06 October, 2010

Aku hari Ini

           Alhamdulillah, hari ini 6 Oktober 2010 akhirnya dapat juga aku masuk ke blog yang rasanya dah hampir 2 bulan lebih aku tak jengok. Bukan tak nak masuk melihat buah tangan aku, tapi Ya Allah...sibuknya aku dua tiga menjak ni. Agaknya dah banyak yang aku ketinggalan nak update dalam blog ni. Bukan setakat blog, website lain pun tak sempat aku nak jengok. Facebook apatah lagi.
           Sejak aku mengkhabarkan berita kelahiran Arief, seterusnya menjalani ibadah puasa, kemudian menikmati meriahnya sambutan hari raya aidilfitri di kampung tercinta, sehinggalah ke perpindahan tempat bertugas(division) pada 1 Oktober lepas. Sepatutnya, berjela-jela pengalaman yang aku telah tempuhi. Apapun, insyaallah, segala yang indah akan sentiasa segar diingatan.
          Bermula dengan Arief Fahim. Hmm...segar bugar bila ingatkan dia. apatah lagi bila memikirkan dia, akan mengingatkan aku pada keletah dan telatah abangnya Ammar Faidz. Oh...i miss them so much. kiut je dua-dua beradik tu. Tapi yang tak apat nak lupa, si abang Ammar yang pada aku memang anak yang baik dan tak banyak kerenah. Masih terngiang di telinga bila Ammar cakap..."adik chek, mak chek, njang nyak dit, nak ton, baju chek" dan banyak lagi. Kalau nak tahu...dalam loghat Kedah...chek tu maksudnya "saya". However, bila Ammar yang masih pelat pada usia 2 tahun lebih menyebut perkataan "chek", sedap sungguh dan begitu manja pada pendengaran aku...sejuk jer. Tapi yang best, bila kakak aku cerita pengalaman dia dan mama Ammar(kakak aku jugalah tu) dan juga Ammar pergi bershopping raya di Alor Setar. Bila mereka lalu di hadapan restoran makanan segera...Ammar boleh membunyikan "slurppp" sambil menjilat bibir dan menyatakan "kayefchi"(KFC). Sampaikan kakak aku yang memang malas dah nak layan budak kecil boleh teramat menyukai si keletah Ammar. Apakata pun, abang ipar aku, suami kakak aku ni pun asyik cubit pipi si Ammar...sebab suka pada dia. Aku? Aku apatah lagi...kadang-kadang aku kata dia tiga suku...sebab keletah Ammar yang gila-gila...Satu lagi, kalau tanya dia apa nama adik, Ammar akan jawab "boyoi". Dalam ertikata kita yang dah tak pelat ni..."boroi". Sebab adik dia bulat sangat...apapun, aku happy sangat dapat release tension tau bila main dengan Ammar dan Arief.
           Hari raya, satu yang aku tak boleh lupa juga bila Ammar melalui pengalam pertama pergi beraya dengan sepupu-sepupu dia. Walaupun dia masih kecil, tapi kadang-kadang pemikiran dan kreativiti dia agak mengejutkan. Tahu kenapa, bila pergi beraya ke rumah jiran...dapat duit raya. Satu yang aku pasti mama dia pun tak boleh lupa, bila Ammar balik dari beraya...mama dia check kalau-kalau ada dia terima duit raya. Tahu kat mana dia simpan, selain dari dalam poket baju melayu? Ammar simpan duit raya dalam songkok...hahaha...lawak la anak sedara aku ni.
           Arief pula...hmm...tak tahu nak kata apa. Banding dengan abang si Ammar, berbeza sikit. Arief kuat menangis. Tapi kalau time dia tak buat perangai kiut sangat. Tapi bab mandi...hmm mau pecah bilik air dengar suara dia. Meraung-raung. Satu lagi, dia tak pandai dan tak mahu nak menyusu dengan botol susu. Problem juga. Dalam usia baru dua nak masuk ke tiga bulan, bila mama dia pergi bekerja...kakak aku yang mengasuh dia terpaksa suap susu menggunakan picagari. Hai...tak tahulah sampai bila macam ni...Tapi kata kakak aku tu, although suap dengan picagari, habis juga 1 botol susu. Cuma lambat. Apapun, dia tetap baby yang sihat. Comel je...hmm si boyoi abangnya...

07 July, 2010

Ammar Faidz Dah Dapat Adik

Alhamdulillah...pada 4hb Julai baru-baru ni...Ammar Faidz dah dapat adik. Dalam pukul 8 malam lebih, mama dia (kakak aku le tu) selamat melahirkan Muhamad Arief Fahim. Berat...3.3 kg.
Tapi sampai saat aku tulis entry ni...Arief masih ditahan di NICU. Sebab mamanya mengalami masalah semasa nak melahirkan Arief. So, Arief terpaksa divakum. So, his head bengkak. So, Arief terpaksa ditempatkan di NICU bukan sebab apa, Doktor takut jadi apa-apa komplikasi although this is normal for baby whose been vacumm out. Menurut mama dia, bengkak ni dah hampir hilang. But Arief still ditahan di NICU because, he had jaundis. Cian Ammar...belum dapat peluang nak tengok adik. Yalah...Ammar sendiri baru 2 tahun lebih...so mana boleh dibawa masuk ke wad.
Itupun mama dia bagitahu, Ammar dah kawal semua barang adik. Bantal adik, selimut adik, baju adik dll semua dah jadi hak dia...hai...Ammar...Ammar...Mama dia nak tunjuk gambar adik dalam telefon pada orang pun tak boleh...Tak tahulah kalau adiknya dah dapat balik ke rumah...tapi dalam banyak-banyak benda yang dia kawal tu, ada satu benda dia sanggup kongsi dengan adik...mainan "Backhoe" dia...hahaha...tahulah tu...adik tu akan jadi teman sepermainan dia tu.
Ini gambar Ammar masa kita orang celebrate anniversary kakak sorang lagi dekat pizza hut. Bukan main happy dia hari tu sebab dia memang suka makan sup kat situ. Walaupun dah malam...still boleh buat bising.

