31 July, 2012

Harapan Ramadhan - Raihan & Man Bai

Kena Blacklist Dengan Celcom

Hmm...camna aku nak mula ya...benci betul aku. Mengong sungguh. Korang pernah ada pengalaman kena blacklist tak macam aku ni dengan mana-mana syarikat telco? Tension aku. Dulu aku nak beli iphone kat maxis, lepas tu dorang bagitau aku punya nama kena blacklist, lepas tu semalam aku nak tambah aku punya broadband. Sekali lagi aku dimaklumkan aku kena blacklist. Aku tanyalah oleh syarikat man. Dia kata Celcom.

Hmm...seingat aku, aku memang pernah pakai line celcom dulu. Tapi aku dah terminated dalam tahun 2005 camtu. Dan aku dah kasi bayar habis aku punya hutang. Kalau aku tak kasi bayar habis, of courselah dorang akan hantar billing statement. tapi tak. lepas aku terminated line tu, aku tak terima apa-apa pun. So aku assumed tak ada apa-apalah masalahnya. Tup-tup dah kena blacklist.

 Yang buat aku risau tu, budak kat maxis tu suruh aku pegi settlekan dulu apa baki aku yang tertunggak. Mak hai...ini mau ratus-ratus riban aku fikir. Yalah dari tahun 2005 sampai 2012, dah berapa tahun tu?Sebab tu nama aku kena blacklist...huhuhu habislah duit gaji aku.

Tapi nak dijadikan cerita, semalan aku pun telefonlah Celcom careline. Aku hampir menangis sakan bila dengar jumlah yang aku terhutang (kononnya), jumlah yang menyebabkan aku disenarai hitam oleh Celcom, jumlah keterhutangan aku yang menyebabkan aku gagal mendaftar untuk lain-lain talian telco. Rasa nak pitam pun ada. Ya Allah...korang tau berapa? RM43.00. Aku ulang RM43.00. Dalam masa yang sama hubby aku pun pergilah ke premis Celcom di Jalan Ampang. Dengan kecut perut jugalah memikirkan berapa jumlah yang aku kena bayar...hehehe

So pada pemikiran korang, logikkah aku disenarai hitam dengan jumlah RM43.00 sahaja dan tanpa aku diberi notis untuk membuat pembayaran tersebut yang dikatakan aku terhutang. Halo pakcik, mahkamah pun tak terus lelong rumah orang tanpa bagi notis tau dak? Mangkuk betullah...

‎10 didikan utama untuk hati dan jiwa kita di bulan Ramadhan



1. bertaqwa kepada Allah
Praying on a small platform
2. sentiasa bersabar

3. sayang kepada Allah swt

4. merasa tawaduk dan merendah diri

5. merasai kesusahan orang susah dan kelaparan

6. sentiasa harapkan kerahmatan, keredhaan dan keampunan Allah swt

7. memaafkan kesalahan orang lain,

8. tidak bersikap sombong dan takabbur.

9. bersifat pemurah

10. bersyukur dan bersenyum selalu

By : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

30 July, 2012

Cerita Bulan Ramadhanku

Hehehe...dah 2 -3 hari aku tak jenguk kat sini...biasalah hari coti...sibuk nak jenjalan sana sini. Hari Sabtu sibuk pegi pasar tani. Beli keperluan apa yang patut. Kopak juga dekat RM100. Aku beli ikan bawal, ikan kerisi, ikan selar kuning, kepala ikan merah, ayam, udang, daging, hati lembu sikit, sayur dll. Betullah macam aku baca surat khabar kosmo baru-baru ni. Kadang-kadang, kalau berdua, ada juadah yang lebih afdal kalau kita beli, lebih jimat berbanding kalau masak sendiri. Tapi masalahnya, aku jadi phobia dengan bazar ramadhan ni, dan mungkin juga sebab azam baru kot.

