30 August, 2012

Lagu Baru

Amacam? Dah dengar track lagu baru kat blog aku ni? Okay dak? Pada aku okaylah...saja nak tukar selera pulak...aku just upload je apa lagu yg aku jumpa. Cuma ada beberapa lagi diantaranya tu yang memang aku suka macam lagu Anuar Zain - Ketulusan Hati dgn Jangan bersedih Lagi, lepas tu lagu-lagi Allahyarham Sudirman - Hujan dan Warisan, ada Marcell dgn lagu Semusim, Siti Nurhaliza dgn lagu Purnama Merindu dan Diari Hati.

Jangan tak tahu, aku juga peminat lagu-lagu rock. Aku cukup suka lagu-lagu kumpulan Scorpions dan Wings...Kalau Scorpions aku suka lagu Wind of Change dan banyak lagu. Lagu Wings pula aku suka lagu Kau Ratuku...

Lagu Rahmat Ekamatra dengan Aishah pun ada beberapa lagu yang aku suka...

Eh melalut pulak aku...kalau korang suka, korang dengarlah sendirik...

Panduan Untuk Kusyuk Ketika Berdoa



dapat picture ni kat fb...nama bloggernya ada tercatat di situ...terima kasih untuk panduan kita semua...

Petua Imam Shafie - Untuk panduan kita semua


Kalau kita tengok dekat kolum 4 perkara yg menajamkan fikiran tu...ada dikatakan bercakap dgn orang soleh dan bergaul dengan para ulama'...mungkin susah kita nak jumpa orang soleh dan ulam' dalam hidup kita sekarang...tapi ada dua lagi amalan yang mampu kita buat tanpa perlu berusaha keras mencarinya...hanyalah kurangkan bercakap dan selalulah gosok gigi...

Macamana nak kurangkan bercakap...banyak benda kita boleh buat. Salah satunya adalah dengan membaca. Tak kisahlah baca apa pun, majalah ke, surat khabar ke, komik ke...tapi lagi bagus kalau kita baca buku-buku agama seperti sejarah Nabi dan Rasul, para anbiya, para shuhada dll atau pun majalah keagamaan...nak lagi bagus, baca Al-Quran. Dosa kita tak tambah...pahala pula yang menimbun...Tapi biarlah ikhlas ya...jangan kerana nak menunjuk-nunjuk pulak...

Gosok gigi? Benda senang beb! Tapi adakala susah juga bagi sesetengah orang nak bersugi/gosok gigi ni. Kat Malaysia sekarang pun dah ada sesetengah syarikat yang dah pasarkan kayu sugi...kalau susah nak jumpa...berus gigi pun banyak...pilih saja yang mana sesuai dan berkenan. (Kalau aku...aku suka guna berus gigi colgate yang jenis soft. Aku akan tukar setiap 2 bulan sekali). Kat bawah ni aku senaraikan kelebihan bersugi/gosok gigi ya...


"Bersugilah kamu,sesungguhnya di dalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan dari ALLAH S.W.T." Sabda Rasulullah S.A.W Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A
Kayu Sugi diperbuat dari akar pokok "Araak"(Salvadora Persica).

Hikmah dan faedah
~Membersihkan gigi,lidah dan mulut.
~Melindungi dari kerosakan gigi.
~Menguatkan gusi dan gigi.
~Menghilangkan bau busuk mulut.
~Menambah selera makan.
~Mencerahkan mata.
 
Diriwayatkan sepotong hadis, solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solah yang dikerjakan tanpa bersugi. Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda, hendaklah kamu mengambil berat tentangbersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah:
 
1) membersihkan mulut
2) menjadi sebab keredhaan Allah s.w.t
3) menyebabkan kemarahan syaitan
4) Allah dan para malaikat mengasihi orang bersugi
5) menguatkan gusi
6) menghilangkan gelema
7) mewangikan mulut
8) menghapuskan safra' (sejenis penyakit)
9) menguatkan pandangan mata
10) menghilangkan bau busuk mulut


(untuk petua-petua lain, nanti aku ulaskan kemudian...hehehe...insyaallah. Kena satu-satu tak boleh tergesa-gesa...)

Raya Lagi dan Lagi

Hehehe...banyak cerita la pulak tentang raya aku tahun ni...actually setiap tahun pun sama je banyaknya cerita aku. Cuma tahun ni aku rajin sikit nak merekodkan sejarah yang tercipta di sini. Kot-kot aku rajin nanti, or bila aku dah tua, nak flashback balik kat anak cucu dan cicit kemeriahan raya nenek dorang ni...(itupun kalau blog ni masih wujudlah...ahaks)

Korang pergi sembahyang raya tak? Aku mengaku terus terang, dah lama aku tak berkesempatan pergi sembahyang raya. Adakalanya aku akan period time raya dan adakalanya aku terlalu sibuk pepagi raya sampai tak sempat nak pergi sembahyang raya. Yalah duduk di kampung bukan macam duduk di bandar. Rumah boleh kunci sebab nak pergi masjid untuk sembahyang raya. Kalau di kampung...kampung akulah...pagi-pagi buta kadang-kadang kita tak sempat nak mandi pun lagi (sebab bilik air cuma ada dua, so kena tunggu giliranlah...), dah ada budak-budak yang datang beraya. Itu belum campur dengan juadah yang belum siap di masak kat atas dapur...