Ini gambar Muhamad Arief Fahim masa umur baru beberapa jam.

Ni pun masa beberapa jam selepas dilahirkan. Nampak tak lebam dan bengkak dekat kepala tu...cian baby.

Ini pula gambar semalam...24 jam dah kot...bengkak kat kepala nampak dah surut...tapi apasal hidung dengan pipi tak surut ek? Hahaha... itu tak tahu ikut mama atau abah dia tu...
To Muhamad Ammar Faidz and Muhamad Arief Fahim...makcik loves both of you very much... can't wait to see you both...!

Lawatan Ke Melaka

Actually, tajuk ni sepatutnya jadi "LAWATAN KE PENJARA DUSUN AGRO AYER KEROH".
Hmmm, disebabkan satu masalah yang tidak dapat dielakkan...lawatan ke penjara tu terpaksa dibatalkan pada saat akhir. (Banduan merusuhlah pulak...entah apahal la diaorang ni). Ramai jugaklah yang frust sebab bukan selalu kita dapat melawat dan melihat bagaimana banduan menjalani kehidupan mereka di penjara.
 Anyhow, this trip was planned a few months ago. So, we received call from one of the officer pun, just on the night before we planned to...so, instead of going to penjara yang berkonsepkan dusun agro tu, we all decided to spent time at Bandar Hilir, Melaka.
    My husband also joint with me on that trip. We all arrived at Bandar Hilir around 12.10 pm. First we do when we reached there, everybody pakat-pakat serbu masuk toilet...hahaha...aircond dalam bas sejuk!!!
Then, me and my husband and few of my members went to Melaka most popular cruise "Malacca Rivercruise". The ticket is RM10 for an adult. Masa yang diambil untuk menyusuri Sungai Melaka tu around 45 minutes. Okaylah tu. Ramai yang ambil peluang menyusuri Sungai Melaka. Kebetulan, we all pergi situ on Saturday, so memang ramai orang. Banyak rombongan sekolah dan juga orang luar yang datang. Jalan nak ke Bandar Hilir memang jam teruk. Tapi tak kisahlah. Lagipun, Melaka is my most memorable place for me and my husband. We met each other there almost 12 years ago. Hahaha...orang gi kursus...kami gi berkenalan the bercinta....Ok...back to rivercruise trip, the best thing happened on that day is...hari agak mendung...and a bit rainy...but not so heavy. So, look likes...mengimbas memori daun pisang dalam hujan rintik-rintik le...


Gambar kat atas bot
Tapi yang tak bestnya...kitaorang tak ada kamera...sebab yang lama punya dah bagi kat orang...so, snap a pictures just using a phone camera...

The next place we both go...Sebuah Kapal Dagang. To enter the, we have to buy a ticket...RM5 each for adult. Besar...in there, ada beberapa tingkat di dalam kapal tu. What i'm thinking when i was in there...macamanalah pedagang dulu menjalani rutin harian mereka semasa dalam pelayaran. Of cause all peralatan in there is a very bit tradisional. Not like today's all with completely modernization technology.
But to enter into that kapal, we have to go "kaki ayam". Maybe to keep the kapal bersih and maybe juga kerana nak kita merasai pengalaman berjalan diatas kapal kayu sebagimana orang dahulu kala. My husband naik ke tingkat atas kapal di bahagian luar/deck, but i'm not going with him...gayat ma...
Yang dalam plastik merah tu...beli sagon kelapa aka nyok kasaq dengan asam katok...huhuhu...lama dok makang due mende alah ni...including 2 keychain husband beli...huruf Z...because nama kitaorang mula dengan hurf keramat tu...
Next agenda...naik "Menara Taming Sari". Kalau tengok dekat papan notis tu...harga tiket RM20. But when we went to buy it, that lady dekat kaunter asking for our identity card.  According to her, if we have a Malaysian I/C, we can get discount 50% from the ticket prize...so...dapatlah 10 hengget sorang. Berdebar-debar jugak nak naik mende halah tu...takut gayat, and benda tu pun berpusing-pusing, given us chances to view Bandar Hilir Town from the sky. Tapi tak berani nak tangkap gambar...gayat ma...
Around 4.30 pm...bas kitaorang pun dah ready nak balik. But we all ada new agenda that evening...ada request utk pergi shopping dekat Nilai 3. Hahaha...although only last ogo i went there...but...lets go!!!! Sempatlah pulak sambar 2 helai blouse.
And we all sampai di kompleks Mahkamah Jalan Duta around 7.15 pm. Alhamdulillah...save trips.

Kata "Maaf" Dari Lelaki Pengubat Jantung Wanita

Selalu ingat dalam hidup ini, anda jangan pernah melupakan 2 kata ajaib yaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda ini remeh tapi tahukah anda bahwa hanya dengan mengucap maaf pada perempuan dengan tulus anda sudah membantu memperpanjang usianya.


Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat sulit dilakukan banyak orang terutama lelaki. Tapi ilmuwan Massachusetts University membuktikan, permintaan maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesehatannya terutama jantung.

Perempuan yang mengalami perlakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain bisa menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat meningkatkan risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya, yang akan kembali normal sekitar 20 peratus lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20 peratus lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf karena mendapat perlakuan tak nyaman. Hal ini menunjukkan seseorang laki-laki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Penelitian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Peneliti mengukur tekanan di astolik dari 29 laki-laki dan 59 perempuan.

Kedua kelompok secara individu diminta untuk menyelesaikan ujian matematik dalam waktu lima minit. Selama mengerjakan ujian, partisipan di ganggu sebanyak tiga kali oleh peneliti sambil marah dan menyuruhnya untuk lebih cepat dalam mengerjakan tugasnya.

Pada akhir ujian, para partisipan mengatakan, “Kau jelas tidak cukup baik“. Namun, dua minit kemudian peneliti meminta maaf atas kekerasan yang terjadi pada setengah dari partisipan laki-laki dan perempuan.

