26 June, 2012

Sibuk Lagi

Assalamualaikum. Huhuhu nampaknya aku terpaksa melupakan seketika penulisan dan luahan hati aku kat diary maya aku ni. Sekali lagi aku dilanda kesibukan dan dikejar dateline. Hehehe...almaklumlah aku dapat job lagi. Alhamdulillah. Cuma kali ni aku agak sibuk sebab dulu kalau dapat job aku akan share dengan sorang akak kat opis aku ni. Tapi akak tu dah pindah baru-baru ni. So sekarang terpaksalah aku lari sendirian dikejar dateline. Haru juga sebab client tu cuma bagi tempoh kat aku tak sampai pun 2 minggu...huyoo banyak tu nak disiapkan...10 jam 30 minit tu...apa kata pun berbinau mata dengan pekaklah juga telinga aku...
Macam semalam aku puasa, masa nak menyiapkan kerja ni, rasa macam dok kat awangan saja...macam lagu Marcell dengan Shanti...melayang...
Oklah...nak sambung kerja ni...kang tak siap pulak...kalau tak siap...lambatlah masyuk...hehehe...

20 June, 2012

Panduan Solat Jamak dan Qasar


Salam. Sebelum tu aku nak minta maaf bebanyak sebab untuk artikel ni aku cuma C&P dari blog ustaznoramin.com. Banyak ilmu boleh dapat dari sana...so pada yang malas nak masuk ke sana, aku sebarkan apa yang aku sendiri cari sebenarnya, untuk pengetahuan aku sendiri juga....sambil berkongsi... 

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solatqasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.
 

Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.
 

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untukjamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.
 

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk makajamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar

Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.
Cara Mengerjakan Solat Jamakdan Qasar

Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solatmaghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

Bos Baru Cara Baru???

Tajuk entry aku kali ni bos baru cara baru...betul ke kalau kita dapat bos baru, mesti ada beberapa perubahan yang dia akan praktikkan dengan kita staff barunya. Actually betullah kot pernyataan tu. Sebab kalau ikutkan, bos baru aku kali ni adalah bos keenam aku di KL ni. Macam jawatan macam aku ni, bertukar bos tu ibarat menukar baju...Sepanjang aku berpindah ke KL ni dari tahun 2004, hampir 8 tahun, dah 6 orang bos aku...Puratanya setahun sorang kot...canggihkan?

Tapi dalam reramai bos aku tu, yang paling lama aku bekerja dengan beliau adalah bos aku yang baru bertukar baru-baru ni. Hampir 2 tahun 6 bulan aku dengan dia. Start dari dia angkat sumpah jawatan dengan Yang Dipertuan Agong sampailah 14/6/2012 hari tu...So aku menyaksikan sendiri perkembangan atau kemajuan yang dia dah buat kat tempat aku. Sebab tu aku puji dia, dia antara bos yang berada dalam highest ranking aku. Stay calm and stay cool...aku rasa itu prinsip dia. Tegas tapi staff semua suka sebab dia membina satu jambatan yang erat antara bos dan staff. Memang aku respect habis kat dia. Although dia bukan dari bangsa dan agama yang aku anuti, tapi aku rasa he's very neutral. Dia banyak membantu orang susah tak kira bangsa dan agama. He's a christian but he also read tafsir al-quran, and sometimes...aku rasa pengetahuan dia tentang Islam lagi banyak dari orang Islam sendiri, dan dia amat memahami keperluan staff yang beragama Islam. So, dengan segala kebaikan dia tu, aku amat terasa kehilangan bila dia berpindah tempat bertugas. The best part is, dia kata dia pun tak mungkin melupakan aku and 1 lagi colleague aku yang merupakan staff kerajaan dia yang pertama berkhidmat utk dia. Actually he's from private practitioner...so when when he see that we can performed like a private practitioner, he quite impressed with us...(hehehe puji diri sendiri). But that is truth because aku sukakan persaingan dan tak suka ketinggalan...

