22 November, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah...penat jerih seminggu dua sehingga semalam ada yang sudah nampak hasilnya.

Cuma makin letih bila kat opis ni aku kena kerja sensorang sebab partner aku cuti kahwin. Actually waktu dia belum cuti hari tu lagi aku dah kena cover kerja dia...sebab partner aku ni pandai curi ayam...(korang faham tak pandai curi ayam ni?)

Memang aku kadang-kadang rasa tension sangat dengan perangai dia. Tapi aku cuba redakan tekanan aku ni dengan buat benda-benda lain. Macam sibuk buat kerja aku atau layari fb sambil buat kerja. Kalau tak mau lagi tension aku.

Baru tadi boss aku bagitahu anak dia bagi notis berhenti kerja sebagai Doktor di jabatan kerajaan. Sebabnya, aku rasa macam kes aku juga. Asyik kena buli. kerja yang sepatutnya buat secara berpasukan, alih-alih kita sensorang saja yang kena buat. Tak adil bukan. Macam boss aku tu dia siap rasuah anak dia nak bagi RM20 ribu kalau anak dia tak berhenti kerja. Tapi mungkin anak dia dah etrlalu letih dibuli...nekad nak berhenti kerja dengan government. Sayangkan kalau jadi kes macam tu...Tapi dia tak apalah, mak bapa gaji sebulan macam gaji setahun aku. Senanglah kata nak berhenti saja, terus boleh on. Kalau aku ni, kalau berhenti, nak makan apa. Lagipun, utk jawatan doktor bius macam anak boss aku tu, peluang kerja ada di mana-mana hospital swasta dalam mahupun luar negeri.



Actually, kat tempat ni, aku ni dah masuk kategori senior dah. yalah dah berkhidmat 16 tahun lebih dah. Tapi   aku ni bukan jenis yang suka bantah atau tolak apa yg orang suruh aku buat. ibarat Yes Man ajalah aku ni. Sampai kadang-kadang aku terfikir nak jadi No Man pula. Dah letih kena buli even by the junior sekali pun. Mentang-mentang aku bukan yang jenis cakap banyak...dorang ambik kesempatan pula...

Memang aku buat kerja kerana niat yang baik, kerana Allah Taala...but sometimes...if things are happened beyond the boundaries...its something to think about it for your good sake...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/