
Lagi satu aku booking kat hotel KL International. Kali ni kami nak pergi pada hari jumaat 17/8. Sengaja pilih tarikh tu sebab esoknya dah nak balik kampung. Husband kata tak yah masak. lagi pun KLIH buat promosi. Untuk 3 hari terakhir ramadhan, beli 1 percuma satu. So bayar RM52 untuk 2 orang. Okaylah kot rasanya...

Actually aku tak pernah pegi pun hotel ni...tak tahu best ke tak.
Aku ni yang rasa membazir nak makan kat hotel bulan puasa ni bukan apa, bulan puasa ni bukannya kita boleh makan banyak mana pun. Lepas tu terkejar-kejar nak sembahyang maghrib lagi...penat dan mengah rasanya...Kalau bukan bulan puasa, biasanya kita boleh lepak lama-lama kat hotel tu...bulan puasa tak kuasa rasanya aku nak melepak kat hotel lelama...hmmm...
No comments:
Post a Comment