarkan oleh hotel-hotel ternama macam Grand Season, Dynasty, Dorsett Regency dan Renaisanse dll

contohnya: -


Uniquely Zero

[Up to 86% Off] Seamless Nylon Bras. Choose 3 (RM69) / 6 (RM125) / 9 (RM165) Packs. From RM18.30 per pack. Free Nationwide Delivery

Voucher value: RM388.00

DescriptionQuantityPriceTotal
Malaysia Book of Records GOLD COAST MORIB BIRTHDAY SPECIAL: 67% OFF 2D1N Stay for 2 persons at GOLD COAST MORIB Studio Suite with Jacuzzi + Buffet Dinner + Buffet Breakfast + Water Theme Park + Birthday Cake & Gift + Certificate of Participation!1xRM250.00=RM250.00
My Price

Kalau baju pula, aku baru je order 1 sut muslimah swimsuit macam entry aku yang lepas tu, lepas tu aku juga ada order 2 pasang baju dan 2 anak tudung...Memang cantik dan berbaloilah apa katapun...

    (cuma warna lain sikit)

Cuma nasihat aku pada yang baru nak menceburkan diri dalam bidang pembelian online ni, berhati-hati dan pilihlah website/shopping mall maya yang boleh dipercayai, sebagai contohnya ramai pengikut/followers, aktif dan update selalu...

Jom Belajar Bahasa Inggeris - Part II

Sebagaimana yang aku janjikan...jom kita teruskan pembelajaran...supaya kita setara dengan mat saleh...



I, me
(Kedua-dua 'I' dan 'me' bermakna 'saya', tetapi terdapat perbezaan dalam penggunaannya).

I am a boy     - right - saya ialah seorang budak laki-laki
Me a boy       - wrong

Show me the way - right - tunjukkan saya jalan itu
show i the wayt - wrong

Let me know    - right - beritahu saya
Let I know     - wrong

You and I      - right - awak dan saya
You and me     - right

I am happy     - right - saya gembira
Me happy       - wrong

Tell me        - right - beritahu saya
Tell I         - wrong


he, him
(Membezakan penggunaan he dengan him).

he is angry      - right - dia (sedang) marah
him is angry     - wrong

dont look at him  - right - jangan pandang dia
dont look at he   - wrong

she, her
(Membezakan penggunaan she dengan her).

she is a girl     - right - dia adalah seorang budak perempuan
her is a girl     - wrong

dont look at her   - right - jangan pandang pada dia
dont look at she   - wrong

her book          - right - buku dia
she book          - wrong


they, them
(Membezakan penggunaan they dengan them).

They win       - right - Mereka menang
Them win       - wrong

look at them   - right - Lihat mereka
look at they   - wrong


we, us
(Membezakan penggunaan we dengan us).

we are angry   - right - kami (sedang) marah
us are angry   - wrong

dont look at us - right - jangan pandang pada kami
dont look at we - wrong


my, his, her, our, your, their, its
my, his, her, our, your, their, its membayangkan kepunyaan. Contoh :

my book        - buku saya
her book       - buku dia
his book       - buku dia
their book     - buku mereka
our book       - buku kami
your book      - buku awak
its tail       - ekornya


mine, his, hers, yours, theirs, ours, its
mine, his, hers, theirs, ours, yours, its membayangkan siapa punya. Contoh :

mine                   - saya punya
yours                  - awak punya
his                    - dia punya
hers                   - dia punya
ours                   - kami punya
its                    - ia punya

that book is mine      - buku itu adalah saya punya
that book is his       - buku itu adalah dia punya
this book is hers      - buku ini adalah dia punya
this book is yours     - buku ini adalah awak punya
these books are ours   - buku-buku ini adalah kami punya
those books are theirs - buku-buku itu adalah mereka punya
this shit is its       - najis ini dia (haiwan) punya


's
's juga membayangkan siapa punya. Contoh :

Ahmad's book           - buku Ahmad
This book is Ahmad's   - buku ini Ahmad punya

p/s...saya dulu pun tak faham penggunaan 'S' yang menunjukkan siapa punya ni...but then after a few years I've been talking and using English in my daily conversation, alhamdulillah saya dah faham...