Partisipan perempuan yang menerima permintaan maaf menjadi lebih cepat tenang, sementara kaum laki-lakinya justru menjadi lebih gelisah.

“Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa ada manfaat potensial bagi kesehatan seseorang perempuan atas permintaan maaf,” ujar salah seorang peneliti, seperti dikutip dari Telegraph, Rabu (21/4/2010).

Tekanan darah yang diukur dalam penelitian ini adalah tekanan darah di astolik, yaitu tekanan dalam darah antara detak jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirahat setelah kontraksi. Jika terlalu tinggi dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Maka, sayangilah pasangan anda, jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Special 2 Magic words yang membuat hidup anda tenang. Sepele tapi bermanfaat banyak. Selamat mencoba

21 June, 2010

KBF 1743




KBF 1743...hampir 8 tahun dalam ingatan. Kasih sayang aku, memang untuknya. Hanya dia yang tahu jerih dan perihnya aku sepanjang masa itu. Hanya dia yang tahu penat letihku. Hanya dia yang memahami perasaanku...gembira, sedih, tidak tahu dan sakitku.

Melepaskanmu...memeritkan hatiku...luluh perasaan ini bila aku harus merelakan kau pergi. Bukan kerana aku tak sayang lagi...tapi keadaan memaksa kita merelakan perpisahan ini. Cintaku pada kewujudanmu tak mungkin bisa terpadam walau suatu hari nanti, kau bukan lagi didepan mataku. Jasadmu tetap utuh diminda dan hatiku...sayangku padamu tiada batasan waktu, tiada kalimah tertentu...
Ah...sukarnya untukku. Pedih di hati hanya Allah yang tahu...Jasa-jasamu sepanjang waktu itu, pasti kukuh dihati. Tiada pengganti yang dapat meminggirkan kau dari hatiku. Biar ada yang lain bakal tiba entah berapa lagi dan entah kapan lagi...wujudmu terus terpateri di ingatan dan hati. Pengorbananmu, kesetianmu, kepatuhanmu selamanya kekal diminda dan hatiku...
Satu pinta dan harapanku...walau dimana kau bakal berlabuh, walau siapa bakal mengemudi perjalananmu, jaguh dirimu, pintar haluanmu, padu langkahmu akan tetap terpelihara...KBF 1743...kau tetap dalam mindaku, kau tetap yang paling ku sayang, namamu tetap yang teratas...

02 June, 2010

Pindah Opis Lagi...!!!!!

Hmmm...penatnya.   Itu aja yang aku boleh gambarkan. Tahun 2010 ni, penukaran tempat bertugas dah 3 kali. Penat pindah kali kedua dulu belum hilang...dah kena angkut barang lagi. Dulu pindah dari bahagian tengah aras 4...kena pegi ke aras 4 kanan. Lepas tu kena lagi pindah.   Kali ni ke aras 3 sayap kiri pula. Nun di hujung dunia sana. Tahu-tahu, hari Isnin lepas, 31/5/2010...sekali lagi kena pindah tempat. Kali ni lagi teruk. Pukul 3.00 petang baru boleh pindah sebab ada kes yang perlu didengar dahulu. Yang teruknya...esok, 1/6/2010 terus ada pendengaran kes...maknanya, kami kena clear up all items on that day jugak! Gila apa... 
                  sampai hari ni aku masih sakit badan   . Bukan aku sorang pula tu...akak kat tempat aku sampai demam-demam. Yalah bukan sikit anak benda yang nak kena pindahkan...banyak. Dahlah buku tebal-tebal ada dekat 10 kotak...  . Fail pulak...entah berapa kotak...memang letih sangat dan habis sakit badan... 
Harap-harap...lepas ni lambat lagi la nak kena pindah...tak larat dah 







25 May, 2010

Ikan Tenggiri Goreng Berempah


Aku memang suka ikan tenggiri...masak apa pun sedap. So, baru-baru ni, aku saja cuba-cuba masak ikut resepi aku sendiri...my hubby puji...maknanya sedaplah tu...

Bahan
2 Ketul ikan tenggiri
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk paprika
1 camca teh serbuk cili
1 camca teh five spies herbs.
1/2 camca teh oregano
1 camca teh madu
1/2 biji lemon
garam secukup rasa

Cara
1. Bersihkan ikan, gaul dengan semua bahan kecuali jus lemon dan perap selama 1-2 jam.
2. Goreng sehingga keperangan dan garing...
3. Sewaktu menghidang, perahkan jus lemon ke atas ikan...sedia dimakan!!!

32 1/2 tahun yang lalu

What a memories! Me and my sister...kak Ilah aka. Fazilah binti Ismail. At that time, if i'm not mistaken, i'm only 2 /12 years old. And my sister only 41/2 years old...Bung Dux has taken our picture. Actually, i cannot remember what exactly happened on that day...i'm to young ma...! But i still remember, when i was a little girl, my brothers alway taken our pictures. Maybe my brothers new hobby...or just an era. Running in my memory, how my brother, told us to lay down under "meriam" (which they made from batang paip dengan "kabokta"). Pretending that me and my sister just kena tembak dengan meriam. My brothers also asking us to wore school uniform (although i'm not going to school yet because i'm to young!!!), and put alls the "piala", medal they get at their school, pretending that we won alls the hadiah...hahaha...what a sweet memories my brother gave to us...
By the way, do you see the guitar behind us...that's also my brither madness at that time...with his afro look!...Also with his scrambler!

Kak Opie aka. Nur Sufiyana Ulfa Binti Che Mustapha

Lagi gambar majlis pernikahan Kak Opie...Sebenarnya banyak lagi...tapi biasalah...mak saudaranya ni malas nak upload banyak-banyak...