Hari Ahad pula aku pergi Jalan TAR. Actually masa nak mula puasa hari tu memang dah awal-awal plan dengan cik abang tak mahu pergi Jalan TAR bulan puasa ni. Letih sebab orang Ya Rabbi, punyalah ramai, campur dengan panas pula. Tapi kebetulan kakak aku yang duduk di Sarawak minta tolong aku belikan tudung untuk dia. Banyak pula yang dia suruh beli dalam 115 helai gitu. Sebabnya dia nak buat satu program dengan anak murid dia dan dia nak hadiahkan tudung dekat dorang. Bulan puasa tahun lepas dia dah buat program tu (program keagamaan). Kehadiran adalah dalam 50 orang. Tahun ni bila dia anjurkan lagi program tu, penyertaan dah bertambah ke 115 orang. Berjaya nampaknya kakak aku dengan program ibadah dia tu. So aku pun tak nak menghampakan dia, lagipun aku rasa itu juga adalah ibadah untuk aku. Memenuhi hajat orang. So hari Ahad tu pepagi dah menuju ke Muaz extile kat Jalan TAR. Pilih punya pilih, akhirnya aku pilih tudung bawal ros. Aku beli 6 kodi, dapatlah RM160. Okaylah. Aku beli tudung tu sebab aku ingat bebudak la memang trend dorangkan pakai tudung bawal. Ada 3 tone warna. Okaylah tu. ebih kurang macam nilah warnanya...kpd pemilik gambar saya C&P ya...kpd sesiapa yg nak beli boleh layari website ni , sitiaimanenterprise.blogspot.com


Lepas penat berangkut kat Jalan TAR, aku dengan hubby menuju deras ke Carefour Wangsa Maju pulak. Beli keperluan bulanan. Macam-macam juga aku beli. Kebetulan beras pun habis, syampu pun habis, serbuk pencuci pun habis dan macam-macam lagilah yang perlu aku restock. Hah, sekali bayar RM260 lebih. Hehehe...biasanya bulan-bulan aku spend RM250 kebawah, tapi bulan ni terlebih la pulak. Tapi yalah, aku beli semua barang yang harga RM10 keatas. Beras pun baru 5 kilo dah RM34.90. Tapi nak buat camna, kebetulan beras cap burung serindit yang biasa aku makan dah habis, di KL ni mana nak cari beras tu. Terpaksa aku beli beras lain. Beli tuala wanita pun dah RM14 lebih...tapi okaylah kot sebab bulan lepas aku cuma belanja RM190 saja. So bulan ni dia terlebih. Tapi waktu aku pergi C4 tu, ramainya orang. Tempat parking full. Oh ya lupa nak cerita, antara sebab aku pergi ke sana juga sebab nak beli baju raya aku. Hehehe...cik hubby jeling ja sebab actually aku dah ada pun baju raya yang aku tempah. Tapi kan dalam post aku dulu aku sibuk nak jahit manik...hahaha...aku baru siap jahit sebelah tangan...rasa-rasa macam tak sempat nak siap saja pun. Itu yang aku kena beli baju baru tu...(alasan!!!). Terbang jua RM150.


On the way balik rumah, ajak hubby singgah Giant Taman Permata. Nak bayar hutang Avon (credit dealer). Aku jadi ahli Avon ni bukan nak meniaga. Tapi sebab aku pakai sendiri barang Avon. Aku suka brooch dengan lingeries dia. Lepas tu singgah ke UIA hantar tudung pada anak saudara yang study kat situ. Sebabnya abang ipar aku balik Thursday ni. So dia suruh anak dia tu pegi ambik kereta dekat KLIA. Kakak aku suruh kirim sekali dekat abang ipar aku tu tudung yang dia suruh aku beli.

Balik rumah, sampai dalam pukul 2 lebih. Fuyoo penat gila. Berehat jap, lepas tu sembahyang zohor. Lepas tu terus masuk dapur. Masak asam pedas kepala ikan merah dengan rendang hitam hati dengan pengat pisang...

Malam, rest sakan...pukul 9.45 aku dah tutup tirai hari...
Hehehe...boring tak perjalanan cerita aku...atau penuh warna warni...apapun, akulah superwoman!!!