RUKUN IMAN

   

1. BERIMAN KEPADA ALLAH
 Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negati kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah swt
  
2. BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
 Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah.
  
3. BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
 Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang meminpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN
  
4. BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
 Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW
  
5. BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
 Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalk kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.
  
6. BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
 Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya

Rukun Islam

 

1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
 "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya".

Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.
  
2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
 Dengan sembayang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.
  
3. MENGELUARKAN ZAKAT
 Dengan zakat, kita mengabdikan kepada allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya
  
4. BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
 Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt
  
5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
 Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Alah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Wanita

-tiba terjumpa sesuatu yang indah untuk kita kongsi bersama...

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud: -

Bergaullah dengan wanita secara sebaik-baiknya, kerana ia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, dan tulang rusuk yang bengkok ialah yang berada di atas, kerana jika engkau luruskan dengan paksaan...ia patah, dan jika engkau biarkan engkau tetap bengkok...


Jom Berdoa...

Assalamualaikumwarahmatullahitaalawabarakatuh...salam pagi Jumaat yang indah lagi mulia ini...Hari ini dah 18 Sya'ban 1433 H dah...sekejap saja masa berlalu. Ops...tak nak mengomel panjang-panjang...jom kita mulakan hari kita dengan doa-doa kehadrat Ilahi...semoga hari ini dan kehidupan kita diberkati Allah SWT...



Doa di Waktu Pagi dan Petang
Image

Doa Ketika Melihat Langit
Image

Doa Memohon Kesabaran
Image

Doa Mohon Ketetapan Iman
Image

Doa menghindari Dari Api Neraka
Image

Doa Mohon Dihindari Dari Sifat Malas
Image

Doa Penerang Hati
Image

Doa Taubat
Image

Doa Untuk Ibu Bapa
Image

07 June, 2012

Jom Belajar Bahasa Inggeris

Sesaja aku menggoogle website utk orang belajar bahasa Inggeris. Tetiba terjumpa satu website ni...ismail.com...memang detail dan membantu. So aku mohon izin C&P kat blog aku ni sebab aku rasa bertanggungjawab untuk embantu anak bangsa aku mempelajari bahasa antarabangsa ni...
Bagi aku pula, walau setiap hari aku terdedah dengan bahasa Inggeris ini, tapi no matter what we do, we still in a learning step...setiap saat adalah satu ilmu baru buat kita...


I, you, he, she, they, this, that, we, it, these, those


am, is, are

Ketiga-tiga am, is, are bermakna ialah, adalah, sedang. Bagaimanapun :
am digunakan selepas perkataan 'I'. 
is digunakan selepas perkataan 'he', 'she', 'it'. 
are digunakan selepas perkataan 'we', 'they'. 

Contoh am, is, are yang bermakna ialah (adalah):
I am a boysaya (ialah) seorang lelaki
he is a boydia (ialah) seorang lelaki
she is a girldia (ialah) seorang perempuan
it is a snakeitu (ialah) seekor ular
we are menkami (ialah) lelaki
they are goodmereka (adalah) bagus

Contoh am, is, are yang bermakna sedang:

I am angrysaya (sedang) marah, saya marah ni
I am hungrysaya (sedang) lapar, saya lapar ni
he is thirstydia (sedang) haus
she is tireddia (sedang) penat
we are happykami (sedang) gembira
they are sadmereka (sedang) bersedih

Dalam bahasa Melayu, penggunaan 'ialah' boleh ditinggalkan tetapi dalam bahasa Inggeris, penggunaannya adalah dimestikan.
am, is, are boleh juga digunakan sebagai soalan. Apabila digunakan sebagai soalan, am, is, are bermakna adakah. Contoh :