Macam tahun ni, pagi-pagi buta lepas sembahyang subuh, dah kelam-kabut pergi seterika baju hubby. Malam raya tak sempat nak iron sebab sibuk buat ganache utk kek coklat dan krim utk kek red velvet sambil kemas rumah itu ini. Actually dah pesan anak saudara suruh tolong ironkan, dia tak ironlah pulak...hish budak ni...memang nak kena rotan dah ni...Sambil-sambil tu sibuk tengok anak saudara aku yang berderet tu riuh-rendah main bunga api...(sambil aku kenkadang join main sekali...sampai kena marah dengan kakak aku sebab aku pula yang lebih-lebih...hehehe...sesekali jadi bebudak balik...syok apa)

Lepas seterika baju hubby...sibuk lagi di dapur. Sebabnya raya tahun ni kakak suruh masak nasi tomato. Dengan versi ala hitler aku bagi arahan dekat kakak dengan anak saudara suruh sedia apa yang patut...blender bawanglah, cililah...semua kena kerahan tenaga...yalah nak sediakan dalca sayuran lagi, nak buat ayam masak merah lagi dan juga acar. Nasib baik kakak aku si Kak Chik dah goreng ayam tu siap-siap semalam. Kakak aku yang sorang lagi pula sebab dah siap berbaju baru, tolong kupas sayur untuk dalca dan acar...nasib baik ada ramai nak menolong...


Tapi walau penat bagaimana pun, yang penting semua happy dan dapat makan dengan kenyang hari raya aritu. Hubby aku pun bangga sebab bini dia masak sedap dan ramai orang puji...hehehe secara kebetulan saja tu...tapi aku cuma masak nasi dengan ayam tomato sahaja sebab lepas tu aku pun sibuk nak mandi dan beraya juga. Dalca dengan acar, kakak aku yang buatkan. Alhamdulillah semua saudara mara dan bebudak yang bertandang puji juadah kita sekeluarga hari tu. Yang syoknya ada seorang budak lelaki datang, siap puji lagi kata sedaplah...Cuma yang tak best, baju raya aku habis comot dengan sambal ayam tomato...terpercik sana-sini...nak buat camno...


(Korang tengoklah baju aku tu...penuh stains)...tapi takpa demi korang saudara-saudaraku dan orang kampungku...aku rela comot...but mak maintain ayu ko...(ahaks...puji sendirik...kalau tak sapa lagi nak puji)

Tapi betullah, hari raya memang tak boleh nak kontrol makan. Semua nampak sedap. Lagi pun kalau bertandang rumah orang takkan kita tak makan pulakan? Nanti orang kata apa pula. So aku...lepas hubby balik dari sembahyang raya, aku pergi rumah mak saudara kat tepi rumah tu. Kebetulan sepupu aku buat laksa lemak...apa lagi...balun sajalah...lepas tu pergi rumah long aku pula. Dia pun sepupu aku buat laksa juga. Cuma kali ni laksa utara. Makan lagi...Selepas tu pergi rumah saudara aku dekat situ-situ juga. Ambik kesempatan ziarah dia sebab suami dia baru meninggal dunia dan dia pun masih dalam edah. Di rumah dia, di jamu pula dengan tapai pulut. Makan lagi...So apa kata pun, raya adalah hari untuk makan, makan dan makan...(bohonglah kalau ada yang kata pergi bertandang ke rumah orang untuk beraya langsung tak jamah juadah yang dihidangkan...kerek sangat ke korang tak makan juadah yang orang hidangkan untuk kita...)

Petangnya pula...semua pakat-pakat rehat kat rumah sebab ramai dah adik-beradik yang datang ke rumah. Riuh-rendah jadinya. Masing-masing dengan cerita masing-masing. Tapi alhamdulillah semua saudara, anak-anak saudara dan sepupu dapat duduk sekali dan bergembira meraikan hari raya. Dalam hati aku teringat...mesti arwah mak gembira dengan suasana tersebut...kami semua anak, cucu dan cicit memeriahkan rumah pusaka yang mak tinggalkan dalam suasana yang gembira dan harmoni...(kami semua sayangkan mak/tok Aa)



Actually banyak lagi gambar yang kami snap ari raya aritu...tapi kamera masing-masing...bukan senang nak kumpul...nanti bila aku dapat aku upload kat sini...

29 August, 2012

Kenapa Diciptakan Neraka?

Ini satu kisah yang saya dapat dari FB. Menarik untuk kita jadikan panduan kalau ditanya oleh sesiapa sahaja tentang kenapa Allah SWT menjadikan syurga dan neraka...
 
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

28 August, 2012

Demam!!!

Hua...aku demam selesemalah pula sejak semalam. Kepala pun dah rasa berat ni...hidung langsung tak boleh nak bernafas dengan betul. Sebelah okay, sebelah lagi tersumbat...silih berganti...mata pun dah berair sakan...penat ni...

Rasanya sebab perubahan cuaca ni...balik Kedah aritu pun cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Tapi bila balik KL ni ditambah dengan pencemaran lagi...lagi teruk aku kena...

Ni pula petua yang aku godek-godek kat blog ciklin...entah betul entah tidak tak tahulah aku...tapi bagus juga...terutama bab yang makan eskrem vanila tu...ahaks...


Kanak-kanak/bayi

1. bykkan bayi minum airmasak
2.selsema- letak hidung bayi dengan kunyit hidup
cara:tumbuk halus kunyit hidup.. dan ambil air kunyit sapukan dihidung
 Kanak-kanak/Dewasa

1. Makan Aiskrim Vanilla (sgt bagus okeh)
2. minum air masak banyak-banyak

3. Selsema- Rendam kaki dalam air panas suam berlimau NIPIS atau KASTURI.
cara: sebaldi air yg telah dicamput air limau(dalam 5 biji camtu)
Kemudian tutup kepala dengan tuala..dan halakan muka diwap2 air tadi....
insyallah selsema akan berkurangan dan kering...

27 August, 2012

Anak Saudara Lagi-Ammar Faidz/Cikonet 1


Ni pun anak-anak sedara aku juga ni...Yang pakai naju warna biru firus tu anak kakak aku yang pertama, nama dia Aiman Muslim. Yang baju merah 3 orang tu anak kakak nombor 2. Yang depan sekali nama Siti NurSyazliana, yang tengah tayang jari kat depan muka tu namanya Siti Nursyahirah/kakak dan yang bersongkok kat belakang tu nama Muhamad Shahril Hafiz. Dan cikonet yang kat depan tu abang kepada Arief Fahim...nama Muhamad Ammar Faidz...

