06 April, 2010

Bahaya Menggunakan Telefon

Semalam tengok rancangan Oprah Winfrey kat channel 702-Hallmark kat astro. Aku memang suka tengok rancangan minah ni. Banyak info dan topik-topik yang menarik. Aku memang salute kat minah ni. Dia merupakan salah seorang wanita paling berpengaruh di dunia. Tak perlu dia menjadi artis. Tapi populariti dia mengalahkan sesetengah pemimpin negara dunia.
         Hmmm...sambung balik tentang topik yang dibincangkan dalam rancangan semalam. Topiknya mengenai bahaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Dalam rancangan tu, Oprah telah menjemput beberapa individu yang mana keluarga mereka menjadi mangsa atau terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh penggunaan telefon ketika memandu. Menangis-nangis tetamu kat rancangan tu bila menceritakan kisah kemalangan yang melibatkan mereka dan ahli keluarga. Ada satu keluarga tu, kehilangan suami dan juga rakan baik suami beliau sebab menjadi mangsa kepada seorang remaja berusia 19 tahun yang asyik menghantar sms ketika sedang memandu.
          Ada satu keluarga pula, kehilangan anak yang baru berusia 20...juga atas sebab yang sama. Mangsa sibuk melayan sms sehingga hilang tumpuan di atas jalan. Akibatnya, mangsa meninggal dunia kerana terbabas dan melanggar pokok. Ada satu kes pula, seorang anak kehilangan ibu tercinta. Sebabnya, sewaktu ibunya sedang melalui sebuah lampu isyarat, kereta ibu beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta yang mana pemandunya asyik bersms. Apa tindakan si anak, yang menurut beliau, sebelum kejadian tersebut, turut merupakan seorang yang suka berbual di telefon ketika memandu, walaupun menggunakan hand free kit, beliau telah menampal satu stiker di belakang kenderaan beliau yang berbunya lebih-kurang begini " seseorang yang sedang menggunakan telefon ketika memandu telah membunuh ibu saya".
         Apa yang agak mengejutkan saya, menurut seorang professor yang dijemput dalam rancangan tersebut telah memberitahu penonton tentang titik tumpuan semasa memandu menggunakan telefon dan sebaliknya. Sekiranya kita sedang memandu dengan menggunakan telefon, titik tumpuan kita akan terjejas. Otak kita hanya mentafsirkan sudut pandangan yang kosong. Kita tidak akan nampak keadaan sebenar sekeliling kita. Peratus bahayanya bersembang dalam telefon ketika memandu adalah menyamai bahayanya memandu ketika mabuk. Impak yang akan berlaku bagi seseorang yang memandu dalam keadaan mabuk dan sedang berbual di telefon adalah sama. Tapi, yang paling mengejutkan, peratus bahaya penggunaan telefon untuk bersms adalah 4 kali ganda lebih tinggi dari memandu ketika mabuk. Bayangkan betapa kita semua telah membahayakan nyawa  orang di sekeliling kita kalau kita tidak ambil peduli.
         Dalam rancangan tersebut juga, satu ujian telah dijalankan ke atas 3 individu yang mendakwa mereka merupakan individu yang cekap dalam bersms. Seorang pelajar kolej, seorang surirumah dan juga seorang lelaki. Masing-masing sebelum itu mengaku titik tumpuan mereka tidak pernah terganggu ketika mereka bersms semasa memandu. Ujiannya, mereka diminta memandu disebatang jalan yang lurus dan juga berbengkang-bengkok. Beberapa kon diletak di atas jalan dibahagian tengah dan tepi jalan mewakili individu dan kenderaan lain. Hasilnya!!! Setiap dari mereka melanggar lebih dari satu kon yang diletakkan. Mereka juga memandu melangkaui aras jalan...iaitu memandu sehingga ke bahagian tepi jalan yang boleh merupakan laluan pejalan kaki atau juga laluan motosikal. Berbahayakan!!!
        Jadi, sebelum lebih ramai insan tak bersalah menjadi mangsa, sebelum ada anak yang kehilangan ibu dan ayah, dan sebelum lebih ramai menjadi yatim piatu...HENTIKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KETIKA MEMANDU!!!

05 April, 2010

Just to released my tension

Teruk betul server hari ni...  Mengganggu betul dengan misi-misi dan tugas-tugas aku hari ni...
Lembap macam   Nasib baik masalah aku sebelum ni tentang template dah selesai 
Petang ni pun banyak kerja...  perut pula dah lapar 








Sotong Masak Hitam

Ini first time aku masak sotong masak hitam ni. Pernah dengar member cerita, kata sedap bila sotong dimasak sekali dengan dakwat yang hitam tu. Rasa pelik je memula tu. Boleh ke makan...apa rasanya...
Tapi a few days ago, aku ternampak resepi tu dalam blog Diana. So, apalagi...meluap-luap keinginan nak cuba masak. So, weekend lepas, bila pegi pasar, teruslah aku sambar sotong kat situ.

