11 July, 2013

Catitan Awal Ramadhan 1434 H


Assalamualaikum...macamana hari pertama ramadhan korang tahun ni? Apa suasana opis korang? Kat opis aku ni kami dapat pelepasan untuk balik awal...tapi kena masuk kerja awallah...7.30 - 4.30. Yang syoknya beberapa minggu dan sehari sebelum 1 ramadhan hari tu, kami semua masih tertanya-tanya status waktu bekerja kat opis aku ni...sekali petang hari selasa aritu, dapat email dari pihak pengurusan...ada Arahan Amalan Hakim Besar Malaya bil.1/2013 yang memaklumkan bahawa waktu bekerja bagi kakitangan mahkamah di seluruh Semenanjung Malaysia adalah dari pukul 7.30 pagi sampai 4.30 petang. Alhamdulillah...aku rasa sepanjang hampir 18 tahun aku berkhidmat, ini first time Hakim Besar Malaya umumkan benda ni...dalam arahan amalan tu, dimaklumkan bahawa HBM bersetuju waktu persidangan mahkamah diawalkan bagi memberi peluang kepada kakitangan untuk menunaikan ibadah puasa dengan lebih tenang dan diberkati...





1 Ramadhan 1434 Hijrah

Alhamdulillah...sekali lagi aku berpeluang menyambut bulan yang mulia ini, sekali lagi diberi peluang olehNya untuk menikmati bulan seribu rahmat ini.

Harapan aku, Ramadhan ini akan berjaya aku lalui dengan ketabahan dan kesabaran dan aku kuat untuk melawan hawa nafsu aku yang kenkadang terbabas juga...dan yang paling penting, dapat mendekatkan lagi aku dengan kekasihku yang tercinta...Allah Azzawajalla!

Pada semua umat Islam di seluruh ceruk rantau alam ini, semoga kalian semua juga semakin dekat denganNya...pada yang berbalah diluar sana kerana fahaman politik dll...insaflah...syukur Allah memberi kita nikmat sekali lagi dan sehari lagi untuk terus bernafas di bawah naungan kasih sayangNya...

 

Jangan lupa niat puasa...

 harap-harap dapat khatam Quran Ramadhan kali ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/