20 June, 2012

Bos Baru Cara Baru???

Tajuk entry aku kali ni bos baru cara baru...betul ke kalau kita dapat bos baru, mesti ada beberapa perubahan yang dia akan praktikkan dengan kita staff barunya. Actually betullah kot pernyataan tu. Sebab kalau ikutkan, bos baru aku kali ni adalah bos keenam aku di KL ni. Macam jawatan macam aku ni, bertukar bos tu ibarat menukar baju...Sepanjang aku berpindah ke KL ni dari tahun 2004, hampir 8 tahun, dah 6 orang bos aku...Puratanya setahun sorang kot...canggihkan?

Tapi dalam reramai bos aku tu, yang paling lama aku bekerja dengan beliau adalah bos aku yang baru bertukar baru-baru ni. Hampir 2 tahun 6 bulan aku dengan dia. Start dari dia angkat sumpah jawatan dengan Yang Dipertuan Agong sampailah 14/6/2012 hari tu...So aku menyaksikan sendiri perkembangan atau kemajuan yang dia dah buat kat tempat aku. Sebab tu aku puji dia, dia antara bos yang berada dalam highest ranking aku. Stay calm and stay cool...aku rasa itu prinsip dia. Tegas tapi staff semua suka sebab dia membina satu jambatan yang erat antara bos dan staff. Memang aku respect habis kat dia. Although dia bukan dari bangsa dan agama yang aku anuti, tapi aku rasa he's very neutral. Dia banyak membantu orang susah tak kira bangsa dan agama. He's a christian but he also read tafsir al-quran, and sometimes...aku rasa pengetahuan dia tentang Islam lagi banyak dari orang Islam sendiri, dan dia amat memahami keperluan staff yang beragama Islam. So, dengan segala kebaikan dia tu, aku amat terasa kehilangan bila dia berpindah tempat bertugas. The best part is, dia kata dia pun tak mungkin melupakan aku and 1 lagi colleague aku yang merupakan staff kerajaan dia yang pertama berkhidmat utk dia. Actually he's from private practitioner...so when when he see that we can performed like a private practitioner, he quite impressed with us...(hehehe puji diri sendiri). But that is truth because aku sukakan persaingan dan tak suka ketinggalan...

So cerita tentang bos baru ni pula...I think she is quite okay.  Cannot say much about her because it's only a few days. Tapi yang aku bengkek tu, ada pula sorang hamba Allah ni yang suka ambil kesempatan. Dulu aku dah bengkek dah dengan makcik ni....samalah dia dengan sorang lagi makcik yang selalu buat aku sakit hati tu....maklumlah adik-beradik...kebetulan kerja sekali...perangai pun sama. Makcik tu officer jugalah...masalahnya, pemalas, kerja dia adakah patut disuruhnya kita orang bawahan ni yang buat? Memang aku boleh buat, I know how to do it, it just a piece of cake...tapi ini kerja dia...kalau bos aku tanya, camna dia nak jawab? Mesti nganga punyalah...so nanti sapa yang nak kena explain kat bos baru aku tu? Takkah aku juga...Kalau aku mengadu kata kaki komplen, but it is part of her job. She's been studied about all that. Aku tak study pun menda alah tu...kalau aku terbuat silap, sapa nak jawab??? Yalah, aku cuma staff biasa...Ah, tinggalkan tentang dia...

My first bos kat KL ni nama dia Datuk Zaharah. Kecik cinonet ja orangnya, sama macam bos baru aku ni...kecik comel jek...Dengan Datuk Zaharah, aku kerja tak lama, rasanya dalam 2 -3 bulan. Lepas tu Dato' Rohana. Yang ketiga pula Dato' tengku Maimun...ini pun kecik jugak. So ketiga-tiganya ni iaitu Datuk Zaharah, Dato Tengku Maimun dan Datuk Nor Bee ni ibarat kecil-kecik cili padi. Semua iron lady tu...ada kelas!!! Bos aku yang keempat, Dato' TS Nathan. He's a nice guy. W/pun ada yang tak sukakan dia, tapi aku suka dan boleh get along dengan dia. Aku respect dia sebagai orang yang berpengetahuan dan berpengalaman. Banyak yang aku belajar dari dia. So my 5th boss yang baru bertukar ke Shah Alam tulah...

Apa-apapun, aku mengharap yang terbaik. Aku juga berdoa agar aku mampu mengikut rentak setiap bos aku. Yang baik aku ajdikan teladan dan pengajaran. Yang buruk dan tak baik, akan aku tinggalkan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/