Resepi ni aku just C&P dari blog Diana. Thanks sebab merungkai satu misteri dalam kamus pemakanan aku and husband...But for my husband, I'm sorry sebab tak cerita ingredient masakan ni...aku tahu, kalau aku cerita, for sure dia tak akan makan...kekeke

Bahan-bahannya

1 kg sotong, dibuang tulang dan dibersihkan jangan dibuang dakwatnya
minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit serbuk perasa

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
9 bijii lada merah
5 biji cili padi thailand
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
*aku tambah
*** 2 cm lengkuas
*** 1 camca ketumbar
*** 1 camca jintan manis
*** 1/2 camca jintan putih
Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yang telah dikisar selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan sotong dan dakwatnya masak atas api selama 20 minit. Masukkan garam dan serbuk perasa.
3. Bila sotong telah masak boleh angkat dan hidangkan.

Nota: Jangan letak garam terlalu banyak, sebab sotong sudah masin rasanya. Sotong ini sedap bila ia berkuah sikit dan rempahnya serata masaknya dengan sotong.

Cendawan Goreng Bersos Roselle

Seperti biasa, menu aku mesti ada cendawan. Kali ni aku guna cendawan kering yang boleh didapati dipasaraya-pasaraya. Aku juga buat eksperimen dengan sayur cendawan aku kali ni. Aku bubuh air ribena...Sedap juga sebab lebih menyerlahkan kemanisan cendawan tu.


Bahan-bahan
150 gm cendawan kering [direndam lebih kurang 1 jam]
Sebungkus su'un [direndam]
2 keping sayur fucuk [direndam]
2 camca sos roselle
1 camca pekatan ribena
Sedikit minyak zaitun
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah [shallot]*
3-4 biji cili api*
Sedikit udang kering*
garam secukup rasa.
**cili utk hiasan
* ditumbuk

Cara-caranya
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur cendawan, su'un dan juga fucuk yang telah kembang. (jangan lupa tos air rendaman)
3. Tambah sos roselle dan juga pekatan ribena. Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat.
4. Perasakan dengan garam dan juga cili yang telah dimayang.
5. Masak sehingga kuah agak pekat dan mendidih.


Masak Lemak Cili Api Ikan Kerisi

Ikan kerisi memang favourite aku dengan hubby. Biasanya aku goreng tanpa buat sisik. Letak pes cili, garam dengan kunyit. Ikan tu belah belakang. Goreng pula 3/4 masak menggunakan minyak yang banyak (deep frying)  dengan api panas...fuh...memang kecur air liur dah ni...
Anyhow, last weekend, my husband had requested me to cooked masak lemak cili api...
So inilah hasilnya...bertambah-tambah laki aku tu makan nasi sampai berpeluh-peluh...


Resepinya...
MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahannya
3 ekor ikan kerisi, dibersihkan
150 ml santan pekat
150 ml santan cair
1 1/2 cawan air
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
2 biji tomato, dibelah dua
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
serbuk perasa
3 keping asam keping (mengikut kemasaman yang dikehendaki)

Bahan untuk dikisar
3 batang lada merah
15 batang cili padi
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 batang serai
2 cm lengkuas

Cara-caranya

1. Ikan kerisi digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng garing. Angkat dan ketepikan. (selalunya aku tak goreng sebab hubby tak suka yang bergoreng)

2. Rebus serai dan juga bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak. Masukkan juga daun kunyit dan tumis sehingga rempah bangkit baunya.

3. Masukkan pula santan cair dan juga air. Masukkan juga garam, asam keping, gula dan serbuk perasa. Masak dengan api yang kecil dan gaul sekali sekala sehingga kuahnya mendidih sikit.

4. Rasakan kuahnya bila semua bahan perasa telah cukup, masukkan ikan kerisi yang telah digoreng dan biarkan ia dimasak selama 5 minit dengan api yang perlahan agar kuahnya meresap pada ikan.