Next week, nak balik kampung because ada majlis kenduri kahwin kak Opie on 5th of June 2010. Dont know what to buy for her as a wedding gift! So, this coming friday, on Wesak day, me and my hubby are planning to go to Nilai...So, maybe we can find something for her there.
   So, on the next day, i mean on 6th June 2010, kenduri sebelah pihak lelaki pula...tapi...aku ni sampai hari ni tak tahu nama my new anak saudara...Sorry dear! According to kak Su my sister in law, on 5/6/2010...we all have to wear in green...and the enxt day, in bronze...and once again, sorry dear, tak sempat nak tempah bajula...Anyhow...tak sabar nak tengok kak Opie diiring melalui pedang...

18 May, 2010

Anuar Zain


Minggu lepas...on 14/5/2010, Anuar Zain having case at my court. What an opportunity for me...Its been a long ago...how i alway kept a dream, to meet him. Finally, one's of my dreams come true...
Actually, hari tu memang tak tahu langsung kata my court ada kes anuar zain. That morning, hairan juga, tengok ada ramai reporters appeared in our court. Then, i realised someone sitting a the back, seem so familiar. A few hours later, i begin to recognised him...hahaha...he's Anuar Zain...the popular singer in our country...what a big day!!!!
         Just by heard his voice, i'm going to meltdown...my boss keep says to me..."you know zaleha, i know you like taht singer, thats why i call him to came forward, so that you can look at him closely"...hahaha..what a nice boss.
          That day, after the hearing is off, i quickly ran out...wishing to meet Anuar Zain outside...what a lucky me...he still at the outside, giving a press statement to a press. I saw, some of the reporters sibuk taking a picture with him...so why not i'm took a part with them... so, this is the result...by the way, for Anuar Zain fans, please dont be jealous...


Hahaha...ni antara bakal jadi baru raya tahun ni...Ada tujuh (7)helai semuanya...Actually, aku beli 6 pasang ja...except yang warna merah kat depan tu. Yang tu dapat free...mana taknya, aku beli lebih RM250/-. Nasib baik hubby tak bising...sebab dia pun baru beli seluar...
Baju-baju ni pun dah selamat aku tempah...suruh biras je buat...sebab aku pun dah suka dengan cara dia buat baju aku. Semua aku suruh dia buat baju kurung riau...tangan pulak ikut suka dialah nak buat camna...
Kalau ikutkan yang betul-betul baju raya yang warna hijau firus. Yang kat bawah ni.

Lepas tu yang kat bawah ni pulak baju yang kedua...

Tapi husband bising juga...sebab baju raya untuk dia belum beli...hahaha...jealous la tu...sebab hubby memang kaki shopping. Kalau pergi shopping, aku yang merajuk...sebab tak larat nak tunggu dia pilih barang...

Lamanya tak masuk blog

Hmm...dah lama tak menulis kat blog ni...sibuk sikit...balik malam pula....memang letih gila. Kebetulan minggu lepas, aku punya turn masuk court. Kalau ikutkan, banyak aktiviti yang aku terlepas. Paling rugi, pada 14/5/2010 hari tu. Sebabnya, kami dari Kesatuan dapat invitation dari CEUPACS untuk hadir majlis perhimpunan JPA dengan kakitangan awam. Memang ramai yang tak boleh pergi. Kes banyak. Tapi tak apalah...demi tugas.
       Tadi pun buka facebook, kakak komplen, kenapa tak ada berita terkini kat blog...hehehe...rajin juga dia buka blog ni...
       Tentang ayah, hmm...ayah masih tak sihat...dan sebagai anak, aku hanya mampu berdoa, semoga ayah akan dapat mengharungi dugaan ini dengan tabah dan kesihatan ayah makin membaik.
       Aku tak sabar nak balik kampung awal bulan 6 ni...hai...rindulah kat ammar adn family kat kampung.

04 May, 2010

Ayah

Semalam, aku mendapat satu lagi khabar yang agak merungsingkan. Ayah mengalami masalah pernafasan, atau dengan ertikata lain, penat, sukar bernafas. Ayah memang mengalami masalah kesihatan...diabetis. Dan kerana diabetis juga, ayah selalunya mengalami pening-pening. Namun bila mendapat khabar ayah mengalami penat...kerunsingan aku makin bertambah.
     Memang aku balik kampung hari tu pun, ayah macam biasa, nampak pucat dan letih. Ingatkan kerana masalah kencing manisnya. Sebab ayah agak susah hendak berpantang makan. Aku tahu, kegemaran ayah memang makanan manis. Kalau dulu, semasa arwah mak masih ada, kalau mak buat tapai, yang sudah semestinya manis dan sedap, ayah mesti makan sampai lima enam bungkus. Pulut pun ayah suka. Ayah juga dulu, kadang-kadang makan nasi berkuahkan air gula. Kadang-kadang aku pun tumpang sekaki. Sedap juga...Sekarang, ayah tinggal dengan makcik. Aku tahu, makcik pun jenis yang suka makan makanan manis. Kalau bancuh air kopi atau teh...memang manis gila.
     Tapi hari ini, kakakku telefon...masalah ayah bukan kerana kencing manis. Tapi ayah mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung. Agak mengejutkan dan merisaukan aku. Arwah mak juga meninggal kerana serangan jantung yang dialami secara mengejut...acute myocardial infaction...itulah penyebab aku kehilangan mak. Kini bila tahu ayah mengalami masalah jantung...aku amat takut dan risau. Aku tahu, pada usia ayah yang mencapai 80 tahun, aku perlu tabah dengan segala kemungkinan. Tapi dua penyakit yang menyerang di usia emas ayah...aku jadi lemah...
    Hari Khamis 6/5/2010 ni, aku dan suami telah merancang untuk balik melawat ayah...doaku, ayah akan selamat menjalani sebarang rawatan atau pembedahan. Aku sayang ayah...

