Alhamdulillah...minggu sibuk lagi dalam hidup aku. Mesti pelikkan bila aku bersyukur bila sibuk ni? Sebenarnya, dalam tugas aku, kalau aku sibuk, maknanya berkemungkinan besar ada hasil yang akan aku perolehi...dalam erti kata lain, purse aku akan berisi...alhamdulillah.
Alhamdulillah, semalam dah ada cek yang sampai. Semalam juga aku baru habiskan satu lagi tugasan. Kalau tak ada aral, insyaallah hari Jumaat ni satu lagi cek akan masuk.
Lepas tu aku ada satu lagi tugasan. Aku dah dapat green light dari En. L dan client dia. bila aku bagitau charge aku, dia kata okay proceed. Insyaallah...akan ada hasilnya. Lepas tu ada satu lagi yang aku dah siapkan. Aku pasti kes tu akan ada rayuan. Dan kalau ada rayuan...insyaallah akan masuk hasilnya...
Okaylah, nak kena stop...banyak kerja ni...so kalau rumah aku ni berhabuk 2 - 3 hari ni...maaflah tak sempat nak menyapu...
No comments:
Post a Comment