06 June, 2012

Zuriat/Cahayamata/Anak...

Entahlah...semalam aku terbaca satu post dalam fb, seorang suami yang mengeluh kerana tidak dikurniakan dengan cahayamata walaupun telah 9 tahun berkahwin. Dia melahirkan rasa rindu pada pengalaman untuk menjadi seorang ayah...Sebenarnya aku turut simpati dan sedih bila baca post tu. Dan ianya juga buat aku terfikir, apakah agaknya perasaan suami aku...kerana kami juga masih berdua sampai saat ini walaupun telah hampir 12 tahun mendirikan rumahtangga.

Sebagai seorang wanita dan isteri, aku akui, kadangkala aku agak takut melayani perasaan dan kehendak ini. Siapa yang tidak mahukan zuriat sendiri. Sebagai wanita/isteri, terlalu berat bebanan ini untuk aku atau mungkin wanita/isteri lain yang mengalami nasib sama seperti aku. Sepertimana aku, sampai kini aku masih mencari di mana silapnya aku...ujian ini terlalu besar untuk aku...kononnya...

Lalu aku kembali kepada fitrahku sebagai hambaNya...kalau Allah SWT tidak mengizinkan aku memiliki zuriat sendiri bersama suamiku, siapalah aku untuk melawan takdir yang telah ALlah tentukan. KIta boleh berusaha, biar sampai kering darah di seluruh urat dan sendi tubuh, namun kalau Allah SWT tidak mengizinkan...siapalah aku untuk meminta yang lebih-lebih lagi, sedangkan dikurniai dengan nyawa untuk hidup dengan sihat dan gembira sehari lagi pun sudah besar rahmatNya. Aku redha dengan segalanya...

Suamiku? Dia juga kuyakini sama sepertiku. Malah dia yang melarang aku menyebut segala kekurangan ini. Melarang aku dari bersungut betapa rindunya aku pada suara si kecil dalam hidup kami. Katanya...kalau Allah izinkan kami memiliki biarpun seorang zuriat, Dia akan merahmati kami tidak kira lama atau baru kami berkahwin, dan sekiranya Dia tidak mengizinkan kami biarpun seorang zuriat, itulah juga kehendakNya...Lalu siapalah aku untuk terus merintih dan bersedih dengan keadaan ini?

Cuma pandangan, bicara orang sekeliling kadangkala agak dangkal kurasa. Tiada salahnya kami dalam melayari bahtera perkahwinan ini. Cuma rezeki kami bukan dalam bentuk anugerah zuriat. Mungkin mereka tidak tahu, rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tidak tahukah mereka bahawa sampai kini aku dan suamiku, malah mungkin juga pasangan suami isteri yang tidak dikurniai zuriat seperti kami, rumahtangganya lebih harmoni, lebih bahagia, lebih penuh dengan kasih sayang...

Dan pagi ini semasa memandu untuk ke pejabat, aku terfikir...mungkin Allah SWT tidak mengurniai kami dengan zuriat kerana mungkin sekiranya kami mempunyai zuriat, kami tidak dapat menjadi ibu dan bapa yang baik kepada zuriat kami. Mungkin kasih sayang kami tidak akan berkembang seandainya ada orang ketiga (zuriat) antara kami. Aku sedar, aku dan suamiku bukanlah hambaNya yang benar-benar bersedia untuk melahirkan anak yang benar-benar soleh/solehah dan tawadduk kepadaNya...

Namun, walau apapun yang aku fikirkan...harapan dan doa tidak pernah aku putuskan kepadaNya...kerana di satu sisi yang lain, aku tahu, aku ingin dan boleh menjadi ibu yang pengasih dan suamiku ingin dan boleh menjadi ayah yang penyayang dan bertanggungjawab kepada zuriat yang entah bila akan aku miliki...atau mungkin tidak akan pernah dalam hayat ini...aku redha...segalanya hanya Allah SWT yang tahu...semoga ujian Allah ini akan tabah aku dan suamiku lalui...

5 comments:

  1. Semoga ada hikmah atas ujian yg dilalui kakak.

    Sya pun usia perkahwinan mhampiri 3 tahun masih belum dikurnia zuriat. Bila baca coretan kakak mbuatkan sya berfikir yg rupanya ada org lebih lama tempoh ujiannya berbanding kita.

    ReplyDelete
  2. Setiap ujian dari Allah SWT ada sebab musababnya. Mungkin kita kurang sesuatu, tapi kita lebih pula dalam sesuatu...macam kasih-sayang...

    ReplyDelete
  3. Saya 3 tahun tiada. Terasa gelap gelita dunia. Sedih sangat2x.

    ReplyDelete
  4. Kpd kwn2x datanglah ke blog saya www.zuriatzuriat.blogspot.com.

    ReplyDelete
  5. Akk alhamdulillah ssudah 12thn mlayri rmh tngga berdua. Saya dan suami sudah masuk tahun ke5 Allah belum kurniakan zuriat utk kami lagi. Same goes with you saya pun berserah pada Allah. Cuma tahun2 terakhir ni kami giat mempertingkatkan usaha. Marilah kita bersama berdoa utk smua agar dikurniaka zuriat yang soleh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/