03 May, 2010

Rohana Binti Mansor

Tanggal 1/5/2010 bersamaan 16 Jamadil Awal 1431 hijrah, aku kehilangan seorang sepupu yang amat rapat dengan aku dan juga seluruh ahli keluarga aku. Sedih yang teramat sangat saat menerima berita pemergian sepupuku itu. Usianya baru menjangkau 38 tahun. Masih muda dan masih banyak lagi yang insan seusia beliau akan tempuh. Terasa sendat dan ketat di dada bila mendapat perkhabaran tentang kehilangan sepupuku ini. Terlalu banyak kisah suka dan duka yang aku dan sepupuku ini serta ahli keluarga yang lain alami bersama.
      Kami membesar bersama-sama. Seusia beberapa tahun, sepupuku ini, yang juga merupakan saudara/kakak kembar kepada sepupuku...Rohani binti Mansor, telah kehilangan ayah tercinta. Ayah mereka yang aku dan keluarga kenali sebagai Pak Long, kalau tidak silap, meninggal ketika usiaku baru menginjak 8 tahun. Bermakna kedua sepupu kembarku itu telah bergelar anak yatim sekitar usia mereka 10 tahun. Kehilangan Pak Long, lebih merapatkan kami, kerana ibuku memang mengambil berat tentang mereka sekeluarga. Apatah lagi sepupuku ini, sama usianya dengan kakakku Fazilah. Manakala abang mereka pula, sama usianya dengan kakakku...yang ku panggil Kak Chik.
      Sepupuku ini, yang kami panggil Ana, memang amat bertanggungjawab orangnya. Setelah tamat pengajian di Tingkatan enam, Ana menyambung pengajian di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Seterusnya menjadi guru sehingga ke akhir hayat beliau. Ana berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga...Fuad, yang ana panggil Fad...Dikurniai dengan dua cahaya mata yang cantik dan comel...Anis dan Farhan...Tak dapat ku bayangkan kesedihan anak-anak kecil ini. Rupanya, mereka juga mengikut jejak langkah ibu mereka yang menjadi yatim pada usia yang masih lagi muda. Namun aku tahu, Allah SWT lebih menyayangi Ana.
      Bagiku sendiri, banyak kisah suka dan duka aku bersama sepupuku ini. Dari bermain pondok-pondok di hutan nipah, sehinggallah mencari siput mentarang di lautan ketika masih kecil. Tiada rasa malu diantara kami. Bercerita luar dan dalam...kerana kami...aku, kakakku Kak Ilah, Ana dan adiknya Ani...memang amat rapat. Aku juga pernah mengalami peristiwa kemalangan jalanraya dengan Ana. Kenangan yang tidak dapat untuk kulupakan. Segalanya semua itu, kini hanya tinggal memori yang akan kukenang sehingga ke akhir hayat.
     Cuma satu rasa terkilanku. Kali terakhir aku bertemu Ana, hanyalah pada bulan 12 tahun 2009 lepas, ketika majlis perkahwinan anak saudara ku. Waktu itu aku sempat bertanya khabar dengan Ana. Dan pada hujung bulan empat lalu, aku sempat balik ke kampung. Di mulutku tidak pernah lekang dari menyebut perkataan hendak menziarahi Ana kalau aku balik ke kampung. Tapi, takdir Allah menentukan segalanya. Aku menjadi berat hati untuk melawat Ana. Sehinggallah saat aku berangkat balik ke ibu kota. Dan akhirnya, penyesalan ini, aku menanggungnya. Namun ketahuilah, aku sentiasa mengingati Ana walau aku tak sempat menziarahinya. Aku tak sanggup sebenarnya untuk melihat penderitaan Ana.
       Ana, benarlah, kanser itu menjadi barah dalam keluarga kita. Sepupu kita, Rahim juga meninggal kerana kanser darah. Dan kini, Ana menjadi legasi yang tidak dapat dibanggakan oleh semua hambaNya. Namun, Allah SWT menguji kita kerana kasih-sayangNya.
     Ana, damailah engkau disana, di sisi Allah Yang Esa. Yang menyayangimu lebih dari kami semua. Doaku, semoga rohmu ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh, dan disamping para shuhada...Alfatihah untukmu sepupu dan sahabatku dunia dan akhirat...Rohana binti Mansor...Amin!!!

26 April, 2010

Balik Kampung Siri 1/2010

Alhamdulillah, aku dan suami selamat sampai ke kampung pada 22/4/2010 pada jam lebih kurang 10.00 malam. Actually, malam tu aku singgah tidur di rumah kakak di Taman Ambangan Heights, Sungai Petani.
Seronoknya hanya Allah yang tahu. Bila menjejak saja tayar kereta ke sempadan Negeri Kedah, aku rasa, seluruh fikiran aku tenang sangat. Hilang segala tekanan. Agaknya sebab tu ramai orang suka balik kampung...
Malam tu memang lena aku tidur...lagipun best sebab dapat main dengan Ammar Faidz
Esoknya kami ke rumah abang yang nombor dua, yang aku panggil Bang dux, kebetulan, mungkin dah rezeki aku dengan husband kot, abang nak buat sedikit majlis kesyukuran sempena majlis pernikahan anak saudara aku pada lusanya. Murah rezeki. Sebenarnya abang aku buat kecil saja majlis tu. Sebab majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada 5/6/2010 nanti. Dia pun tak jemput aku balik sebab buat majlis kecil saja. Tapi, mungkin gerak hati membuatkan aku dengan hubby nak balik kampung. Apapun, aku dengan hubby tak kecil hati pun kalau tak dimaklumkan tentang majlis pernikahan hari tu. No heart feeling on that!
Anak saudara aku, Nur Sufiyana Ulfa merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Johor. Baru saja memulakan tugas setelah tamat pengajian di Universiti di Melbourne, Australia. Bertemu jodoh dengan seorang anggota tentera laut berpangkat kapten. Actually, aku pun tak tahu lagi nama anak saudara aku yang baru tu...tak sempat berkenalan lanjut lagi...
Petang 23/4/2010, aku dengan hubby pergi ke Tanjung Dawai. Saja pergi sana untuk cari bekalan belacan dan juga ikan bilis. Bagi yang pernah dengar  dan minat lagu " Cinta Pantai Merdeka", mesti tahu nama Tanjung Dawai. Memang famous dengan hasil makanan laut.
Malam tu aku tidur di rumah pusaka arwah mak...Rumah yang kakak aku yang nombor dua duduk..K.Chik

Bila balik ke rumah pusaka mak aku, lagi la fikiran aku tenang. Hubby aku pula, bila nampak aja sawah, terus senyum panjang. Sebab best katanya...released tension le tu!!!

