Dengan Nama Allah yang Pengasih lagi Penyayang
' Au zubillah himinasyaitan nirrajim ' tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang telah dikutuk oleh
Allah.
Bacalah ayat ini sebelum anda lakukan apa sahaja kerana dengan bacaan
ini,
akan keluar iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga
di sekeliling kita, mereka akan berlari.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas iaitu ayat: Qul huwallahu ahad Allahussamad Lam yalid
walam yu-lad Walam yakul lahu kufuwan ahad, sebanyak 3 kali, masuklah
rumah dengan kaki kanan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar untuk
menjawab salam malaikat tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-
tiga minit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam
Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah Al-
Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Marilah kita amalkan kerajinan membaca surah Fatihah serta surah Al-
Ikhlas sebanyak mana yang mampu.
No comments:
Post a Comment