02 August, 2012

SOLAT SUNAT DHUHA


Tadi tetiba aku terlintas nak menunaikan solat Dhuha. Aku rasa inilah kali pertama aku lakukan setelah meninggalkan alam persekolahan. malu rasanya nak tulis di sini. Tapi itulah hakikatnya. Kalau hendak ditulis alasan, rasanya tak akan pernah habis dengan alasan kenapa aku tak buat amalan sunat ni. Apapun alhamdulillah, sempena Ramadhan kali ini Allah SWt membuka pintu hati aku untuk menunaikan ibadah ini...terima kasih Ya Allah...kepadaMu hambaMu ini berserah...


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Cricket players on the field at half time

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/