Kuah Durian

Sebenarnya dah lama teringin nak makan buah durian. Cuma masalahnya, hubbyku tak makan durian, bau pun dah tak tahan...wawawa...Tapi hari tu, aku berkeras nak makan juga, so, bila pegi pasar malam, aku pun belilah buah durian. Aku beli yang paket saja. Itupun hubbyku dah bising-bising kata busuk...
Apapun, terlaksanalah sudah misiku nak makan roti cicah kuah durian...
Bahan :
Isi durian - ikut suka, saya letak dalam 9 ulas
100 gm gula - kalau nak letak gula merah/melaka pun boleh, tapi kurangkan jumlah gula pasir
400 ml santan - 250 ml santan pekat, 200 ml santan cair
sagu 50 gm - direndam lebih kurang 10 min
Daun pandan
Sedikit garam

Cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali kecuali santan pekat dan sagu ke dalam periuk.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Bila kuah telah mendidih, masukkan santan pekat dan sagu.
4. Masak di atas api perlahan sehingga masak.
5. Sedap dimakan dengan roti, rati jala ataupun pulut...



Triple Berries Cheese Cake

Bahan Base


200 gm biskut cheese cracker
3 s/b butter
2 s/b madu

Bahan Keju

250 gm keju krim Philidephia
60 gm butter
100 gm gula halus
3 kuning telur
1 s/k esen vanilla
160 ml fresh atau whipping cream
1 s/b tepung kek
2 s/b tepung jagung
3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan
aneka buah beri

Cara

1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping creanm dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandum/tepung jagung berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata. Guna kaedah kaup balikan.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base, tabur buah blueberi/rasberi/strawber dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit atau sampai masak.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10. Hias dengan topping pilihan. Kek ni lagi sedap kalau simpan +- 5 jam dalam peti sejuk.

***ini resepi kek yang saya buat tu. Saya ambik dari blog kak hanieliza...dan saya ubahsuai mengikut citarasa saya

21 April, 2010

21/4/2010

Wah...lamanya tak melayari planet aku ni...server asyik problem...kerja pula menimbun...campur pula boyfriend si M tu datang buat kunjungan...Kekeke...jangan salah sangka...boyfriend M aku tu..."Malas"...aku malas sungguh nak menulis sekarang ni...Mungkin mood orang tak ada duit kot...
Awal bulan, rasa cepat je masa berlalu...tapi bila dah dekat-dekat nak gaji...ditambah dengan kerja yang melambak ni...rasa siput babi pun lagi cepat merayap!!!
Anyhow...yahoo...esaok dah gaji!!! Esok juga aku nak balik kampung kat Kedah...lebih tepat lagi...No.8, Kg Kuala Sungai Daun, Simpang 3, 06680 Yan, Kedah...Last aku balik kg hari tu, bulan 12 tahun lepas masa anak saudara kawin. Bukan tak nak balik selalu...tapi, kalau balik sana mana cukup 1-2 hari...Actually, kali ni pun, cuma dapat balik 3 hari saja...sebab husband bimbang, kalau cuti lama, bila balik opis, kerja menimbun. Tapi, alhamdulillah...dapat juga balik. Lagipula, kalau balik ke Kedah, kos perjalanan tu yang tak tahan tu. Tol pergi balik dah lebih RM100. Itu belum tambah duit minyak la...belanja lain-lain la...Tapi...aku happy!!!Happy sangat-sangat...aku memang rindu family aku...kampung halaman aku...rindu rumah pusaka arwah mak aku...aku rindu kenangan mak aku di rumah tu...aku rindu mak aku!!!
Aku juga nak balik tengok ayah aku...Ayah pun bukannya sihat macam dulu. Penyakit kencing manis dia...tak berubah pun...sebab ayah memang dah tak pantang makan. Kata dia, dia dah tua...pantang pun dia mati, tak pantang pun dia mati...dalam erti kata lain, dia nak menikmati hari-hari tua dia dengan gembira...
Harap-harap perjalanan balik malam esok diberkati Allah SWT dan selamat kami sampai ke destinasi...Amin!!!

15 April, 2010

Cucur Jagung perisa Ketam

Bahan A

2 cawan tepung gandum
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
isi ketam [boleh guna ketam fillet atau beli isi ketam]
1 tongkol jagung [boleh juga pakai frozen]
3 s/b susu segar
1 s/b butter

Bahan Mesin

1 s/b udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara

1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan
3. Curahkan adunan yg berisi ketam ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
4. Biarkan gorengan sehingga garing.
5. Angkat dan toskan.




Bubur Jagung

Bahan

500 gm isi jagung [nak pakai frozen pun boleh]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 cawan air
1/2 cawan gula merah
2 s/b gula [sekiranya kurang manis]
2 inci gula melaka
2 s/b sagu mata ikan [basuh dan toskan]
garam
daun pandan

Cara

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh dan sagu nampak jernih.
3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan2 sehingga mendideh sekali lagi.
4. Hidangkan.

Acar Mentah

Bahan [hiris]

timun [dihiris memanjang]
lobak merah [dihiris memanjang]
cili merah
bawang besar
halia [dihiris nipis dan memanjang]
garam
gula
cuka atau lime jus
sedikit air garam

Cara

1. Semua sayuran dipotong [ rendam dalam air kapur lebih kurang 1 jam, basuh. Toskan]
2. Gaulkan cuka, gula dan garam. kacau rata.
3. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Gulai Ayam Terengganu (versi MIL)

Bahan

1 ekorayam [potong mengikut suka, basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 s/b gula merah/nesan
minyak [lebih kurang 3 camca]
garam & perasa
Daun pandan [2 helai]
2 s/b susu pekat
4 s/b bawang goreng

Bahan Mesin

20 tangkai cili kering
4 s/b rempah masak gulai cap ROSE
4 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan 2-3 cawan air, daun pandan, kerisik, susu pekat, bawang goreng, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendidih. kacau sekali sekala. Masak menggunakan api perlahan.
5. Boleh masukkan kentang atau lobak merah sekiranya suka*


Gulai ni sedap dimakan sekiranya agak cair. Adakalanya, ibu mertua saya tidak memasukkan cili kering. Sebaliknya menambah 2-3 sudu rempah kurma.