Am I look sad ?Adakah saya kelihatan sedih ?
Is he tall ?Adakah dia tinggi ?
Is she healthy ?Adakah dia sihat ?
Are you good at math ?Adakah awak bagus dalam matematik ?

am, is, are juga boleh bermakna kah dalam soalan. Contoh :

Who am I ?siapa kah saya ?
who is he ?siapa kah dia ?
who are theysiapa kah mereka ?
what is this ?apa kah ini ?
where are they ?dimana kah mereka ?
P/S;- Ini baru sikit aku C&P...ada banyak lagi sebenarnya...dan akan bersambung lagi...

Doa Bagi Orang Yang Banyak Berhutang



Bila aku letak doa ni, jangan pula kata aku ni jenis orang yang banyak hutang ye...harap-harap aku tidak tergolong dalam kalangan ni...aku cukup takut terhutang sama ada di dunia mahupun akhirat...

Ibadah Yang boleh Dilakukan Ketika Sedang Haid

Terjumpa satu post kat FB...sangat membantu sebab aku pun kadang-kadang confuse jugak tentang hal ni...

Nak Jahit Manik Kat Baju Raya

Huhuhu...baru bulan Syaaban...aku dah beria-ia dok fikir pasal baju raya...huhuhu...teruk sungguh. Hehehe ekcely baju raya aku dah lama siap. Sebabnya aku tempah dekat biras aku di Terengganu nun...so bukan senang aku nak balik sana kalau dalam bulan puasa. So aku siap-siap tempah bila aku balik Terengganu masa bulan 2 aritu. Yang selebihnya aku hantar pakai pos laju ke rumah biras aku tu...So bulan 5 aritu, biras aku dah siap kirimkan baju aku yang dah siap tu melalui kakak ipar aku yang sorang lagi...So sekarang ni tengah tahan hati dan kesabaran saja ni...kalau ikutkan aku nak pakai jek baju yang dah siap tu...hehehe...

Sebab aku dah buat baju plain, tak ada corak...so sekarang ni tengah fikirkan camna nak bagi meriah dan vogue sikit baju aku tu. Tahun lepas aku buat baju corak-corak...kakak-kakak aku pakat komplen aku tak glamour. Yalah tahun-tahun sebelum tu aku tempah baju sedondon dengan hubby...siap ada manik atau kerawang lagi...tapi tahun lepas aku lari tema, dah la tu aku terbeli tudung warna yang tak matching dengan warna baju...teruk juga kakak-kakak aku kondem aku...hehehe...sesekali aku buat kesilapan dalam berfesyen. Kalau nak tahu...gambar baju raya tahun lepas tu gambar pengenalan kat blog aku tu yang warna oren tu...
Kakak-kakak aku, macam tu punya la glamer aku depa kata aku tak glamer...huish...teruk sungguh...tambah pulak time tu mata aku kena jangkitan kuman, bengkak sebelah...naik ketumbit...besar lak tu...

So tahun ni aku dah plan nak jahit manik yang glamer kat baju aku tu...dan seperti biasa pilihan aku kain jenis georgette...warna pula magenta pink...jenis kurung pesak pahang...Sekarang ni aku tengah survey melalui cik google bentuk-bentuk sulaman manik yang nampak gojes dan senang...ada dah 2 - 3 corak/stail yang aku berkenan...tapi yang paling simple aku jumpa dari baju kakak aku...tapi aku rasa nak tambah sarat lagi...bagi depa jeles...lepas tu aku nak letak juga bunga dari labuci...fuhh...
Tapikan...aku pernah juga dulu jahit manik kat lengan baju...but then sampai sekerat jalan, cik "M" datang bertandang...sudahnya...aku lipat lengan baju sebab nak cover sebelah yang tak berjahit dengan manik...harap-harap kali ni cik "M" tak datang bertandanglah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/