26 July, 2012

Yea yea dapat bonus raya!!!

Alhamdulillah...pagi ni husband aku telefon beritahu yang kakitangan kerajaan diberi setengah bulan gaji atau pun minimun RM500.00. Alhamdulillah...satu perkhabaran yang menggembirakan dan melegakan bagi semua kakitangan kerajaan. Dalam keadaan ekonomi yang benar-benar menuntut peningkatan perbelanjaan sekarang ni, bonus tersebut memang amat membantu. Tambahan lagi dalam musin perayaan yang akan tiba tak lama lagi. Semua barang mahal, semua peniaga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesempitan hidup orang lain. Mereka tidak fikir, yang menjadi mangsa adalah orang yang tidak mempunyai pendapatan tetap, berkeluarga ramai dan banyak tanggungan.

Macam hidup di Kuala Lumpur, jangan dengar sahaja kegemilangan bandaraya Kuala Lumpur...tapi selami isi dan realiti hidup di dalamnya. Memang kita nampak masyarakat yang hidup di Kuala Lumpur dan bandar besar yang lain hidup senang dan mewah...sebenarnya mereka yang hidup dalam paras kemiskinan paling ramai di kota-kota besar. Dengan kos sara hidup yang tinggi, setakat gaji RM 1 ribu atau RM 2 ribu...dengan anak seramai 5 orang termasuk seorang isteri, mana mampu menampung hidup di bandar besar. Namun orang tidak nampak itu semua pada kakitangan kerajaan. Yang dibisingkan, kerajaan memanjakan kakitangan awam...tidak sebenarnya.


Kadang-kadang aku hairan. Bila kerajaan memberi bonus dan selalunya setengah bulan gaji kepada kakitangan awam, ramai orang di luar sana yang mencaci dan mengutuk kakitangan kerajaan. Tapi kadang-kala mereka lupa, ada sebahagian daripada mereka yang ada kalanya menerima bonus sehingga 12 bulan gaji dan paling kurang pun 3 bulan gaji. 


Komen mereka, kakitangan kerajaan suka mengular di waktu pejabat...ah, jangan lupa, di pejabat swasta juga ada kakitangan yang suka mengular. Tapi kerana mereka jarang berhubung terus dengan orang awam, semua itu orang tak nampak. Bukan sekali dua aku pergi ke pejabat-pejabat swasta yang aku rasakan kakitangannya lebih buruk memberi layanan kepada orang awam. Pergi sahaja ke sesetengah hotel-hotel, mereka melayan kita kadang-kala secara double standard. Pasaraya-pasaraya tertentu juga begitu. Kalau nampak pelanggan yang ada kelas masuk ke premis mereka, jangan haraplah mereka nak layan kita. Kadang-kala siap menjeling lagi. Tidakkah mereka lupa, mereka juga sebenarnya menawarkan perkhidmatan kepada orang awam. Tapi kerana mereka tidak berada di bawah nama kakitangan kerajaan, penilaian yang diberi adalah berbeza. Sedangkan kita sama-sama berkhidmat untuk masyarakat.


Cuma masalah dengan kakitangan kerajaan, orang sentiasa menilai mereka, dan yang lebih teruk bukan cuba membetulkan apa yang salah, tapi hanya pandai mengutuk dan memperbesarkan apa yang sepatutnya boleh diperbetulkan. Kadang-kala orang awam sengaja tidak mahu menampakkan yang kakitangan kerajaan sekarang sudah melangkaui sikap kakitangan awam dahulu. 


Membebel pula aku ya...maaflah ter 'emo' sikit. Almaklumlah, aku sebagai kakitangan awam, yang memberi sepenuh tenaga dan kudrat untuk membantu meningkatkan imej jabatan kerajaan, kadang-kala agak terluka dengan sikap orang ramai. 

6 perkara Allah sembunyikan


Mencari Nur Illahi. (terima kasih atas perkongsian ini)


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Betapa tingginya kasih Allah SWT kepada kita umat Muhammad SAW...mengalir air mata bila terbaca artikel ini...ampunkan aku hambaMU ini Ya Allah kerana selalu lalai...

