08 June, 2012

RUKUN IMAN

   

1. BERIMAN KEPADA ALLAH
 Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negati kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah swt
  
2. BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
 Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah.
  
3. BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
 Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang meminpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN
  
4. BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
 Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW
  
5. BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
 Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalk kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.
  
6. BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
 Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/