Korang tahu tak niat puasa Ramadhan ni? Jangan dah tua bangka pun masih tak tahu ya...belajar-belajarlah mendekatkan diri dengan Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak kita mengenali Allah SWT dengan lebih dekat dan penuh keberkatan. bagi yang masih dalam pembelajaran, atau mungkin terlupa, sama-sama kita hafal ya niat puasa ni...

Maksudnya: - Sahaja aku berpuasa esok hari fardhu keatasku Ramadhan tahun ini tunai kerana Allah Taala
Kalau nak senang lagi, takut-takut atau bimbang nanti kita terlupa, ini pula niat puasa untuk sebulan terus.

Maksudnya: - Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini tunai kerana Allah Taala
Doa aku semoga kita semua berjaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan penuh keinsafan dan keimanan.
No comments:
Post a Comment