25 July, 2012

Perut Tak Selesa Di Bulan Puasa

Korang pernah tak alami benda camni? Aku ni memang jenis perut sensitif, Bulan puasa ni lagilah...boleh dikatakan tiap-tiap hari aku kena cirit-birit. Tak boleh makan yang pedas sikit pun. Padahal aku memang tak suka makan pedas pun...kalau aku makan yang aku kategorikan sebagai pedas...orang lain memang takkan rasa pedas. Macam semalam, aku just makan nasi dengan sup ayam je...lepas tu ada makan ikan bakar percik...memang bagi pemakan makanan pedas, ikan percik tu bukan satu masakan yang pedas bukan? Nak kata beli makanan tak elok kat bazar ramadhan...tak juga...sup ayam tu aku masak sendiri. Cuma ikan bakar tu husband aku beli kat pasar ramadhan. tapi kedai ikan bakar tu, hari biasa pun memang kat situ kedai dia...hari biasa aku makan tak sakit perut pun...

Kalau nak kata makan makanan bazar ramadhan yang menyebabkan aku sakit perut, tak juga kot. Sebab bulan puasa kali ni aku masak sendiri lauk-pauk, except yang rumit-rumit sikit my hubby akan belilah. Cakap pasal masak sendiri juadah berbuka ni...hehehe tahun ni terajinlah pulok...Macam hari pertama puasa, aku masak kari tulang dengan sambal ikan merah dan sayur. Hari kedua aku masak singgang ikan tenggiri, ikan gelama masin dan sayur. Lepas tu aku masak gulai kuning udang dengan sayur. Semalam masak sup ayam dengan udang masak asam stail mak aku. Hari ni pula aku cadang nak masak daging masak sambal dengan ayam percik pula...fuhh...sambil dok menulis ni, dah meleleh air liur aku...Oh ya satu lagi, ingat petang ni nak masak sayur goreng kacang buncis...yummy...

Ha cerita balik pasal perut asyik nak membuang isi kandungannya...aku pun pelik juga...walhal waktu sahur aku cuma minum air kosong dengan 3 biji buah kurma saja...agaknya perut aku ni memang koman kot...Tapi  alhamdulillah,walaupun aku hanya makan kurma dan minum air kosong, aku tetap rasa bertenaga walaupun cirit-birit...pelik tetapi benar bukan?

Okaylah, nak kena stop dah...internet pun slow gila semenjak dua menjak ni...geram...

23 July, 2012

Huhuhu...internet slow banget nih!!!

Assalamualaikum...salam Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah, dah 3 hari kita berpuasakan? Waktu aku tulis entry ni dah hampir pukul 3.oo petang. Mata pun dah lali sakan sangat dah ni...kat opis ni pula sejuk gila...aircond dah pasang sampai 27C dah ni. Tapi biasalah, kalau bulan posa ni, metabolisme kita ni huru hara sikit...sejuk gila...cik tolet pun dah banyak kali aku ulang ni...

Apa pengalaman korang sepanjang 3 hari berpuasa ni? Aku macam biasalahlah...2 hari puasa kat rumah sebab bercuti hujung minggu. Alhamdulillah dapatlah aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri dan seorang muslim. Masak itu ini serba sedikit untuk aku dan hubby...kalau ada pembaziran yang berlaku, mungkin sebab aku tak dapat nak agak nak kena masak banyak mana. Yalah kalau hari biasa, kalau tak habis makan waktu tengahari atau pagi...kang petang-petang boleh ulang lagi sekali...ini bulan puasa, lepas berbuka, memang dah kena stop, takleh nak masuk lagi dah...Itu pun aku cuma makan satu senduk nasi...Puasa kali ni aku cuba lebihkan pengambilan sayur dan protein...Air manis tetap aku ambil sebab aku tak suka berbuka dengan kurma. Walaupun sunat berbuka dengan kurma, tapi tekak aku takleh terima. Untuk sahur boleh pulak.Hmm.

