16 July, 2012

Shopping Sakan!!!

Adoiyai...penat dan letihnya terasa sampai ari ni...korang dah shopping untuk raya ke? Hehehe...puasa pun belum dah fikir nak raya...no lah, bukannya kita melampau...kita cuma buat persediaan sebelum tibanya bulan Ramadhan, supaya nanti bila tiba bulan puasa, kita tak fikirkan lagi pasal nak shopping, boleh beri sepenuh tumpuan pada amlan puasa kita dan amalan sunat di antaranya...Lagi pula, kalau nak shopping raya masa bulan puasa...rasa tak kuaso eden...mahu pengsan tengah jalan or dalam supermarket tu ha...

So bagi nak mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti diatas, aku dan kakak aku ambil peluang sekarang/ hari minggu lepas untuk shopping persiapan raya. Kakak aku datang dari Sarawak tau nak shopping untuk anak-anak dan family...So aku laayan ajalah...Hari minggu lepas, kita roang keluar awal dari rumah. Targetnya nak ke Jalan TAR dengan Sogo KL. Hubby awal-awal lagi dah pesan supaya kami keluar awal sebelum pukul 9.00 am. Sebab katanya pada hari Jumaat 13/7 tu jalan nak ke pusat bandar KL memang jam gila...so dia kata takut hari Sabtu 14/7 pun jalan jam juga...betullah kau, kami sampai pukul 9.30 jalan dah start nak jam...yang harunya, tempat parking semua masih tutup. Kalau ada yang buka pun, jauhnya Ya Rabbi. Lastly kami dapat parking kat depan Balai Polis Dang Wangi. Itupun dah full. Makhluk yang jaga parking tu pun apalagi, ambik kesempatan. Sekali masuk RM10.00 hengget dia charged kau!!! Huhh...memang mentekedarah betul depa tu...

So lepas breakfast kat Sitthique Nasi Kandar (aku order tosai, hubby roti telur dan kakak order mee goreng mamak) Oh ya, malam Jumaat tu aku pergi jemput kakak aku kat KLIA dalam pukul 9.00 malam...itupun flight dia delay 15 minit...(korang yang biasa naik MAS, korang perasan tak MAS sekarang selalu sangat delay...apasai hah?). Okaylah sambung balik...lepas breakfast, apalagi, shopping time!!!

Sampai ja kat pintu depan Sogo KL, orang dah ramai. Kakak aku kata macam ulat daun. Memang dia orang buka untuk member's card saja. Tapi itu pun dah ramai sangat. Ada juga yang tak dapat masuk sebab bukan member. So sebagai persediaan, Sogo buka kaunter tambahan untuk pendaftaran ahli...fuhh full packs kau!

So masuk ja kat dalam...tempat first yang dituju adalah bahagian pinggan mangkuk...sebab kakak aku juga dalam misi untuk masuk ke rumah baru sebelum hari raya ni...kiranya raya di rumah barulah. Yang harunya dengan kes kakak aku and family dia, dia cuma akan balik dari Sarawak pada 17/8/2012...betul-betul 1 hari sebelum raya...hah...takkah kalut tu? Rumah baru dia orang pun tak fully ready untuk diduduki lagi...memang dah fully furnished, tapi tak disusun dengan elok lagi...sebab setakat hari ni, curtain pun belum pasang lagi, rumput kat luar baru tanam...peti ais dengan dapur, TV semua tak ada lagi...memang betul-betul rumah baru. Actually ini rumah kedua diaorang, tapi kakak and family dia banyak berpindah-randah, so ini merupakan rumah pertama yang diaorang akan menetap selepas berpencen (kakak/abang ipar belum pencen pun). So rumah tu macam rumah percutian sebelum betul-betul pencen. Sebab diaorang banyak berpindah tempat bertugas, diaorang tak membeli sangat keperluan rumah sebab abang ipar aku biasanya akan dapat rumah yang fully furnished, termasuklah pinggan mangkuk sekali. So diaorang memang tak ada barang rumah. Bila nak masuk rumah baru, memang kena beli semua sekalilah. Tapi yang harunya, semuanya nak di buat dalam satu hari...macam lagi m.Nasir, 1 hari di hari raya....