5. Akhir sekali masukkan tomato dan juga santan pekat. Gaul sikit biar tomatonya layu sedikit. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Sambal belacan

Aku ni sebenarnya bab-bab sambal belacan bukannya terror sangat. Sebab aku kurang sikit bab-bab makan pedas ni. Kalau makan ulam pun, aku just boleh makan without sambal belacan. Kalau makanan yang pedas-pedas pula, sometime, aku boleh basuh dulu kuah yang pedas tu.
Tapi lain pula dengan husband aku, lagi pedas, lagi laju dia makan. Kadang-kadang jadi masalah juga utk aku masak. Sebab bila aku rasa...dah pedas ya..amat. tapi bila cik abang aku makan, dia kata langsung tak rasa apa...
Anyhow, aku tetap kena served my husband appetized...
Kat bawah ni resepi sambal belacan yang aku ceduk dari bloggers tegar dalam bidang masakan ni...
Thanks for sharing with us...



Bahan-bahannya

5 - 7 batang cili hijau & merah
15 batang cili padi
3 - 5 biji bawang kecil (dipotong 2)
1 inci belacan (dibakar)
Garam & gula
Limau nipis @ limau kasturi. (biasanya aku pakai 1 biji limau nipis)
1 1/2 sudu air suam

Cara-caranya
1. Tumbuk semua bahan kecuali garam, gula dan limau
2. Bila semua bahan sudah hancur, masukkan gula, garam dan perahan limau dan juga air suam.
3. Sedia utk dihidangkan.

Menu hari coti...

Ni semua menu aku dan husband hari minggu lepas. Husband request nak makan masak lemak cili api ikan kerisi. Aku pulak tambah masak cendawan goreng sos roselle dengan sotong masak hitam. Selain tu, aku juga goreng ikan gelama masin dan ikan kembung masin. Aku tumbuk sambal belacan. And sebagai pencuci mulut, buah tembikai jadi santapan.

Bengangnya...!!!

 Wawawa...dah berhari-hari aku cuba nak tukar template kat aku punya blog ni...tapi komputer aku buat hal...Server lembap gila...
  

Memang aku hot sungguh...
Rasa macam nak   

Tapi aku kena sabar   Sebab  aku  
Lagipun... tanpa new template pun aku masih boleh 







01 April, 2010

Alfredo Bowties Pasta

Aku memang hantu pasta. Selalunya aku masak ala carbonara...Tapi last month aku pergi Carefour, beli sos alfredo...Petang semalam tanya husband, nak bawak bekal apa ke opis. dia minta aku habiskan stok barangan yang ada kat dapur tu...so, belek punya belek, ternampaklah sos ni dengan bowties pasta...
Hmm...nampaknya itulah bekal aku kat opis...

Bahan-bahannya


250gm pasta bowties
1 tin sos pasta Campbells Prego (Alfredo: herb & cheese)
1 cawan air
3 biji bawang besar, potong dadu
2 biji bawang putih, dicincang
250 gram daging cincang [aku just guna daging burger je]
1 tin cendawan butang, dipotong ikut suka [cedawan butang tarak...aku ganti dengan sayur campur]
minyak zaitun untuk menumis
2 slice cheddar cheese (low fat)
1/2 camca teh maggi cukup rasa

Cara-caranya

1. Panaskan secukup air sehingga mendidih. Letak sedikit minyak zaitun, kalau tak ada, letak marjerin atau minyak masak pun dah ok. rebus pasta sehingga ia masak. Angkat dan toskan. [tinggalkan dalam 1/2 cawan air rebusan pasta utk guna sebagai kuah]
2. Panaskan secukup minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang besar yang telah didadu dan cili padi thailand dan tumis sehingga naik bau dan bawangnya layu.
3. Masukkan sayur campur/cendawan butang dan juga daging cincang. Masak sehingga dagingnya 3/4 masak.
4. Masukkan sos pasta ( Campbells), cheese dan air. Biarkan ia mendidih.
5. Masukkan pasta dan juga sedikit maggi cukup rasa.
6. Kalau nak sedap lagi, waktu hidang tu, parutkan parmesan...wallah...

Kek Marble

Kek ni aku buat 2 hari lepas. Saja suka-suka nak buat. Lagipun dah lama self raising flour tu menyembunyi dalam kabinet kat dapur tu...Taku nanti dah expired pulak...
Resepinya, aku dapat dari blog resepidiana. Hasil sumbangan chef Norzailina. Tapi, sebagaimana biasanya...memang banyak tapi kalau aku memasak ni...al maklumlah, tangan tak berseni...so, warna tu ikut sedap aku nak aturlah...

Kek Marble
Sumbangan : Chef Norzailina

Bahan-bahan

250gm butter
230gm gula castor
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco

Cara-cara

1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
    satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
    dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.

tadaaa....ini hasilnya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/