So cerita tentang bos baru ni pula...I think she is quite okay.  Cannot say much about her because it's only a few days. Tapi yang aku bengkek tu, ada pula sorang hamba Allah ni yang suka ambil kesempatan. Dulu aku dah bengkek dah dengan makcik ni....samalah dia dengan sorang lagi makcik yang selalu buat aku sakit hati tu....maklumlah adik-beradik...kebetulan kerja sekali...perangai pun sama. Makcik tu officer jugalah...masalahnya, pemalas, kerja dia adakah patut disuruhnya kita orang bawahan ni yang buat? Memang aku boleh buat, I know how to do it, it just a piece of cake...tapi ini kerja dia...kalau bos aku tanya, camna dia nak jawab? Mesti nganga punyalah...so nanti sapa yang nak kena explain kat bos baru aku tu? Takkah aku juga...Kalau aku mengadu kata kaki komplen, but it is part of her job. She's been studied about all that. Aku tak study pun menda alah tu...kalau aku terbuat silap, sapa nak jawab??? Yalah, aku cuma staff biasa...Ah, tinggalkan tentang dia...

My first bos kat KL ni nama dia Datuk Zaharah. Kecik cinonet ja orangnya, sama macam bos baru aku ni...kecik comel jek...Dengan Datuk Zaharah, aku kerja tak lama, rasanya dalam 2 -3 bulan. Lepas tu Dato' Rohana. Yang ketiga pula Dato' tengku Maimun...ini pun kecik jugak. So ketiga-tiganya ni iaitu Datuk Zaharah, Dato Tengku Maimun dan Datuk Nor Bee ni ibarat kecil-kecik cili padi. Semua iron lady tu...ada kelas!!! Bos aku yang keempat, Dato' TS Nathan. He's a nice guy. W/pun ada yang tak sukakan dia, tapi aku suka dan boleh get along dengan dia. Aku respect dia sebagai orang yang berpengetahuan dan berpengalaman. Banyak yang aku belajar dari dia. So my 5th boss yang baru bertukar ke Shah Alam tulah...

Apa-apapun, aku mengharap yang terbaik. Aku juga berdoa agar aku mampu mengikut rentak setiap bos aku. Yang baik aku ajdikan teladan dan pengajaran. Yang buruk dan tak baik, akan aku tinggalkan...


Solat Sunat Taubat...Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum...actually saya terbaca tentang pengasas Sendayu Tinggi yang berpurdah sekarang. Selepas itu saya teringat, dulu ustaz yang mengajar saya pernah kata, orang Islam boleh bertaubat bila-bila masa, insyaallah Allah SWT Maha Pengampun selagi kita tidak berlaku syirik. So di sinis aya kongsikan hasil penulisan yang saya dapat dari blog bernama548.blogspot.com untuk kita kongsikan bersama...


Mazhab Malik, Syafie, Hanafi dan Ahmad berpendapat bahawa adalah mustahab(digalakkan) bagi seseorang itu melakukan solat taubah. Ini berdasarkan hadith :- dari Abi Bakr ra berkata : aku telah mendengar dari Rasulullah saw berkata :-


ما مِن رجل يُذنب ذنبًا ثم يقوم فيتطهَّر ثم يُصلِّي ـ أي ركعتين ـ ثم يَسْتغفر الله إلا غُفِرَ لَه"، ثمَّ قرأ هذه الآية: (وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ . أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ) (سورة آل عمران:135-136).

"Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat - 2 rakaat - kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :-Danjuga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah danmereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya danakibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. ''-[surah Aali Imran 135-136]" - [Hadith Hasan, riwayat Abu Daud, Al-Nassa'i, Ibn Maajah, al-Bahaqi dan al-Tirmudzi, didalam sahihnya al-Albani ].

Kafiat solat taubah menurut hadith di atas ialah :-

a. Ambil wudhu'
b. Lakukan Solat sunat 2 rakaat
c. Setelah selesai solat, beristigfar / mohon ampun daripada Allah swt.