Umur masing-masing Aiman dgn kakak 17 tahun...nak ambik SPM tu hujung tahun ni...aku doakan depa akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM dan hidup masing-masing. Shahril Hafiz/Chik pula form 1. Siti NurSyazliana/Nana pula baru darjah 4...tapi tinggi gila...dah sama tinggi dengan aku...Ammar pula 4 tahun lebih...budak montel...

Tapi kalau korang perasan, dalam family aku, ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang kurus, ada yang berbadan besar aka montel...nak buat camna...baka campuran katakan...itu korang tak tengok abang aku yang nombor 2. Arwah mak aku kata macam benggali juai roti...

Anak Sedara - Arief Fahim/cikonet 2


Ni pula anak saudara aku yang paling tecik...baru umur 2 tahunh lebih...namanya Arief Fahim...baru pandai cakap sikit-sikit. Nakal giler...

Kat atas ni konon-konon beraksi kena kidnaplah ni...kena kidnap dengan mak menakan dia...tiap kali aku telefon, mesti dia nak cakap sama...baru pandai panggil 'cik'...(singkatan makcik). Kalau aku tanya nak ikut aku dak...dia akan jawab 'mau' sambil geleng kepala...maknanya tak mahulah tu...

Cucu

Hehehe...jangan tak percaya, aku dah bergelar nenek/tok/maktok/granny/grandma ya...dan jangan tak percaya...cucu aku dah 7 orang...Yang paling tua nama Adam Hakimi, kedua Farhani, ketiga Hawa, Ke-4, Zarith, Ke-5 Sofia Elma Ulfa (kenkadang depa panggi elmo, macam dalam sesame street tu...mama dia yang panggi...cian dia...), ke-6 - si kecik yang aku tengah pegang ni...baru 3 - 4 bulan kot umur dia...nama fatihah, adik kpd Farhani...dan yang latest addition adalah Zara, adik kepada Zarith...masih dalam pantang...

Nenek glamour kata member aku...jangan tak tau, hari raya hari tu kami berkumpul 5 generasi.... Kami dok pakat gelak kat mak sedara aku...glamour gila tapi dah ada cicit...Tu yang nakpak tudung tepi aku tu mak sedara akulah...kerja kat jabatan penilaian...So si kecik ni dah jadi cicit dia...hahaha...

Cerita Raya - Perjalanan Balik kampung

Biasalahkan...mood raya tak habis lagi...ni nak cerita kisah aku balik kampung aritu. Aku balik pada ahri Sabtu 18/8/2012. Saja balik lewat sebab nak masak apa yang patut dulu. Aku buat kek coklat, kek karamel dengan kek red velvet dan beberapa jenis biskut. Buat serba sedikit. Setiap satu cuma satu adunan saja. Sambung balik pasai balik kg tu. Lagi satu aku sengaja balik hari Sabtu tu konon-kononnya nak mengelak jam. Sebab andaian aku sekolah ditutup pada 16 dan 17/8/2012, dan lagi semua syarikat konsesi lebuhraya bagi rebat tol pada tarikh-tarikh tu. So aku ingat mesti dah ramai yang serbu balik awal...

Hari Sabtu lepas subuh dalam pukul 6.15 macam tu, aku pun berangkatlah dengan cik abang aku...ceh...rupa-rupanya aku telah tersilap perkiraan. Jalan jam gila...lepas keluar tol duta okay lagi...lepas saja Behrang aku dah kena buat brek mengejut...yalah...sedap-sedap lari 110 kmj tetiba kereta depan brek mengejut...apa lagi...berdesit brek saya tekan...dalam hati Allah sahaja yang tahu...kereta kat belakang pun aku tengok macam dah lintang pukang mengelak...nasib baik kereta kat lorong tengah tak ada banyak, sempat 2 bijik kereta kat belakang aku mengelak...aku rasa kalau tak sempat tu...memang kereta aku dah teruk kena hentam...syukur alhamdulillah Allah SWT menyelamatkan aku dan suami sepanjang perjalanan balik hari tu. Hangit bau tayar...

Lepas kejadian tu aku tak duduk lorong laju dah. Walau pun aku still drive 100 - 110 kmj, tapi risiko drive kat lorong paling kanan lagi bahaya. Yang aku geram, kejadian macam tu boleh dielakkan kalau ada hantu-hantu drift yang suka cilok lorong kecemasan lepas tu masuk lorong paling kanan secara mengejut...Sebab sepanjang pemerhatian aku hari Sabtu 18/8/2012 tu, kejadian brek mengejut kat lorong laju memang sebab hantu-hantu tulah...Dorang nilah punca tercetusnya siri kemalangan kat lebuhraya...Dahlah masuk mengejut, signal apa pun tak bagi...bengong betul...

Memanglah PLUS ada buka lorong kecemasan di beberapa kawasan. Tapi aku lagi prefer kalau PLUS buka lorong tambahan macam tahun-tahun lepas. Sebab bila buka lorong kecemasan, macam tulah jadinya...
So dok menghenjutlah sepanjang lebuhraya Utara Selatan...sampai ke Slim River, lepas tu sambung pula sampai ke Terowong Menora...aku rasa aku drive dalam 20 kmj ja...naik lenguh kaki dok menekan brek...Cuaca pula kebetulan redup hari tu, sejuk sangat...aku dengan hubby asyik nak terkucil.

