20 June, 2012

Solat Sunat Taubat...Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum...actually saya terbaca tentang pengasas Sendayu Tinggi yang berpurdah sekarang. Selepas itu saya teringat, dulu ustaz yang mengajar saya pernah kata, orang Islam boleh bertaubat bila-bila masa, insyaallah Allah SWT Maha Pengampun selagi kita tidak berlaku syirik. So di sinis aya kongsikan hasil penulisan yang saya dapat dari blog bernama548.blogspot.com untuk kita kongsikan bersama...


Mazhab Malik, Syafie, Hanafi dan Ahmad berpendapat bahawa adalah mustahab(digalakkan) bagi seseorang itu melakukan solat taubah. Ini berdasarkan hadith :- dari Abi Bakr ra berkata : aku telah mendengar dari Rasulullah saw berkata :-


ما مِن رجل يُذنب ذنبًا ثم يقوم فيتطهَّر ثم يُصلِّي ـ أي ركعتين ـ ثم يَسْتغفر الله إلا غُفِرَ لَه"، ثمَّ قرأ هذه الآية: (وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ . أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ) (سورة آل عمران:135-136).

"Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat - 2 rakaat - kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :-Danjuga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah danmereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya danakibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. ''-[surah Aali Imran 135-136]" - [Hadith Hasan, riwayat Abu Daud, Al-Nassa'i, Ibn Maajah, al-Bahaqi dan al-Tirmudzi, didalam sahihnya al-Albani ].

Kafiat solat taubah menurut hadith di atas ialah :-

a. Ambil wudhu'
b. Lakukan Solat sunat 2 rakaat
c. Setelah selesai solat, beristigfar / mohon ampun daripada Allah swt.

Solat taubat ini boleh dilakukan pada bila2 masa, melainkan pada waktu-waktu yang dilarang bersolat. Tidak ada bacaan do'a khusus selain dari istigfar selepas solat, dan tidak ada bacaansurah-surah tertentu semasa bersolat. Ulama' mengatakan bahawa memadai membaca surah-surah yang mudah bagi yangmelakukan. Lakukan seperti solat sunat biasa. WA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/