Macam waktu bersahur tadi, aku cuma ambil 3 biji kurma dengan air kosong 1.8 liter sahaja. Itu pun aku dah rasa penuh. Perut pula kembung sahur tadi. Sebabnya waktu berbuka semalam aku buat kuih kasturi/kacang. Tersedaplah pulak...(hehehe masuk bakul angkat sendirik nih). Tapi betullah, husband aku makan waktu berbuka 4 biji. Sahur dia makan lagi 2 biji baki masa berbuka. Dia yang kata sedap ya...sebab tu aku berani kata kuih aku tu sedap...sebab hubby aku kalau tak sedap, masaklah apa pun, tak dimakannya...

Oh ya...korang bulan puasa ni dah bertarawikh ke? Aku belum lagi. Baca Al-Quran pun belum lagi. Rugi pula rasanya. Ingat malam ni nak startlah. Cover apa yang terkurang sepanjang tahun. Insyaallah...nak cuba juga buat sunat yang lain-lain.

Hehehe...apa kaitan tajuk entry aku dengan cerita aku kat atas ni...hehehe tak ada kaitan pun...biasalah...bulan puasa ni otak bukan nak boleh pakai sangat...kenkadang termereng gak sikit...

20 July, 2012

PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA BERBUKA PUASA

.
1. Segera berbuka puasa iaitu sebaik sahaja diyakini terbenam matahari atau masuk waktu maghrib. Sabda Nabi s.a.w.; “Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur” (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.)

Menjadi sunnah Nabi s.a.w. berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat. Anas r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. berbuka dengan beberapa butir tamar basar sebelum baginda menunaikan solat maghrib. Jika tidak ada tamar basah, baginda berbuka dengan tamar kering. Jika tidak ada sebarang tamar, baginda berbuka dengan meminum beberapa teguk air” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh).
Melambat-lambat berbuka puasa hukumnya adalah makruh kecuali jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan.

2. Disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma basah. Jika tidak ada, dengan buah kurma kering. Jika tidak ada buah kurma, disunatkan berbuka dengan air. Sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa memperolehi buah tamar/kurma maka berbukalah dengannya. Sesiapa yang tidak memperolehinya, maka berbukalah dengan air kerana ia adalah penyuci” (Riwayat Imam Hakim, Tirmizi dan an-Nasai dari Anas r.a.)

3. Membaca doa ketika berbuka atau sesudahnya. Di antara doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka ialah;
.
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ
.
“Ya Allah! BagiMu aku berpuasa dan dengan rezekiMu aku berbuka”
(Berdasarkan hadis riwayat Abu Daud dari Mu’az bin Zuhrah)

اَللَّهُمَّ ذَهَبَ الظَّمأُ، وابْتَلَّتِ العُرُوقُ، وَثَبَتَ الأجْرُ إِنْ شاءَ اللَّهُ تَعالى

“Ya Allah! Hilanglah dahaga, basahlah seluruh urat tubuh dan tercapailah pahala insya Allah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ad-Daruqutni, al-Hakim dan Ibnu Sunni dari Abdullah bin Umar r.a.)

4. Di antara adab yang digalakkan oleh ulama’ ketika berbuka puasa ialah tidak berlebihan ketika menikmati makanan. Makanlah dengan kadar sederhana sahaja, tidak terlalu banyak supaya tidak keletihan untuk menunaikan ibadah malam nanti (solat terawikh, tadarus al-Quran dan sebagainya). Kata ulama’; “Sesiapa yang kenyang di awal malam nescaya ia akan ketinggalan pada baki malamnya”.

5. Sunat memberi makan atau minum kepada orang-orang yang berpuasa sekalipun dengan sebiji kurma atau seteguk air. Namun yang lebih baik ialah memberi makan sampai mengenyangkan mereka. Fadhilatnya ialah sebagaimana sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya seumpama orang yang berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun” (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Zaid bin Khalid r.a.)

Dan disunatkan juga makan bersama dengan orang yang berpuasa dan cara seperti ini lebih baik bagi menunjukkan rasa rendah diri.