Persinggahan R&R pertama dekat Ladang Bikam...fuyyoo...ramainya hamba Allah...aku ingat orang Islam/Melayu sahaja...kaum lain pun sama banyak ramainya. Dekat R&R Simpang Pulai pun macam tu juga, dekat R&R Sungai perak pun sama...Yang dekat Sungai Perak aku geram kat satu mamat naik Saga BML warna purple. Kita ni dahlah beratur panjang tunggu giliran nak isi minyak, dia boleh dengan senang hati nak cilok...amboi senang hati laki bini dia ja. Lepas tu boleh dok sengih-sengih pula tu laki bini kat aku. Sorry aku nak bagi mencelah kat depan aku. Belakang aku pun ramai lagi orang yang ada etika yang ikut giliran. Woi mangkuk...ada etika la sikit. Orang lain pun dah penat juga terperangkap dalam jam bukan korang ja...

Lepas tu bila berhenti dan nak naik kat atas R&R kat Sungai Perak tu, kan ada escalator nak naikkan. Kebetulan kat depan aku ada satu family dengan anak kecik yang sibuk nak nak jalan sendiri atas escalator tu. Aku faham perangai budak ni. Tapi yang aku nak geram tu, waktu tu kan orang tengah ramai, tak payahlah layan karenah budak tu. Yalah, escalator tu kan bergerak. bila sampai kat tingkat atas, family tu satu keluarga berhenti depan escalator dok melayan budak kecik tu...kami yang kat belakang ni dah tertolak-tolak...bahaya betul. Pada sesiapa yang berkenaan dalam family tu, aku minta maaf bukan niat aku nak berkasar, tapi aku cuba nak elakkan kejadian lebih buruk dari berlaku...sebab tu aku tolak dorang dan suruh dorang pergi berkumpul di tepi...bahaya jangan diundang. Kita boleh elakkan benda buruk dari berlaku dengan izin dariNya kecuali ajal.

Lepas tu, dah masuk ke dalam tandas...aku terkedu tengok satu toilet tu...penuh dengan darah period...pengotor betul. Kalau orang dulu-dulu...alamat teruklah orang tu kena kianat...kalau dah menitik kat tepi lubang toilet tu...cucilah...perempuan, tapi pengotor...buat malu saja...geram aku tengok...geli pun ada...bengong betul!!!

Hmm...apa kata pun, perjalanan balik kampung untuk beraya kali ni memang mencabar emosi dan fizikal aku. Macam-macam karenah dan perangai manusia aku jumpa.

Apa pun, alhamdulillah aku selamat sampai ke kampung juga akhirnya tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Bila sampai kat rumah pusaka mak, lega dan tenang rasa hati. Yang pasti, semua emosi marah dan penat aku hilang bila jejak kaki ke kampung halaman. Magisnya tanah kelahiran...magisnya kampung...tenang dan mendamaikan walaupun perjalanan yang terpaksa aku lalui lebih kurang 7 jam hampir ke 8 jam kerana pada waktu biasa, aku akan sampai ke kampung aku setelah 4 jam 30 minit aku drive dari Jalan Duta...





Raya 2012


Me and my hubby this Eidulfitr...Bang, ampun maaf zahir dan batin ya...mana duit raya tahun ni? Huahuahua...hubby kata tak payah...wife dia lagi loaded dari dia...wah...mana aci camni...

Lagi satu, jangan jeles ye bini abang lagi putih dari abang ye...hakhakhak...jeles la tu...

Raya Lagi dan Lagi


Saja nak upload satu satu...hahaha...tengah boring ni...takdak keja...

Raya Lagi



Pagi raya...yang baju oren tu kakak aku...cikgu Fazilah...garang tapi anak murid suko...hari raya ramai anak murid dia yang bertandang ke rumah pusaka mak aku...

Gambar tu sesaja ja kami nak bergaya macam bebudak la ni...cuma nak buat mulut itik tu ja yang tak boleh...

Tapi tengoklah baju aku...basah habis dengan penuh sambal ayam terpercik...tengah masak nasi tomato sebenarnya...

Bersama Anak-Anak Saudara


Dua orang anak saudara aku...Nana dan kakak...depa berlakon ja tu sayang kat aku...kalau original punya...gaduh selalu tu...pow aku pun selalu jugak...hahaha...