Okaylah, sambung balik pasal shopping...tempat first kita orang tuju adalah bahagian pinggan mangkuk. Kakak aku survey juga bahagian Royal Daulton...cantik...Noritake pun cantik...tapi target utama dia adalah Corelle dulu...untuk kegunaan seharian...termasuklah periuk belanga...Lama juga kami di situ...dari Corelle ke Maxim, ke Tefal, ke bahagian pinggan melamine (abang ipar suruh kakak beli sebab anak saudara yang kecik2 tu ramai lagi...takkan nak hidang pinggan kaca kat depa yang cikonet tu...maunya pecah berderai)..., sudu, garfu dan macam-macam lagilah. Hah ambik kau, bila dah bayar (RM5K lebih juga kakak aku belanja kat situ, memang berhabis sakan untuk rumah baru)...dekat satu troli yang orang buat bawa barang.
 Sebab banyak, terpaksa minta pihak Sogo appoint staff diaorang untuk tolong hantar ke kereta...dah satu problem pula bila diaorang cuma boleh hantar ke depan pintu masuk saja...adoiyai...terpaksalah aku dan husband pegi ambik kereta semula...(waktu tu dah dekat pukul 12.30 dah). Yang harunya, bila dah loaded dalam bonet kereta, full tak muat, masukkan pula bhgn penumpang belakang, penuh juga...Terpaksalah aku bagitahu kakak aku, kami hantar barang tu semua dulu ke rumah aku, lepas tu kami balik semula ke Sogo. Nasib baik rumah aku ke Sogo taklah jauh sangat. tapi kali ni aku bagitahu kakak, kami akan parking kereta dekat The Mall dan naik train ke Sogo sebab jalan memang jam gila..
.
Dah balik hantar barang kat rumah, pegi semula ke Sogo...orang makinlah ramainya. Waktu tu kakak aku dah beli comforter...tapi sebab malas nak bawa dia tinggalkan kat satu tempat dengan harapan nanti nak datang ambik balik (tidak digalakkan...SANGAT TIDAK DIGALAKKAN). Sebab lepas tu bila nak balik, pegi tengok dah tak ada...dah ada orang sembat...ada juga orang yang macam tukan? Teruknya... Tapi nak buat macamana, memang salah kakak aku pun...
Tapi waktu aku sampai tu juga anak saudara aku  (anak kakak aku yang tengah study kat UIA tu dah ada nak temankan emak dia) tengah beratur nak bayar sebakul baju yang mama dia beli untuk diaorang...panjang dan lama jugalah dia beratur...apa kata pun aku dengan kakak aku sempat round dekat sejam dan lepak dulu dekat 1/2 jam baru sampai giliran kamilah nak membayarnya...fuhh letihnya...

Dah lepas membeli belah sakan, aku naik ke Tingkat 7 pula, customer service centre sebab nak claim kupon. Sebab bagi setiap RM100 yang dibelanjakan, kami akan dapat pula kupon RM10. Kat situ pun panjang juga barisannya...beratur punya beratur, last-last sampai juga giliran aku...ha ambik kau...dekat RM900 balik kita orang kumpul kupon...jangan salah sangka ya...kakak aku anak-anak dia dah besar...korang bayangkan kalau setiap seorang dibelanja RM300 - 500, 5 orang anak campur kakak dengan husband lagi...dah berapa tu? Untuk anak-anak pula, baju lelaki, korang tahulah, bukannya murah-murah...lagipun anak-anak saudara aku semuanya dah besar panjang...baju nak ikut trend...mana ada yang murah. Kalau seorang dah beli sorang 3 pasang...fuhh...bengkak jugalah poket...

Cuma satu yang aku respect dengan family kakak aku, walau sebanyak mana dia orang berbelanja...memanglah waktu membayar tu guna kad kredit...takkan nak bawa tunai sampai beribu-ribu...bahaya tu, tapi dia orang akan buat pembayaran in advance ke bank bagi setiap penggunaan kad kredit...maknanya bayar dulu sebelum guna kad kredit tu...Abang ipar aku memang tiada istilah hutang sebab tak mampu bayar kerana tak ada duit...dia orang beli barang memang cash. Bukan nak belagak...tapi itu prinsip diaorang...(huhuhu...kalau aku, pakai kad kredit, bayar kemudian...walaupun aku bukan hamba kad kredit, dan aku akan bayar sebanyak mana yang aku guna, tapi aku tak pernah bayar dulu kad kredit, guna kemudian...huhuhu...)

Hehehe...itulah cerita shopping aku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/