Solat taubat ini boleh dilakukan pada bila2 masa, melainkan pada waktu-waktu yang dilarang bersolat. Tidak ada bacaan do'a khusus selain dari istigfar selepas solat, dan tidak ada bacaansurah-surah tertentu semasa bersolat. Ulama' mengatakan bahawa memadai membaca surah-surah yang mudah bagi yangmelakukan. Lakukan seperti solat sunat biasa. WA.

18 June, 2012

Pak Ngah Nik Jon Meninggal Dunia - 17/6/2012

Terkejut, tak sangka dan sedih...itu perasaan aku hari ni. Pak Ngah aku, iaitu adik ayah aku meninggal dunia semalam. Menurut kakak aku, dia meninggal di Hospital Jitra akibat pendarahan dalaman. Aku pun tak tahu pendarahan disebabkan apa. Sebab tu kami semua terkejut. Sebab sebelum ini, yang kami tahu dia hanya ada penyakit kencing manis. Tapi sekarang aku teringat juga pada arwah Pak Long Manshor yang meninggal dunia akibat sakit di dalam perut...Actually Pak Long Manshor, Pak Ngah Md Zin/ Nik Jon adalah adik-adik ayah berlainan ibu...tapi hubungan kami memang rapat...mungkinkah mereka meninggal akibat masalah yang sama? Entahlah...tapi dalam family aku, kami memang ada yang mengidap kanser...macam sepupu aku anak Pak long Manshor yang meninggal akibat barah payudara...

Apapun, peristiwa ini memang mengejutkan. Tadi kakak aku yang tinggal di Sarawak call. Dia pun terkejut. Dan satu lagi, dia kata...ayah aku mesti sedih sebab adik-adik dia pergi duhulu sebelum dia...

Apapun, kepada sepupu-sepupu aku, Yati, Adik Teh, Faezah dan Nazmi serta Mak Ngah Solehah, takziah aku ucapkan. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian Allah SWT. Aku doakan semoga Pak Ngah ditempatkan disisi hambaNya yang beriman dan dikalangan orang-orang yang syahid...sebab kalau tak silap aku, seseorang yang meninggal dunia kerana sakit di dalam perut, tergolong dalam kalangan orang yang mati syahid kecil...apa-apapun, hanya Allah yang lebih tahu...Alfatihah...

15 June, 2012

New Environment

Huhuhu...new environment...


new environment...huhuhu, i'm very sad today because today is the last day i'm served the best boss I've ever worked with. He has been transferred to Shah Alam HIgh Court. For me, working with him is the best opportunity for me and to the other staffs. He teach us many things...about works, about life and how to  respect each other. No matter what ranking you are, you just an ordinary human... you just a servant to Allah SWT, a follower to a religious that you are believes, to live and to die for.

And also today...i will get a new boss. Tidak tahu apa yang perlu dijangkakan. Sepanjang hampir 17 tahun dalam perkhidmatan awam, ini merupakan kali keenam aku menerima bos baru. Aku hanya mampu berserah kepada Allah SWT, pray just for a good things to be happened to me in the future. Rumours are still a rumours...nobody can tell what would happen in the future.

Like before, I  just flow like a water...just follow what she ask for. I will try my best to do what she want...hopefully she will happy with me...and satisfy with what I'm doing...

To my ex boss, thank you so much for being such a great boss, such  understanding and moreover...suka belanja kitaorang makan...hahaha...

