21 February, 2012

Ayah Sakit

Hari Jumaat lepas, selepas waktu pejabat, masa aku tengah drive nak balik rumah, kakak aku yang no.2 telefon...berdebar-debar juga hati aku. Mungkin sixth instinct kot, aku terus teringat ayah...lagipun kebelakangan ni aku memang macam syak ada sesuatu nak berlaku...so betullah naluri aku tu...aku pun tak faham...tapi rasanya ini anugerah Allah SWT. Semuanya bermula masa mak nak meninggal dulu. Masa mak menunaikan haji hati aku sayik berdebar dan aku macam tertunggu-tunggu satu berita yang akan aku dapat dari jauh tentang mak...malam mak nak meninggal pula, aku mimpi mak...Then, masa anak saudara nak meninggal pula, aku macam tertunggu-tunggu panggilan telefon yang macam nak bawa kabar buruk ja...
Macam sekarang, aku macam rasa balik perasaan tu... apapun, semuanya di tangan Allah.

Bercerita balik tentang ayah, setelah aku terima berita dari kakak, aku balik keesokan hari iaitu hari Sabtu 18/2/2012. Aku bertolak balik sekitar jam 7.30 pagi. Sampai sekitar jam 12.30 tgh. Masa aku samapai kat rumah ayah, aku tengok abang sulung, abang tengah, abang ipar yg no.1 dengan kakak aku yg no.3 ada kat situ dgn keluarga masing2, kecuali abang ipar no.1 yang kebetulan balik ke semenanjung dengan anak2, kakak aku tak dapt balik sebab mengajar. Tapi sebelum tu aku ada singgah kat TESCO Sungai Petani, belikan keperluan asas ayah macam lampin pakai buang, tisu lembab, makanan tambahan macam susu dan oat in case ayah memerlukan semua tu. Bila aku sampai tu, aku tengok ayah tengah tidur, tapi tidur dia tak lelap...sesekali dia akan berkalih tempat, katanya sakit. Aku faham...malahan kami semua faham, ayah dah kurus...setiap pergerakan memang menyakitkan. Tambahan dia susah nak buang air besar. Dengan keadaan dia macam tu, ayah memang tak ada tenaga

So hari tu aku dapat panggilan berterusan dari kakak no.1 yang minta aku pujuk ayah ke hospital. Kaka kakak, itu ikhtiar kami sebagai anak2 dan masa kami membalas balik segala jasa dan perbuatan ayah pada kami dulu, semasa kami membesar. Aku tanya ayah, dia kata dia nak makan ubat sebab sakit...so okaylah

Pagi esoknya sekali lagi aku cuba dapatkan persetujuan ayah, dan alhamdulillah dia bersetuju. Walaupun ada beberapa halangan, namun aku berjaya juga menempuhnya. Dengan bantuan adik yg kami panggil Paksu, aku mendapat no. telefon Hospital Pakar Metro, iaitu salah satu hospital swasta di Sungai Petani. Aku tanya perkhidmatan ambulan sebab ayah memang tak boleh duduk dan hanya berbaring. Alhamdulillah, mereka menawarkan perkhidmatan ambulan. Hal duit pula, aku serahkan pada adik-beradik yang lain sebab aku memang balik dengan tangan kosong. Dan alhamdulillah menurut kakak no.2 mereka baru menyerahkan sejumlah duit milik ayah baru2 lepas, banyak juga, malahan lebih dari mencukupi utk bayaran merawat ayah di hospital swasta. Tapi kakak yg no.1 memang menawarkan wang utk tujuan perubatan ayah.

Sekitar 11.30 pagi, ambulan sampai. Abang sulung ikut menaiki ambulan manakala aku dan suami mengikut dari belakang. Di hospital, hasil pemeriksaan doktor, bacaan gula ayah sekitar 58 satu bacaan yang terlampau tinggi dengan kandungan air dalam badan yang amat kurang. Menurut doktor ayah perlu dimasukkan ke wad utk dipantau...terima kasih pada doktor yang baik dan memberi banyak kerjasama dan penerangan. Dalam pada itu, sebagaimana sebelum itu, ayah memang banyak meracau-racau. Adakala bila dia bangun dari tidur, dia akan mengeluh badannya sakit-sakit. Sekitar pukul 2.30 pteang, ayah seacar rasminya di tempatkan di dalam wad di Tingkat 1 bilik 21 bersama 3 orang pesakit lagi. Sebelum itu aku ada meminta utk ayah ditempatkan di bilik berdua bagi memberi keselesaan, tapi semuanya penuh. Walau bagaimanapun, alhamdulillah walau bilik berempat, bilik tersebut amat selesa walaupun utk keluarga besar kami.

Dari masa ke semasa, paras gula dalam darah ayah di periksa. Dalam pada itu, aku tengok isotonik sodium clorite juga dimasukkan ke dalam badan kerana ayah telah terhidrat, air kurang sangat dalam badan sehingga memberi effect kepada buah pinggang. Tak apalah doktor, buatlah apa saja utk mengubati ayah.
Malamnya kami mendapat khabar yang melegakan, setelah sekali disuntik dengan insulin, paras gula ayah menurun dari bacaan 58 ke 25 dan seterusnya setelah tiga suntikan insulin diberi, paras bacaan gula terus menurun kepada 5. Malam itu ayah ditemani oleh abang sulung dan juga paksu.

Paginya, dalam keadaan antara kami ada yang terpaksa bekerja, aku juga terpaksa balik ke KL, kami sekali lagi melawat ayah. Keadaan ayah memang nampak berbeza dari sebelum dimasukkan ke wad. Ayah nampak agak okay dan lebih tenang. Mungkin kerana mendapat tidur yang mencukupi, tidak sepeprti sebelum ini yang tidak dapat tidur kerana kesakitan di seluruh badan. Terima kasih pada doktor yang memberikan ubat utk menenangkan ayah dan membolehkan beliau berehat. Ketika kami sampai, ayah baru tersedar dari tidur. Dia menagdu lapar. Lalu kakak no.2 menyuapkan ayah dengan nasi lemak, hampir habis sebungkus ayah makan. Selepas itu ayah tidur semula, mungkin kerana pengaruh ubat.

Walau bagaimanapun aku terpaksa bertolak balik ke KL. Aku bertolak sekitar jam 11.45 pagi. MAsa aku balik, abang no.3 bertukar giliran menjaga ayah bersama kakak ipar. Setelah sampai KL, aku call abang di Kedah, dia kata sekitar jam 6.00 ayah dah direlease dari hospital...ayah pun nampak dah kuat sikit

Apa-apapun, aku doakan ayah akan sejahtera...ajal itu hanya Allah penentunya, kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan berserah...



Aku sayang ayah aku...jasa dan pengorbanan beliau tak mampu aku balas dengan wang ringgit hatta segunung emas sekalipun...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/