PUASA ENAM


عَن�' أَبِي أَيُ�`وبَ ال�'أَن�'صَارِيِ�` رَضِيَ اللَ�`هُ عَن�'هُ أَنَ�`هُ حَدَ�`ثَهُ ، أَنَ�` رَسُولَ اللَ�`هِ صَلَ�`ى الله قَالَ : " مَن�' صَامَ رَمَضَانَ وَأَت�'بَعَهُ سِتً�`ا مِن�' شَو�`الٍ . كَانَ كَصِيَامِ الد�`ه�'رِ "
Abu Ayyub al-Ansari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun [Sahih Muslim : 1991]
Dalil di atas terang bagaikan mentari menunjukkan kepada kita bahawa merupakan satu sunnah untuk umat Islam melaksanakan puasa sunat selama enam hari dalam bulan Syawal.
Terdapat banyak faedah melakukan puasa enam di bulan Syawal. Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyenaraikan beberapa faedah tersebut:
1) Mendapat pahala puasa setahun
أن صيام ستة أيام من شوال بعد رمضان يستكمل بها أجر صيام الدهر كله كما سبق
Berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal selepas Ramadhan akan melengkapkan pahala puasa menjadi seperti pahala puasa selama setahun penuh sebagaimana telah disebut pada hadis di atas
2) Menyempurnakan kekurangan pada puasa Ramadhan
 أن صيام شوال و شعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة و بعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل و نقص فإن الفرائض تجبر أو تكمل بالنوافل يوم القيامة كما ورد ذلك عن النبي صلى الله عليه و سلم من وجوه متعددة و أكثر الناس في صيامه للفرض نقص و خلل فيحتاج إلى ما يجبره و يكمله من الأعمال
Puasa dalam bulan Syawal dan Sya'ban umpama solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu. Ia akan menyempurnakan kekurangan yang ada pada amalan fardhu tersebut. Sesungguhnya amalan-amalan fardhu akan diperbaiki atau disempurnakan oleh amalan-amalan sunat pada hari kiamat kelak sebagaimana yang ada dalam pelbagai hadis-hadis nabi s.a.w. Kebanyakan manusia mempunyai kekurangan dan kecacatan pada amalan fardhu mereka yang mana ia memerlukan kepada pembaikan dan penyempurnaan melalui amalan-amalan (sunat)
3) Petanda puasa Ramadhan diterima Allah
 أن معاودة الصيام بعد صيام رمضان علامة على قبول صوم رمضان فإن الله إذا تقبل عمل عبد وفقه لعمل صالح بعده كما قال بعضهم : ثواب الحسنة الحسنة بعدها فمن عمل حسنة ثم اتبعها بعد بحسنة كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى كما أن من عمل حسنة ثم اتبعها بسيئة كان ذلك علامة رد الحسنة و عدم قبولها
Melaksanakan puasa sunat selepas bulan Ramadhan merupakan satu petanda bahawa puasa Ramadhan kita diterima Allah. Sesungguhnya apabila Allah s.w.t menerima amalan seseorang, Dia akan menjadikannya tetap melakukan kebaikan selepas itu. Sebahagian ulama berkata: Ganjaran kepada kebaikan adalah kebaikan selepasnya. Sesiapa yang melakukan kebaikan, lalu mengikuti selepasnya dengan kebaikan yang lain, ia merupakan petunjuk amalan kebaikan yang pertama diterima Allah. Begitu juga jika seseorang melakukan kebaikan, kemudian diikuti dengan melakukan kejahatan, ia merupakan petanda kebaikan yang pertama tadi tertolak dan tidak diterima Allah.
4) Tanda bersyukur kerana berjaya beribadat di bulan Ramadhan
أن صيام رمضان يوجب مغفرة ما تقدم من الذنوب كما سبق ذكره و أن الصائمين لرمضان يوفون أجورهم في يوم الفطر و هو يوم الجوائز فيكون معاودة الصيام بعد الفطر شكرا لهذه النعمة فلا نعمة أعظم من مغفرة الذنوب [ كان النبي صلى الله عليه و سلم يقوم حتى تتورم قدماه فيقال له : أتفعل هذا و قد غفر الله لك ماتقدم من ذنبك و ما تأخر ؟ فيقول : أفلا أكون عبدا شكورا ]
Puasa Ramadhan akan memastikan pelakunya mendapat keampunan untuk dosa-dosa yang telah dilakukan. Mereka yang berpuasa mendapat ganjaran mereka pada hari raya, dan hari tersebut merupakan satu kurniaan kepada mereka. Oleh itu melaksanakan puasa selepas hari raya merupakan satu bentuk kesyukuran untuk nikmat tersebut. Sungguh tiada nikmat yang lebih besar daripada nikmat diampuninya dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasulullah s.a.w sering bangun mendirikan solat di waktu malam sehingga bengkak-bengkak kakinya, lalu dikatakan kepada baginda s.a.w: Kenapa engkau lakukan semua ini sedangkan Allah telah mengampuni dosa mu yang lalu dan yang akan datang. Jawab baginda s.a.w: Adakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur?
كان بعض السلف إذا وفق لقيام ليلة من الليالي أصبح في نهاره صائما و يجعل صيامه شكرا للتوفيق للقيام و كان وهب بن الورد يسئل عن ثواب شيء من الأعمال كالطواف و نحوه ؟ فيقول : لا تسألوا عن ثوابه و لكن اسألوا ما الذي على من وفق لهذا العمل من الشكر للتوفيق و الإعانة عليه
Sebahagian generasi salaf (tiga generasi awal Islam) apabila mereka berjaya bangun malam (untuk beribadah), mereka akan bangun pagi dan berpuasa pada siangnya. Puasa itu dijadikan sebagai tanda kesyukuran di atas petunjuk  yang membolehkan mereka bangun (beribadah) di waktu malam. Pada suatu hari, Wahab bin al-Warid ditanya tentang pahala untuk amalan seperti tawaf dan sebagainya. Lalu dia menjawab: Jangan kalian tanya tentang pahalanya. Sebaliknya tanyalah apa yang patut dilakukan oleh orang yang berjaya melakukan ibadah tersebut sebagai tanda bersyukur di atas petunjuk dan bantuan (Allah) untuk melaksanakan (ibadah tersebut). [Ringkasan daripada kata-kata Ibn Rajab al-Hanbali dalam Lathoif al-Ma'arif m/s 190-191]