Bulan Ramadhan

Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. So korang dah bersedia ke nak sambut puasa ni...aku? Alhamdulillah...aku memang ternanti-nanti bulan puasa ni...Satu bulan yang penuh kemeriahan bagi aku...meriah dari segi amal ibadat dan meriah juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang jarang kita lakukan di bulan biasa. 

Kalau dari segi ibadat, of courselah bulan inilah biasanya kita mempertingkatkan amalan kita, cover apa yang terkurang. Bulan ini juga memberi peluang untuk kita bermuhasabah diri, mencari dan menilai siapa diri kita sebenarnya. bulan puasa/Ramadhan juga sebenarnya atau bulan yang penuh dengan ujian dan dugaan. Alhamdulillah kalau kita tidak terpesong dari landasan yang boleh merosakkan akidah. Sebab kadang-kala Allah SWT menguji kekuatan iman dan ketakwaan hambaNya lebih lagi di bulan Ramadhan ini. 


Yalah, kalau bulan sebelum ni kita tak pernah mencuri, kadang-kala bulan puasa ni nafsu untuk mencuri tu timbul...yalah...curi makan, curi tidur dan curi melihat dll. Orang lain sibuk menambah amalan, jangan pula kita sibuk menambah amalan juga...tapi amalan yang terpesong dari tuntutan Islam. Janganlah pula kita permudahkan amalan puasa kita ya...jangan bagi alasan yang tidak munasabah untuk ponteng puasa. Apatah lagi pada yang dah tua bangka. Malulah pada anak-anak kecil yang umur 5 - 6 tahun yang dah start belajar puasa. Jangan kita yang umur 50 - 60 tahun pula yang lebih-lebih tak mahu puasa ya. Kecuali bagi yang ada alasan yang betul-betul munasabah macam period ke (bagi pompuan ya, orang lelaki tak period...jangan nak mengada), uzur ke, orang tua yang dah tersangat uzur, ada penyakit tertentu yang melarang dia dari berpuasa...macam orang tua yang ada kencing manis, kadang-kadang dia orang tak boleh puasa sebab dorang bergantung pada ubat, kalau tak boleh collapse...pompuan mengandung yang bimbang mendatangkan mudarat pada baby dalam kandungan ke...tapi jangan lupa...semua tu kena ganti balik bila dah berkemampuan...bukan ponteng puasa lepas tu tak berganti ya...karang kat sana kena menjawab pula...

Lagi satu, bulan puasa ni kalau boleh sama-sama kita kurangkan pembaziran ya...(bab ni kenkadang aku pun terpesong gak ni...). Terutamanya waktu berbuka puasa. Kalau yang masak sendiri sama, apatah lagi yang membeli kat bazar Ramadhan. Kalau masak sendiri untuk berbuka, kenkadang sampai penuh meja. Kat dapur 2 - 3 periuk juadah yang kita masak. Ada gulai ikanlah, rendang ayamlah, sotong masak hitamlah dan macam-macam lagi...Kalau yang ke bazar Ramadhan pula, huhh...tak cukup tangan kanan dengan tangan kiri nak membawa juadah yang dibeli. kalau boleh bawa pakai gigi dengan telinga...mahu penuh tu bergayut...
Bagi aku...tahun ni tak tahu lagi. Tahun lepas alhamdulillah aku berjaya menahan diri dari melakukan pembaziran. Aku cuma beli apa yang aku nak makan je. Kecuali kalau masak,sebab aku tak tahu nak agak nak masak banyak mana, sebab bila masak, kadang-kadang waktu sahur tak rasa nak makan, cuma minum saja. Tapi biasanya kalau aku masak, cuma simple 1 -2 jenis lauk saja dan panaskan sampai sahur. 

Apapun, harap-harap Ramadhan kali ini akan lebih membawa keinsafan pada aku dan memberi keberkatan kepada semua umat Islam di dunia ini...semoga kita terhindar daris ebarang perkara-perkara yang tidak diingini dan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keredhaan dari Allah SWT...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/