09 July, 2012

Macarons

Semalam tetiba terasa nak makan macaron...so lepas balik dari jenjalan kat Subang Parade dalam pukul 2.00 lebih camtu, aku pun memulakan operasi mengmacarons (nasib bek bukan mengkarung...hahaha...buat gelak and lawak sendirik...hahaha). Dalam hati berfikir...bukan otak berfikir ye...hati yang berfikir...jadi ke idak macarons aku ni...yalah, ini merupakan 4th attempt aku...yang 1st sampai 3rd attempt jadi, tapi tapaknya tu tak berapa nak menjadik...campur dengan oven aku yang lama yang ada problem pengaliran haba tu...

Alhamdulillah sejak aku beli oven baru...(chewah...actually hubby aku yang belikan untuk aku), kek dan bisukut yang aku buat, masak dengan elok...melainkan kalau aku yang tengah meralit dok buat benda lain sampai lupa nak jengok oven... dulu first time bakar kek guna oven baru, aku sendiri thrill sebab kek aku masak sekata, tak ada merekah kat bahagian tengah atau pun sebelah perang gelap, sebelah warna krim...masak tak sekata...sekarang dah okay...alhamdulillah. Cuma aku belum try buat ayam golek je lagi dalam tu...

Okaylah...ni hasil projek macarons aku semalam...cuma aku tak letak filling sebab aku tak suka. Manislah...yang dalam bekas ni aku bagi husband aku bawa ke pejabat hari ni...kebetulan opis dia ada buat makan-makan sempena nak menyambut Ramadhan Al Mubarak...actually hubby aku juga ada minta aku buat rendang ayam. So semalam selain projek macarons, aku juga buat projek merendangkan ayam...hahaha...sodap you!!! Cuma aku tak snaplah gambar rendang tu, tak sempat. lagipun semalam dekat pukul 11.30 baru rendang aku masak...mengantuk tu!


Dan seperti biasa aku buat ikut sedap aku ja...mana ada aku buat size elok-elok...ikut sedap aku ja nak tenyeh atas patchment paper tu......ah asalkan jadik...bukannya aku nak bisnes...nak makan sendirikkan lagi pulakan? (ayat cover dirik sendirik...heheheh)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/