Tatacara Melakukan Puasa Enam
Puasa enam di bulan Syawal boleh dilakukan pada bila-bila masa di bulan Syawal.
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
قَالَ أَص�'حَابُنَا : يُس�'تَحَبُ�` صَو�'مُ سِتَ�`ةِ أَيَ�`امٍ مِن�' شَوَ�`الٍ ، لِهَذَا ال�'حَدِيثِ قَالُوا : وَيُس�'تَحَبُ�` أَن�' يَصُومَهَا مُتَتَابِعَةً فِي أَوَ�`لِ شَوَ�`الٍ فَإِن�' فَرَ�`قَهَا أَو�' أَخَ�`رَهَا عَن�' شَوَ�`الٍ جَازَ
Ulama-ulama Syafiiyyah berkata: Disunatkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berdasarkan hadis ini (hadis Abu Ayyub al-Ansari) mereka berkata: Disunatkan melaksanakan puasa tersebut berturut-turut pada awal Syawal. Seandainya seseorang melakukannya secara berasingan (tidak berturut-turut) atau melewatkannya ke akhir Syawal, maka ia tetap dibenarkan. [al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=14&ID=4035]
Hendaklah mengqadha puasa Ramadhan terlebih dahulu
Sewajarnya seseorang yang mempunyai hutang puasa Ramadhan, hendaklah dia menyempurnakan dahulu puasa Ramadhan tersebut. Walaupun terdapat khilaf ulama' di dalam hal ini, akan tetapi mendahulukan qadha' itulah yang terbaik. Ini berdasarkan hadis di atas yang menunjukkan bahawa puasa Ramadhan itu perlu disempurnakan dahulu barulah kita mendapat pahala puasa setahun penuh apabila ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal.
Sa'id bin al-Musayyib r.h.m pernah ditanya berkaitan puasa Zulhijjah, beliau menjawab :
لَا يَص�'لُحُ حَتَ�`ى يَب�'دَأَ بِرَمَضَانَ
Tidak sewajarnya ia dilakukan kecuali selepas dia sudah mula (mengqadhakan) puasa Ramadhan [Sahih al-Bukhari, Kitab Puasa, Bab Bilakah Qadha Puasa Ramadhan]
Khusus mengenai puasa sunat Syawal, al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan:
فمن كان عليه قضاء من شهر رمضان فليبدأ بقضائه في شوال فإنه أسرع لبراءة ذمته و هو أولى من التطوع بصيام ستة من شوال فإن العلماء اختلفوا فيمن عليه صيام مفروض هل يجوز أن يتطوع قبله أو لا
Sesiapa yang mempunyai hutang puasa Ramadhan, hendaklah dia memulakan dengan melakukan qadha puasa tersebut dalam bulan Syawal. Sesungguhnya ini akan mempercepatkan pembebasan dirinya daripada kewajipan yang ada, dan ia lebih utama daripada melakukan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Ilmuan Islam berbeza pendapat tentang mereka yang mempunyai hutang puasa wajib, adakah dibenarkan atau tidak untuk melakukan puasa sunat sebelum melaksanakan hutang-hutang puasa wajib tersebut.
 و على قول من جوز التطوع قبل القضاء فلا يحصل مقصود صيام ستة أيام من شوال إلا لمن أكمل صيام رمضان ثم أتبعه بست من شوال
Untuk pendapat yang menyatakan dibolehkan untuk melakukan puasa sunat sebelum qadha puasa wajib. Pahala (puasa setahun) untuk puasa sunam enam hari di bulan Syawal tidak akan diperolehi melainkan untuk sesiapa yang menyempurnakan dahulu puasa Ramadhannya kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal.
و من بدأ بالقضاء في شوال ثم أراد أن يتبع ذلك بصيام ستة من شوال بعد تكمله قضاء رمضان كان حسنا لأنه يصير حينئذ قد صام رمضان و أتبعه بست من شوال
Sesiapa yang memulakan dengan mengqadha puasa Ramadhan dalam bulan Syawal, kemudian dia mahu meneruskan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal selepas menyempurnakan qadha'nya, maka itulah yang bagus.  Ini kerana dengan cara itu dia telah menyempurnakan puasa Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal. [Ringkasan daripada Lathoif al-Ma'arif m/s 192]
Tidak sempat puasa sunat kerana qadha puasa?
Seorang Muslimah dari Jordan pernah bertanya kepada Shaikh Abdul Aziz bin Baz:
بدأت في صيام الست من شوال ولكني لم أستطع إكمالها بسبب بعض الظروف والأعمال حيث بقي عليَ�` منها يومان، فماذا أفعل يا سماحة الشيخ؟ هل أقضيها؟ وهل عليَ�` إثم في ذلك؟
Saya telah mula melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, akan tetapi aku tidak mampu menyempurnakannya kerana sebab-sebab dan urusan tertentu hingga menyebabkan masih ada berbaki dua hari lagi. Apa yang perlu lakukan wahai sheikh? Adakah aku perlu mengqadhanya? Adakah aku berdosa untul hal tersebut?
Shaikh Bin Baz rahimahullah menjawab:
صيام الأيام الستة من شوال عبادة مستحبة غير واجبة، فلك أجر ما صمت منها ويرجى لك أجرها كاملة إذا كان المانع لك من إكمالها عذراً شرعياً؛ لقول النبي صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا مَرِضَ ال�'عَب�'دُ أَو�' سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِث�'لُ مَا كَانَ يَع�'مَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا)) رواه البخاري في صحيحه. وليس عليك قضاء لما تركت منها. والله الموفق.
Puasa enam hari di bulan Syawal merupakan ibadah sunat dan bukannya wajib. Saudari akan mendapat pahala untuk puasa-puasa yang telah saudari lakukan, dan semoga saudari juga memperolehi pahala yang penuh seandainya perkara yang menghalang saudari daripada menyempurnakan puasa itu merupakan satu keuzuran yang diiktiraf syara'. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :  Seandainya seseorang itu sakit, atau bermusafir, nescaya Allah akan menulis untuknya (ganjaran) seperti amalan yang dia akan lakukan ketika bermukim dan sihat [Sahih al-Bukhari : 2791]. Oleh kerana itu, saudari tidak perlu mengqadha puasa sunat yang telah saudari tinggalkan. [http://www.binbaz.org.sa/mat/613]
Bolehkah digabung antara puasa Qadha dan Sunat?
Terdapat perbezaan pandangan ilmuan Islam dalam hal ini, Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman menyatakan: Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik. Ini kerana pilihan Nabi s.a.w dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujah-hujah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan `qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh menggabungkan puasa qadha (yang wajib) dengan puasa Syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat Isyak dengan terawih, atau Subuh dengan `tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat `tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu Subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas ahli Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd `Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain. Ini kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajipannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam. [http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html]
Pembaca sekalian, kita sudahi pembacaan hari ini dengan merenung kata-kata al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali di bawah:
على كل نعمة على العبد من الله في دين أو دنيا يحتاج إلى شكر عليها ثم للتوفيق للشكر عليها نعمة أخرى تحتاج إلى شكر ثان ثم التوفيق للشكر الثاني نعمة أخرى يحتاج إلى شكر أخر و هكذا أبدا
Untuk setiap nikmat daripada Allah kepada hambanya, tidak kira sama ada dalam hal keagamaan mahupun duniawi, itu semua memerlukan syukur ke atas Nya. Kemudian, petunjuk Allah yang menyebabkan kita bersyukur tadi pula merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia memerlukan kepada syukur yang kedua pula. Kemudian untuk petunjuk Allah yang membawa kepada syukur yang kedua tadi jua merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia turut memerlukan kepada syukur yang lain lagi. Begitulah selamanya [Lathoif al-Ma'arif m/s 191]
Jom kita pakat-pakat puasa 6 tahun ni...tapi aku ni nak kena qhada dulu puasa yang tertinggal aritu...lama beb...8 hari tu...huahuahua...tahun-tahun lepas kekadang tak payah pun sebab cik peyed tak datang bulan pose, tapi tahun ni dia menjenguk la pulak...