Nasi Minyak Terengganu (versi MIL)


Bahan

3 cawan beras
3 cawan air
3 camca susu pekat
1 sudu tomato puri
1 sudu sos tomato
sedikit pewarna merah
daun pandan [2-3 helai]

Bahan Tumis
1 senduk minyak sapi (saya campur 2 1/2 camca butter & 1 camca minyak sapi)
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia *
* dikisar kasar
3 kuntum bunga cengkih
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 in kulit kayu manis
garam

Hiasan [saya tak letak pun]
1/4 cawan kismis
1/4 cawan bawang goreng
2 sb gajus atau badam panggang
daun ketumbar

Cara
1. Panaskan minyak sapi. Tumis * dan juga segala jenis rempah hingga naik bau.
2. Masukkan beras , kacau sebentar hingga rata. Masukkan air, susu, garam, tomato puri, sos tomato, pewarna merah dan daun pandan, tutup periuk dan masak spt biasa.
3. Sebaik sahaja airnya kering, kecilkan api. Masukkan kismis dan kacau nasi dgn perlahan
4. Taburkan bahan hiasan semasa menghidang.
5. Enak dimakan bersama gulai daging/ayam ala terengganu dan juga acar.



08 April, 2010

Indahnya Berbuat Baik


By: agussyafii

Dan Allah senantiasa memberikan pertolongan kepada hambaNya selama ia menolong saudaranya (HR. Muslim).

Hadist diatas mengingatkan kepada kita, bila hati kita bersedih, akan ada orang yang lebih bersedih daripada kita. Bila kita mengalami kesulitan, akan ada orang yang lebih sulit hidupnya daripada kita. Cobalah tengok dijalanan atau disebelah rumah kita, barangkali mereka justru membutuhkan pertolongan dan Allah meminta kita untuk memperhatikan dan menolong mereka yang sedang kesusahan atau sedang dalam kesulitan.

Membantu orang lain membuat kita merasa nyaman dan membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi, bagus juga secara kesehatan psikis. Penelitian mutakhit di Michigan University menyebutkan bahwa orang-orang yang memberikan perhatian dan membantu orang lain akan hidup lebih lama.

- Membantu teman, kerabat, atau tetangga dengan duduk berbincang, bertegur sapa dan untuk menanyakan bagaimana kabarnya atau sedang sibuk apa sekarang.

- Bergabunglah untuk menjadi relawan sebuah organisasi sosial kemasyarakatan.

- Ambillah sampah yang berserakan yang ada di halaman rumah, di taman atau dipantai.

- Memberikan ruang parkir yang cukup bagi orang lain.

- Membantu orang tua menyeberangkan jalan

- Menghormati pejalan kaki ketika kita sedang mengendarai kendaraan bermotor.

Perbuatan baik yang sederhana seperti diatas menunjukkan kepribadian yang positif pada diri kita. Memaafkan, memberi hadiah, mengucapkan salam, melakukan kebaikan paling ringan dan tularkan pada orang lain, anak-anak kita juga orang-orang yang kita cinta. Lakukan terus menerus dan lihat perubahan yang terjadi pada diri kita dan sekitarnya akan ada sebuah keajaiban.

Langit Senantiasa Tersenyum


By: agussyafii

 

Pagi hari tadi seperti biasa sehabis sholat subuh, saya dan Hana, putri saya (4 th) suka sekali jalan-jalan. Saya dikejutkan dengan teriakan Hana, 'Ayah..lihat. Langitnya tersenyum' ucapan Hana menyentak kesadaran saya, sambil melihat langit nampak ada awan yang indah seolah ada gambar sebuah senyuman.

Saya teringat satu ayat QS. Ibrahim (14) : 19, 'Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak (keindahan)? Ayat ini memberikan gambaran bahwa begitu agungnya ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bernama langit, langit memiliki keindahannya. Sekaligus dimaknai bahwa kehidupan manusia akan menjadi indah jika terbuka seperti langit. Membuka diri dengan melihat semua sebagai awan yang indah. Hal-hal yang menyenangkan seperti kebahagiaan, senyuman, pujian, kesehatan sebagai awan yang putih. Sementara hal-hal yang menyedihkan seperti kedukaan, tangisan, makian, kepedihan, sakit sebagai awan kelabu.

Semua awan putih dan awan kelabu datang dan pergi silih berganti. Itulah yang diajarkan langit kepada kita agar senantiasa tersenyum ketika hadir awan putih dan awan kelabu semuanya menjadi nampak indah. langit yang luas dan terbuka semua kejadian yang berada di alam dinaunginya. Orang baik dan orang jahat diperlakukan sama yaitu penuh cinta dan kasih sayang oleh langit biru. Mari kita simak pesan tentang langit biru.

'The Expression of blue sky is compassion, because blue sky means empaty of self. When there's unity. And Whithout the thought of Iam loving. Love becomes the natural Expression of that of oneness.'

Siapa saja yang sudah menjadi langit biru akan mengisi hidupnya dengan cinta dan kasih sayang. Langit biru simbol keikhlasan. Tatkala kita meniadakan diri dari aku, ego, keangkuhan, kesombongan maka muncullah sikap Cinta dan kasih sayang pada diri kita untuk sesama terjadi begitu saja, spontan, tanpa paksaan, tanpa upaya, tanpa usaha. Semuanya menyatu dalam cinta secara natural dan alamiah. Itulah yang terjadi kenapa langit senantiasa tersenyum.









