Sebenarnya sebelum ni asyik terbaca atau dengar cerita saja kat suratkhabar ataupun radio tentang diskriminasi terhadap orang Islam...yang harunya aku cuma ingat benda ni berlaku di negara barat atau negara yang majoriti rakyatnya bukan beragama Islam...Tapi kalau berlaku di negara kelahiran aku sendiri, negara yang agama rasminya adalah Islam...aku rasa ada sesuatu yang tak kena telah berlaku di sini...
Ceritanya macam ni, baru-baru ni aku ada pergi bercuti di pulau lagenda Pulau Langkawi di Kedah. Aku pergi selama 3 hari 2 malam dan aku menginap disebuah hotel ...tut...bukanlah sebuah hotel 5 star pun, almaklumlah aku menginap kat situ pun setelah aku ada masuk jadi ahli untuk satu travel agent, so dapat free penginapan percuma. Tapi tak kisahlah percuma atau berbayar, 1 bintang atau berbintang-bintang...
Aku pula seperti biasa memang kaki melepak kat swimming pool...saja suka release tension...muscle and mind tension kat situ...dan seperti entry aku sebelum ni, aku memang ada muslimah swimming suit, dan aku juga abru beli satu lagi baru-baru ni...sebab aku tahu sesetengah hotel mewajibkan pemakaian lengkap baju mandi ketika berada di kolam renang...proper attire kononnya...dan kononnya lagi untuk tujuan kesihatan umum...
Ish tak paham aku, untuk kesihatan umum? Habis kalau yang pakai bikini dengan swimming trunk tu ingat dia orang sihat sangat ke...lagi menyebar penyakit adalah...yalah air dengan skin contact terus...bukannya ada penapis pun...hahaha...apa aku merapu ni? Tapi betulkan? Memang pelik sikit undang-undang yang mat saleh ni buat...yang kita orang Islam ni pun, tak tahu apa-apa...main ikut ja...macam lembu kena cucuk hidung...
Berbalik kisah aku tadi, bila dah sampai kat swimming pool tu aku pun lepak dulu kat atas kerusi kat tepi tu...husband aku awal-awal lagi dah terjun tiruk kat dalam tu...after a few minutes, my husband ajak aku masuk sekali...aku pun dengan semangat berkobar-kobar masuklah kat dalam kolam renang tu. Tapi sebelum tu aku perasan juga, salah seorang lifeguard tu asyik pandang aku semacam je...ah lantaklah bukan aku kacau korang...ingatan akulah...tapi rupa-rupanya aku memang kacau dorang...bila aku turun ja dalam kolam renang tu, terus salah sorang lifeguard tu datang kat aku sambil sorang lagi asyik memerhati aku...dia kata kat aku...akak, akak tak boleh turun...aku tanyalah kenapa? Dia kata 'akak tak pakai proper baju renang". Aku bagitahu dia, ini aku pakai baju renanglah, muslimah swimsuit...dia dia. Lepas tu dia tegur aku lagi...'tapi saya nak tegurlah pasal tudung akak". Aku pun pelik, jadi aku renung dia dengan pandangan semacamlahkan...bayangkan pandangan orang yang confuse + pelik + hairan + terkejut...macamana tu? Kalau orang Kedah kata tu...klip pok klip pok mata dia...Lepas tu mungkin dia terperasan sendiri atau apa-apalah...dia kata...'tak apalah, kali ini saya maafkan, saya lepaskan'
.
Sebagai seorang Muslimah/Muslim di negara Islam...korang pelik tak dengan kejadian tu...kalau dia setakat aku ditegur tentang swimsuit yang aku pakai okay lagi sebab swimsuit tu memang nampak macam jubah seluar sikit, tapi aku rasa tak ada peliknya sekarang...advertisment tentang Muslimah swimsuit dah banyak tersebar di akhbar dan internet...tapi yang dia pegi tegur pasal tudung, itu yang aku musykilkan tu...
Dan yang lebih menjadi masalah pada aku, bila yang tegur tu orang Islam sendiri...
Satu lagi kisah tentang Muslimah swimsuit...kali ni kat Hotel Avillion Port Dickson...aku sebut nama hotel ni sebab aku nak puji pengurusan hotel ni. Aku masuk kolam renang pakai Muslimah swimsuit juga...dan kebetulan waktu aku pergi ada satu keluarga dari Singapore aku rasa...pakai baju memang daringlah...pakai selaur pendek, t.shirt sleeveless dan ketat lagi...memang seksi gila...but then bila aku kat dalam kolam mandi tu, lifeguard kat situ pergi tegur group tu suruh keluar dari swimming pool sebab tak pakai proper...kebetulan dalam swimming pool tu ada aku dan sorang lagi orang kita pakai Muslimah swimsuit juga...so family tu tegur lifeguard tu kata kenapa aku dan sorang lagi perempuan kat situ boleh mandi-manda kat situ...lifeguard tu dengan tegas bagitahu family tu, aku dan perempuan yang sorang lagi tu pakai swimsuit. So tak ada salahnya kami nak mandi manda dan bergumbira kat situ...cuma kami pakai Muslimah swimsuit...itu saja...
Dan aku juga biasa pergi hotel-hotel lain yang lebih berbintang-bintang dari hotel yang tadi, dan tak ada satupun yang menegur pelanggan yang masuk kolam pakai Muslimah swimsuit dan juga tudung...
Okaylah...aku dah lepaskan apa yang terbelenggu di dada aku tentang ketidakpuasan hati aku...kesimpulannya, orang Islam itu sendiri kadangkala mendiskriminasi orang Islam sendiri...mereka lebih takut kalau kita tidak menghormati agama lain, tapi kalau Islam itu sendiri yang diperbodohkan dan dipijak-pijak...mereka langsung tidak peduli...
No comments:
Post a Comment