13 June, 2012

Surah Untuk Diamalkan Ketika Mengandung






Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad
(Maryam 19:1) |  | English Translation
A002
(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
(Maryam 19:2) |  | English Translation
A003
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
(Maryam 19:3) |  | English Translation
A004
Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
(Maryam 19:4) |  | English Translation
A005
Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
(Maryam 19:5) |  | English Translation
A006
Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".
(Maryam 19:6) |  | English Translation
A007
(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
(Maryam 19:7) |  | English Translation
A008
Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"
(Maryam 19:8) |  | English Translation
A009
Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
(Maryam 19:9) |  | English Translation
A010
Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat".
(Maryam 19:10) |  | English Translation
A011
Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
(Maryam 19:11) |  | English Translation
A012
"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
(Maryam 19:12) |  | English Translation
A013
dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.
(Maryam 19:13) |  | English Translation
A014
Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.
(Maryam 19:14) |  | English Translation
A015
Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).
(Maryam 19:15) |  | English Translation
A016
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.
(Maryam 19:16) |  | English Translation
A017
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
(Maryam 19:17) |  | English Translation
A018
Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
(Maryam 19:18) |  | English Translation
A019
Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".
(Maryam 19:19) |  | English Translation
A020
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"
(Maryam 19:20) |  | English Translation
A021
Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
(Maryam 19:21) |  | English Translation
A022
Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
(Maryam 19:22) |  | English Translation
A023
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
(Maryam 19:23) |  | English Translation
A024
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
(Maryam 19:24) |  | English Translation
A025
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
(Maryam 19:25) |  | English Translation
A026
"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".
(Maryam 19:26) |  | English Translation
A027
Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!
(Maryam 19:27) |  | English Translation
A028
" Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!"
(Maryam 19:28) |  | English Translation
A029
Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
(Maryam 19:29) |  | English Translation
A030
Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
(Maryam 19:30) |  | English Translation
A031
Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
(Maryam 19:31) |  | English Translation
A032
" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.
(Maryam 19:32) |  | English Translation
A033
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
(Maryam 19:33) |  | English Translation
A034
Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
(Maryam 19:34) |  | English Translation
A035
Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
(Maryam 19:35) |  | English Translation
A036
Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul - lurus ".
(Maryam 19:36) |  | English Translation
A037
Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.
(Maryam 19:37) |  | English Translation
A038
Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata
(Maryam 19:38) |  | English Translation
A039
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
(Maryam 19:39) |  | English Translation
A040
Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
(Maryam 19:40) |  | English Translation
A041
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.
(Maryam 19:41) |  | English Translation
A042
Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?
(Maryam 19:42) |  | English Translation
A043
" Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.
(Maryam 19:43) |  | English Translation
A044
" Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.
(Maryam 19:44) |  |
A045
" Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka".
(Maryam 19:45) |  | English Translation
A046
(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".
(Maryam 19:46) |  | English Translation
A047
Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
(Maryam 19:47) |  | English Translation
A048
Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".
(Maryam 19:48) |  | English Translation
A049
Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.
(Maryam 19:49) |  | English Translation
A050
Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.
(Maryam 19:50) |  | English Translation
A051
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.
(Maryam 19:51) |  | English Translation
A052
Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami.
(Maryam 19:52) |  | English Translation
A053
Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi.
(Maryam 19:53) |  | English Translation
A054
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.
(Maryam 19:54) |  | English Translation
A055
Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!
(Maryam 19:55) |  | English Translation
A056
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi.
(Maryam 19:56) |  | English Translation
A057
Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
(Maryam 19:57) |  | English Translation
A058
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
(Maryam 19:58) |  | English Translation
A059
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
(Maryam 19:59) |  | English Translation
A060
Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -
(Maryam 19:60) |  | English Translation
A061
(Iaitu) Syurga " Adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.
(Maryam 19:61) |  | English Translation
A062
Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa).
(Maryam 19:62) |  | English Translation
A063
Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami.
(Maryam 19:63) |  | English Translation
A064
Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa, -
(Maryam 19:64) |  | English Translation
A065
"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"
(Maryam 19:65) |  | English Translation
A066
Dan manusia (yang kafir) berkata: "Apa! Apabila aku mati, adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?"
(Maryam 19:66) |  | English Translation
A067
Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun?
(Maryam 19:67) |  | English Translation
A068
Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.
(Maryam 19:68) |  | English Translation
A069
Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka.
(Maryam 19:69) |  | English Translation
A070
Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dangan api neraka itu.
(Maryam 19:70) |  | English Translation
A071
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
(Maryam 19:71) |  | English Translation
A072
Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.
(Maryam 19:72) |  | English Translation
A073
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman: "Puak yang manakah (dari kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?
(Maryam 19:73) |  | English Translation
A074
Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.
(Maryam 19:74) |  | English Translation
A075
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, - sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya."
(Maryam 19:75) |  | English Translation
A076
Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.
(Maryam 19:76) |  | English Translation
A077
Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan (wahai Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami serta ia berkata: "Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat?"
(Maryam 19:77) |  | English Translation
A078
Adakah ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib, atau adakah ia telah membuat perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya?
(Maryam 19:78) |  | English Translation
A079
Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya, dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda.
(Maryam 19:79) |  | English Translation
A080
Dan Kami akan warisi (harta benda dan anak-pinak) yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada kami dengan seorang diri.
(Maryam 19:80) |  | English Translation
A081
Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.
(Maryam 19:81) |  | English Translation
A082
Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.
(Maryam 19:82) |  | English Translation
A083
Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?
(Maryam 19:83) |  | English Translation
A084
Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.
(Maryam 19:84) |  | English Translation
A085
(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.
(Maryam 19:85) |  | English Translation
A086
Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga.
(Maryam 19:86) |  | English Translation
A087
Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!.
(Maryam 19:87) |  | English Translation
A088
Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
(Maryam 19:88) |  | English Translation
A089
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
(Maryam 19:89) |  | English Translation
A090
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -
(Maryam 19:90) |  | English Translation
A091
Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
(Maryam 19:91) |  | English Translation
A092
Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.
(Maryam 19:92) |  | English Translation
A093
Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.
(Maryam 19:93) |  | English Translation
A094
Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu.
(Maryam 19:94) |  | English Translation
A095
Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.
(Maryam 19:95) |  | English Translation
A096
. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
(Maryam 19:96) |  | English Translation
A097
Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.
(Maryam 19:97) |  | English Translation
A098
Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.
(Maryam 19:98) |  | English Translation



Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Alif, Laam, Miim.
(Luqman 31:1) |  | English Translation
A002
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
(Luqman 31:2) |  | English Translation
A003
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
(Luqman 31:3) |  | English Translation
A004
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
(Luqman 31:4) |  | English Translation
A005
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
(Luqman 31:5) |  | English Translation
A006
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
(Luqman 31:6) |  | English Translation
A007
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
(Luqman 31:7) |  | English Translation
A008
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,
(Luqman 31:8) |  | English Translation
A009
Kekallah mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Luqman 31:9) |  | English Translation
A010
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.
(Luqman 31:10) |  | English Translation
A011
Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.
(Luqman 31:11) |  | English Translation
A012
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(Luqman 31:12) |  | English Translation
A013
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(Luqman 31:13) |  | English Translation
A014
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman 31:14) |  | English Translation
A015
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Luqman 31:15) |  | English Translation
A016
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
(Luqman 31:16) | | English Translation
A017
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman 31:17) | | English Translation
A018
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Luqman 31:18) |  | English Translation
A019
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
(Luqman 31:19) |  | English Translation
A020
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
(Luqman 31:20) |  | English Translation
A021
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?
(Luqman 31:21) |  | English Translation
A022
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Luqman 31:22) |  | English Translation
A023
Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
(Luqman 31:23) |  | English Translation
A024
Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.
(Luqman 31:24) |  | English Translation
A025
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
(Luqman 31:25) |  | English Translation
A026
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
(Luqman 31:26) |  | English Translation
A027
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Luqman 31:27) |  | English Translation
A028
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Luqman 31:28) |  | English Translation
A029
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Luqman 31:29) |  | English Translation
A030
Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
(Luqman 31:30) |  | English Translation
A031
Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
(Luqman 31:31) |  | English Translation
A032
Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.
(Luqman 31:32) |  | English Translation
A033
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
(Luqman 31:33) |  | English Translation
A034
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
(Luqman 31:34) |  | English Translation



p/s: - untuk surah-surah lain tu, korang pandai-pandai cari sendirilah...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...kalau inginkan anak yang soleh/solehah, rajin-rajinlah amalkan surah-surah ini, kerana Allah SWT Maha Mendengar...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/