Air Mata Seorang Pemuda


By: agussyafii : seorang teman FB yang saya kira merupakan saudara dari tanah seberang yang banyak melakukan amal di rumah anak-anak yatim. Semoga usaha beliau dirahmati Allah SWT. cerita-ceritanya saya paparkan di sini untuk renungan kita semua sebagai hambaNya. Gaya penulisan dan bahasanya tidak saya ubah kerana menghormati hasil penulisan saudara Agus.

Malam itu ada seorang pemuda datang ke Rumah Amalia, badannya terlihat bugar namun hatinya menyimpan berbagai kepiluan dihati. Dia bertutur bahwa dirinya dididik dilingkungan yang taat beragama. Ketika dia beranjak dewasa dia terjerumus dalam lingkungan yang kotor. Sampai dia terserah penyakit aneh dikedua kakinya. Bintik-bintik kecil yang banyak dan memalukan. Penyakit itu sudah berulang kali diobati namun juga tak sembuh.

Mulanya saya tidak begitu merisaukan apa yang menimpa diri saya, tapi terasa mengganggu juga. Jadilah saya pelanggan di rumah sakit umum di jakarta. minggu pertama operasi kaki kiri, minggu berikutnya operasi kaki kanan. bukannya malah sembuh, bintik-bintik itu malah bertambah banyak. tubuhku yang awalnya segar bugar dengan fitness, kini nampak loyo dan tidak bersemangat. lanjutnya.

Setiap kali mendengar orang mengaji, merinding bulu kuduk saya. Ya Allah, Hancur rasanya hati saya seolah beban begitu sangat berat menindih saya.

'Ya Allah, Ampunilah dosa2 hambaMu ini....Dari kecil dididik agama, ketika dewasa hancur karena minuman & maksiat. Ampunilah hambaMu yang kotor ini Ya..Allah.'

Saya benar-benar bertobat. Ibadah saya tingkatkan, kebiasaan bershodaqoh dan berbagi rizki untuk anak-anak Amalia terus saya lakukan. ketekunan saya beribadah dan kesibukan saya bekerja menyebabkan saya lupa penyakit yang memalukan itu. saya bahkan lupa untuk berobat dirumah sakit. ' Begitulah ucap pemuda itu.

Anehnya penyakit itu tidak lama kemudian lenyap tanpa bekas. kaki saya kembali pulih, seolah tidak kena penyakit. Inilah peringatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi saya agar segera bertaubat dan tidak meninggalkan ibadah sholat. Tubuh saya kembali lambat laun sehat kembali. menghilangkan semua noda dan dosa yang melekat pada diri saya. amin..Ya Allah,' tutur pemuda itu sambil mengusap air mata yang bercucuran. Itulah air mata seorang pemuda, air mata yang penuh kecintaan dan ketakwaannya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Subhanallah..
---

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS Ath-Thalaq 2-3
 
Di bawah, satu lagi petikan cerita dari FB untuk panduan kita semua sebagai hambaNya

Bukti Cinta Allah


By: agussyafii  

'Maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.' (QS. Ali-Imran: 76).

Setiap muslim yang bertaqwa kepada Allah akan selalu mendapatkan cintaNya. Tanda-tanda cinta dari Allah dapat dilihat dari keimanannya yang terus menerus bertambah dari waktu ke waktu. Ibadahnya semakin meningkat lebih baik, hubungan sosial semakin dicintai banyak orang. Sensitifitas terhadap penderitaan kepada orang lain terasa lebih peka dan peduli sebab dzikir kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala seolah tidak pernah lepas darinya.

Ada seorang perempuan sholehah yang bekerja sebagai pembantu rumah tangga. Dia senantiasa melaksanakan sholat tahajud. Suatu hari majikan mendengar doa-doa yang ia baca dalam sujudnya. Dalam doanya terucap,

'Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan cintaMu kepadaku agar Engkau memuliakanku dengan bertambah ketaqwaan dihatiku.'

Begitu selesai sholat, sang majikan bertanya padanya. 'Darimana kamu tahu bahwa Allah mencintaimu? mengapa engkau tidak katakan saja, 'Ya Allah, aku mohon kepadaMu dengan cintaku padaMu?' Sang pembantu perempuan itu menjawab, 'Bapak, kalo bukan karena karena cintaNya kepadaku, mana mungkin Dia membangunkanku untuk berdiri sholat menghadapNya? Kalo bukan karena cintaNya kepadaku, mana mungkin Dia menggerakkan bibirku bermunajat kepadaNya dikeheningan malam?'

Ya, kalo bukan karena cintaNya kepada kita, mana mungkin kita bisa melaksanakan sholat tahajud disetiap malam. Kalo bukan karena cintaNya Allah subhanahu Wa Ta'ala kepada kita, mana mungkin kita bisa saling mengajak dalam kebaikan.

07 April, 2010

Moist Banana Cake

Sebenarnya dah lama aku berura-ura nak buat kek pisang ni. Cuma baru-baru ni berkesempatan beli pisang kat pasar tani. Kebetulan banyak juga aku beli pisang berangan. Tapi lepas-sehari ke sehari rancangan aku tertunda, sampailah pisang yang banyak pun dah tinggal 5 biji, sebab husband aku suka makan pisang as pencuci mulut. Lagipun aku sendiri tiap-tiap hari bawa pisang ke opis sebagai kudapan utk alas perut. So, semalam misi aku pun telah berjaya aku laksanakan. Actually, banyak resepi kek pisang ni. Tapi utk kali ini, aku menggunakan resepi dari bro. Rozzan.




Bahan-Bahan :

250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 200 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang berangan, and pisang just ada 5 biji jek)
2 cawan tepung (diayak)
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya tak guna sebab malas nak wat...

Cara :

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.
 yang bestnya, pagi ni aku bawa ke opis menjamu member-member, diaorang kata sedap sangat...kiranya misi aku berjaya!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/