Aku ni sebenaqnya tengah bengang gila dengan sorang hamba Allah ni. Actually dari semalam lagi aku bengang dgn makcik ni. Mangkuk hayun betullah. Umuq dah bakal bergelar warga emas, tapi tak belajaq-belajaq lagi etika kerja. Selama ni aku pendam ja apa dia buat, marah pun dalam hati. Tapi semalam memang aku lepaih sungguh...
Bukan aku tak perasan, selama ni kalau bersembang atau buat apa-apa yang mendatangkan faedah atau dia jadi tajuk utama, huih dengan bangga dan banyak mulut dia cerita. BIla kita start nak buka mulut cerita tentang hal kita, terus ja dia buat-buat mengantuklah, lapaqlah...lama dah aku dok ushar perangai dia ni.
Tentang kerja pula, aku lagi perasan perangai dia. Kalau nak bilang ikut jari tangan dengan kaki, dah memang tak cukup nak bilang berapa banyak dia maki hamun, sumpah seranah orang. Tak kiralah dalam telefon ka, dalam sms ka ataupu secara berdepan. Aku memang bengkek ja bila dia marah orang yang tak tau apa-apa. Dah banyak kali lawyer's dispatch atau clerk yang kena hambuq dengan dia. Masalahnya, kalau hang nak teguq orang, teguqlah pada orang yang sebenaq. Bebudak dispatch tu cuma tukang hantaq surat ja. Apa yang depa tau. Lagi satu, marah orang, maki hamun orang, tu bukan cara kita nak perbaiki tahap kerja depa. Depa pun manusia macam kita juga. Bukan semua benda kita tau buat kalau tak dak orang tolong ajarkan.
Lagi satu perangai makcik ni, kalau ada benda yang akan mendatangkan faedah kat dia, laju ja dia contact orang tu, contact orang ni suruh bawa itu ini. Ha ni lah bendanya yang aku seranah dia semalam. Aku pun dah tak tahan dah. Cerita dia camni...kan aku cerita aritu aku dapat projek, sebab aku ni tak maulah makan sorang diri, aku pun bagi half share kat dia. Masa nak deal dengan client, semua dia suruh aku, takpalah aku sabaq lagi. Lepas tu bila nak buat surat nak minta collection, kerja dia tak siap lagi, sibuk suruh aku call client utk buat payment. Takpalah aku call. Dalam pada dok buat kerja tu, dia boleh telefon client marah-marah kata kes depa menyusahkan dia. Haiyo makcik, kalau tak mau buat, bagi kat akulah, aku boleh sub kat orang lain...tak yah marah client.
Oklah, bila kerja dah siap, aku siap beberapa hari sebelum dateline lagi, yang dia, hari dateline pun masih terkatik-katik nak siapkan kerja, aku pun faxkan surat utk final payment dari client. Okaylah sebab next day tu client datang dan bagi cek utk kerja yang dilangsaikan. But semalam, client tu call aku, minta aku faxkan semula surat yang aku hantar sebab dia orang tak clear salah satu mukasurat. Sebab surat tu ada kat dia, aku pun minta dia cari dan bagi kat aku. Dia boleh kata, nantilah esok-esok, kak...(tut) malas nak cari...
Aku apa lagi, hanginlah satu badan. Tak syoklah kalau client kata oh waktu nak duit, kerja tak siap lagipun dok berulangkali telefon, bila duit dah dapat, nak minta tolong buat satu benda remeh pun bertangguh. Tak syoklah aku dia buat camtu. Aku tak mau bagi satu pandangan yang buruk pada client aku. Aku soundlah dia...'semua susah, nak minta tolong pun susah, susah nak buat kerja macam ni, pakai otak sendiri saja...'.
Hari ni, dia langsung tak teguq aku. Tapi ada aku peduli. Lagipun dia pun dah nak berambus pi tukaq tempat lain. La ni pun masa lunch time ni, aku tak tau dia dah pi mana...ada aku kesah...tak padan dengan orang tua, perangai macam budak budak. Bukan orang tak kenai dia, semua bebudak kat opis ni takut kat dia. Kalau marah orang, lupa diri. Bila dia kena marah balik...sentot macam nak mampus...Tak larat aku nak layan perangai orang tak professional camtu.
Patutnya makin tua makin sedaq diri, ini tak, makin tua makin menjadi...buat amal tunggang terbalik pun kalau ramai orang dok sakit hati, dok rasa teraniaya kerana hang tak boleh juga...
Apapun, aku doakan semoga perangai hang yang pentingkan diri sendiri dan jelak tu akan berubah dan semoga kehidupan hang akan lebih diberkati dan dirahmati Allah SWT, semoga hang bahagia dunia dan akhirat...
(aku rasa ni first time aku seranah orang dekat opis...tak rasa best pun)
No comments:
Post a Comment