Baru Nak Buka Balik Cerita

Assalamualaikum...apa khabar semua? Macam mana sambutan raya korang? Ada cerita suka atau ada cerita duka? Aku ni biasalah...seminggu cuti raya, seminggulah berhabuk kat sini...sorry der aku nak ngadap komputer/pc ni...lagi sedap dok mengadap ketupat dengan serunding dengan kuih siput...sambil borak-borak dengan kaum keluarga...apa kelasss ngadap blog ni...hahaha...(kata aku mengumpat diri sendirik ni...)

Korang balik kampung beraya di mana tahun ni? Aku biasalah...balik kampung kelahiran aku...No.8, Kampung Kuala Sungai Daun, Simpang 3, 06680 Yan, Kedah...Seminggu aku bercuti di sana. Walau mak dah tak ada...kampungku tetap dalam igauan...rindu beb bila tak balik lama-lama...

Korang suami isteri bergaduh dan bermasam muka tak isu balik kampung siapa time raya? Aku setakat ni alhamdulillah...sejak mak mertua aku meninggal dunia, husband aku ikut je saranan aku supaya setiap raya puasa kami akan balik beraya di Kedah. Raya Haji baru balik ke Kuala Terengganu. Kenapa aku sebut Kuala Terengganu saja? Kenapa aku tak sebut tempat kelahiran suami? Sebenarnya, sejak mak mertua aku meninggal dunia, rumah kelahiran suami aku di Kampung Tanjong dah disewakan kepada orang. So sekarang ni kalau aku dengan husband balik ke KT, kami cuma bermalam di rumah kakak ipar aku. So husband aku pun dah tak rasa kebestannya (chewah...maksudnya menariklah) balik ke kampung dia (pekan sebenarnya sebab Kampung Tanjong tu dalam Bandar Kuala Terengganu).

Actually kesian juga dekat husband aku. Bukan dia tak nak balik ke KT. Dia memang merindui suasana di KT, dengan juadah tradisional Terengganu seperti nasi dagang, nasi minyak, nasi kunyit dan kuih-kuih tradisionalnya macam akok, cara berlauk, dll yang aku sendiri tak tahu apa ke namanya tu. Rindu nak jumpa member sepermainan waktu kecik dulu...Ada juga aku ajak dia balik ke Terengganu. Kalau tak nak bermalam di rumah kakak dia, aku sarankan kami tidur di hotel. Dia tak mahu pula. Takut kakak dia kecik hati. Tapi bila nak bermalam lama-lama di rumah kakak dia, dia pula tak berapa nak suka. Yalah takut menyusahkan dan takut bila duduk situ lama-lama, apa pula kata biras aku nanti.

Cuti hari Merdeka 31 Ogos ni pun aku ada juga ajak dia balik ke sana. (Aku bukan nak tunjuk baik, tapi aku kesian dekat husband aku yang rindukan kampung halaman dia. Selalu juga dia merungut kenapalah dorang sewakan rumah pusaka mak/ayah mertua aku. Kalau tak boleh juga kami balik ke KT dan tidur di sana. Tapi nak buat camna...suara majoriti suruh sewakan rumah tu sebab takut di makan anai-anai kononnya...Tak apalah, itu semua hak dorang...aku menantu, cuma menurut sahaja). Oh ya, cadanga utk balik hari merdeka pun husband aku tak mau...

So Raya Haji nanti pun rasanya kami balik setakat 1 - 2 malam sahaja. Itu pun kalau tak silap aku, husband dah suruh risik-risik bilik hotel di Kijal atau Cherating...

Apa pun, aku harapkan yang terbaik buat suami aku dan aku serta kami sekeluarga. Harap-harap hubungan kekeluargaan terus kukuh...

14 August, 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director's Cut (Engl...


Iklan raya yang paling touching saya rasa...

Mood Raya

Minggu ni ramai yang dah dalam mood raya...kat mana-mana orang asyik cakap pasal baju raya, kuih raya dan juga balik kampung. kat opis aku ni pun sama. Walau division aku ni cuma ada dalam 9 orang saja...tapi bila bercerita tentang raya...meriahnya...Big bos aku pun asyik sebut pasal cuti raya saja. Yalah...dia lagi sakan, cuti raya sampai 2 minggu...Lepas tu lawyers yang datang pun semua asyik wish selamat hari raya kat kita orang...kad raya pun mengalir masuk sejak minggu lepas lagi...

