02 August, 2012

Biskut Apa Nak Buat Raya ni?

Korang biasanya beli atau buat sendiri kuih raya ya? Aku biasanya beli saja. Kalau aku buat pun maybe kek. Tapi rasanya aidilfitri kali ni teringin nak bakinglah. Apa kuih raya yang famous sekarang ni ya? Setakat ni dalam senarai aku of course biskut Arab kegemaran aku dengan biskut cornflakes. Lepas tu aku tengok fancy cookies pun amcam menarik saja...dan juga cheese tart. Bahan-bahan dah beli, tapi tak tau nak buat kuih apa...

Kalau kek pula aku nak buat red velvet. Sebab ini special request dari my sis and anak saudara. lepas tu rasa nak buat kek karamel and kek pandan kaya. Tapi itu semua baru perancangan. Tak tahulah jadi ke idaknya. Hehehe...actually aku juga dah apply cuti 2 hari iaitu 16 dan 17 Ogos ni sebab nak buat kuih raya...kononnyalahkan...

Harap-harap Allah SWT permudahkan aku dan memberi aku kekuatan untuk memulakan projek aku ni...amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/