Ya Allah, kalau ikutkan pagi-pagi Jumaat yang merupakan hari mulia dalam Islam ni, dapatlah melalui dan menikmati hari ni dengan indah...
Ya Allah, sabarkanlah jiwa-jiwa yang sedang marah ini. ya Allah tenangkanlah hati yang berkecamuk ni...
Entahlah...macam-macam rasa ada kat otak dan hati aku pagi-pagi ni. Misteri dan penuh tanda tanya...ceritanya...:-
Pagi ni, masa aku dengan husband sampai kat opis, masa nak masuk dalam lif tu kebetulan ada sorang office mate perempuan kat dalam tu. Kita ni biasalah, pagi-pagi mana ada mood nak cakap lebih-lebih. Sekadar senyum aku hadiahkan untuk dia.
Tapi lepas tu senyaplah suasana dalam lif tu. Tapi tetiba office mate tu, boleh pegi depan husband aku, dok posing tarik-tarik baju depan husband aku sambil tanya husband aku dah kurus belum, sambil kata dia gemuk sambil tayang-tanyang body kat husband aku...
Kalau korang jadi aku, pelik tak dengan suasana tu? Tercengang ada, terkejut ada, marah pun, campur pelik campur gelihati...
Apa kena makcik ni...gila iseng ke...semalam tak dapat ke...
Takpa, balik petang nanti aku tanya hubby aku apa kena dengan makcik tu. lepas tu aku nak tanya juga hubby aku, kat division dia ada pertandingan ratu kebaya ke?
Tapikan, terus-terang aku cakap, aku terasa juga hati bila dia tanya gemuk ke kurus kat hubby aku...amboi mentang-mentang aku comel lote, kiut miut...
Aduhai saudara perempuan seislamku...kalau pun badan awak kurus, awak kecil molek, kiut miut, tak usahlah nak tayang body awak dekat suami orang, dekat lelaki yang bukan muhrim...(dengan pertanyaan...dia tengah goda laki aku ke?)
Hish...pelik betul pompuan sekarang ni...ish...???
Apapun Ya Allah, lindungilah aku dari bahang dan api kemarahan...tenangkanlah jiwaku hari ini supaya dapat aku lalui hari muliaMu ini dengan sempurna...hanya kepadaMu Ya Allah aku berlindung dan berserah...aamiin
No comments:
Post a Comment