Korang tahun ni buat ke beli biskut raya? Aku macam tahun lepas-lepas, ada yang aku beli dan ada juga yang aku buat sendiri. Setakat hari ni, aku baru buat satu jenis biskut raya saja iaitu biskut arab. Gambar aku tak snap la pun. Biskut arab ni aku rasa biskut yang semua orang tahu cara nak membuatnya. Simple and easy but delicious...Lusa pula aku dah start cuti. Saja ambik cuti sebab nak buat biskut. Ingat nak buat crunchy cornflakes dengan biskut nestum....doakan aku berjaya ya buat biskut-biskut ni...

13 August, 2012

Kisah Bulan Puasa Lagi

Hehehe...kisah berlaku pagi tadi. Masa hubby buka pintu nak keluar untuk kami pergi kerja. Aku kat dalam rumah lagi. Tetiba hubby bising...kasut selipar dia kena kebas. Diulang...KASUT SELIPAR hubby KENA CURI!!! Hai bulan ramadhan ni Allah SWT dah tambat semua iblis dan humban ke tengah lautan...so yang mencuri ni mesti perangai dah tahap iblis...

Actually bukan sekali dua kasut/selipar hubby kena kebas. Dah berkali-kali. Masa mula-mula dulu memang kasut hubby yang kena kebas tu ada jenama. Tapi sejak kejadian tu hubby dah tak letak kasut kerja kat luar lagi. Semua simpan dalam rumah.

Tapi selipar? Selipar pun nak kebas...teruk betullah nafsu manusia ni. Yang aku dengan hubby rasa lawak sangat tu...dek kerana iblis bermaharajalela di mata hati, selipar pasar malam yang tertulis jenama terkenal yang dikebasnya. Dia tu tak boleh nak bezakan ke kasut branded dengan tiruan? Hubby beli selipar pasar malam saja pun. Harga tak sampai RM15.00 pun.
Sedih ada, kesian pun ada. Semoga Allah SWT merahmati siapa sahaja insan yang berperilaku macam tu. Semoga Allah SWT membuka pintu hati insan tersebut...semoga rezeki dia bertambah supaya dia tidak payah mencuri lagi demi mencari sesuap nasi atau apa saja keinginan dia yang belum tertunai...

Dan satu lagi nasihat aku, kalau kita rasa kita tak mampu menggapai bintang di langit, bersyukurlah andai kita dikelilingi dan disinari percik cahaya si kelip-kelip..
.

Kisah Makan Kat Hotel Lagi

Saja aku nak review sikit pengalaman aku makan kat hotel aritu. Yalah first time berbuka kat hotel...so kalau orang Kedah tu macam perak buih sikitlah...atau pun dengan kata lain extra ordinary sikitlah...

Apa pandangan aku setelah first time berbuka kat hotel? Hmm mengerikan dan menakutkan...Macamana nak aku huraikan ya?...Kalau aku tulis lebih-lebih nanti orang akan kata aku berlagak alim pula...tapi ini pandangan peribadi aku sebagai seorang Muslim ya...

Petang tu aku sampai ke hotel dalam pukul 7.20 pm. Bila sampai tu kami kena tunggu staff kat situ bawa kami ke meja dulu sebab aku tengok stff situ kelam-kabut sebab orang ramai. penuh ruang restoran tu. Maknanya aku dengan hubby antara yang lambat sampailah. Okeylah...bukannya masalah pun, makanan banyakkan.
 

So bila masuk waktu berbuka, yang aku syok dan hairan tu, staff hotel tu pun sama naik dengan kami pelanggan hotel...sibuk nak ambik makanan. Tapi tak apalah...bulan puasa ni mungkin hotel tu bagi kelebihan pada staff dia untuk makan sama dengan tetamu. Alhamdulillah...

Okaylah tinggalkan bab makanan tu, sebab memang banyak pun. Aku tengok chinese pun ramai yang datang join sekali. mungkin nak rasa nikmat dan kemeriahan berbuka dengan orang Islam.

Tapi satu yang menakutkan aku...dan mengingatkan aku pada ceramah sorang ustaz kat opis aku...makan dari masuk waktu maghrib sampai masuk waktu isya' pun tak berhenti lagi...makan ke mentekedarah tu. Dan yang paling menakutkan dan menyedihkan aku, dalam penuh ruang makan tu, yang berhenti untuk solat maghrib aku rasa tak sampai 80%. Aku pun termasuk dalam yang tak pergi sembahyang maghrib tu...tapi...lalala...aku memang tak boleh puasa dan sembahyang sebab peyed...Masa tu dalam hati aku terfikir macamana kalau Allah SWT turunkan bala waktu tu...takutnya aku...Sebab takut balasan Allah pada kami yang lupa ni, aku ajak hubby aku balik awal. Berbunyi juga hubby aku sebab tak merasa banyak makanan. Tapi alhamdulillah sebab waktu tu aku peyed, kebetulan aku kena sengugut...so hubby aku pun ikutlah ajakan aku nak balik...

Hari Jumaat ni aku ada satu lagi acara berbuka di hotel. Kali ni hotel lain pula. Aku awal-awal dah beritahu hubby. Kali ni lepas minum seteguk dua lepas waktu berbuka, aku nak pergi sembahyang dulu. Tak payah takut makanan habis ke apa, yang penting takutkan Allah SWT dulu. Kalau Allah dah catat rezeki kita, pasti ada, tak kira banyak atau sikit...

Aku bukanlah baik sangat...kadang-kadang aku pun buat salah, aku pun kadang-kadang terlupa Allah SWT memerhatikan setiap tingkah laku aku sebagai hambaNya...tapi siapalah kita kalau berpenat lelah sehari suntuk menahan lapar dan dahaga, lepas tu bila tiba masanya, kita buat-buat lupa pada kewujudannya...Tak kiralah siapa diri kita, besar mana pangkat kita, tua atau muda, lelaki atau perempuan...bersamalah kita sujud kepadaNya...sama-sama kita perbetulkan diri. Semoga Allah SWT meredhai kita dan hidup kita di dunia ini tidak sia-sia...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/